Showing posts with label Nada Alam. Show all posts
Showing posts with label Nada Alam. Show all posts

Thursday, 22 September 2016

Newly Launch NADA3 Private Garden Home 20x80, 25 Sept 2016

Ada lagi satu pelancaran rasmi NADA3 rumah teres 2 tingkat 20x80 di Nada Alam 25 September 2016 hari Ahad ini.


Maklumat lanjut tentang boleh lawati laman web http://www.nada-alam.com.my/?cur=property/page&id=25&title=Overview

  
Kepada yang masih 'house hunting', marilah berhunting lagi. Manalah tahu kan, jumpa rumah yang berkenan di hati.


Kalau berkenan boleh terus booking. Saya ada offer. Saya boleh jadi 'introducer' anda dan kita boleh claim cash dan voucher bernilai RM3000. Anda dapat, saya dapat..win-win situation ok. Dengan syarat, masa booking tu, anda kena namakan saya sebagai introducer, beritahu salesperson tu saya ada introducer. Kalau anda tak beritahu awal-awal, susah nak claim nanti. Dah banyak kali tau jadi macam ni, rugi sangat-sangat.

Ingat ye, masa booking beritahu ada introducer dan bagi nama saya.
WA saya 013-3735900 Husna



Rugi beli rumah tapi tak redeem hadiah yang diberikan. Voucher RM3000 tu anda boleh beli kipas, aircond, lampu, cat atau apa sahaja barang keperluan rumah baru.
Jumpa kat sana 25 September ni ok!






Friday, 12 August 2016

EUREMA OFFICIAL LAUNCH 14/8/2016

JANGAN LUPA OK!

PELANCARAN RASMI EUREMA FASA BARU D’MAYANG SARI SERI PAJAM DEVELOPMENT PADA HARI AHAD INI 14/8/2016


Maklumat lanjut tentang Eurema boleh lawati laman web ini http://www.seripajam.com.my/Projects/Latest-Projects/Current-Projects/Eurema


Kepada yang masih 'house hunting', jom pergi perasmian fasa baru D'mayang Sari di Nilai dan boleh tengok-tengok rumah contoh.


Kalau berkenan boleh terus booking. Saya boleh jadi 'introducer' anda dan kita boleh claim cash dan voucher bernilai RM3000. Anda dapat, saya dapat..win-win situation. Dengan syarat, masa anda tandatangan S&P nanti, saya kena hadir sekali ok.



Rugi beli rumah tapi tak redeem hadiah yang diberikan. Voucher RM3000 tu anda boleh beli kipas, aircond, lampu, cat atau apa sahaja barang keperluan rumah baru.
Jumpa kat sana 14 Ogos ni ok!

WA saya 013-3735900


EUREMA Official Launch
Freehold Double Storey Terrace House

Date : 14 Aug 2016
Time : 10am - 6pm
Venue : Eurema Show Unit

Fun Activities:
- DIY Lucky Beads & Charms
- Giant Bubble
- Nail Art
- Sand Art
- DIY Workshop

Grab Launching Package up to RM35,000*
*t&c

Refreshment served.







Monday, 6 June 2016

Laundry Area (Home Decor)

Salah satu tempat yang selalu  terabai kat dalam rumah ni ialah kawasan mendobi. Eh, tak taula rumah korang, mungkin kemas kot dan mungkin jugak lebih kurang kitorang je hehee. Yelah, macam rumah saya ni sederhana sahaja, guna je ruang yang ada melainkan rumah korang besar dan banyak bilik, bolehla dedicated kan satu bilik untuk mendobi siap ada mesin basuh, mesin pengering, storage, penyidai, iron dan iron board. 

Ruang mendobi kat rumah ni sebenarnya adalah laluan ke bilik air melalui dapur. Maknanya, kalau tetamu datang nak guna bilik air, mesti lalu dapur, kawasan mendobi ni dan baru jumpa bilik air. Semak mata memandang jugakla sebenarnya.


Disebabkan ruang ni kecil, kitorg rasa boleh buat sendiri. So, kitorg pun plan la buat cantik2 dan takdela malu sangat kalau org tengok. Biasanya, memang orang akan jeling2 jugak tengok. Plannya, nak cat dan pasang rak. Takde pulak gambar sebelum kitorang make over tempat ni. Tapi memang berlemoih la haha..


So, kerja-kerja dimulakan dengan bersihkan tempat dan kikis/scrub cat lama kat dinding tu. Pastu gosok dengan kertas pasir. Eh chop! Yang buat kerja2 ni of course la En. Suami hehe...Puan Isteri ni tukang amik gambar je kehkeh..dan sumbang idea.



Selepas tu, rawat dinding dengan lapisan antifungal untuk musnahkan kulat dan juga spora dan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di kemudian hari. Ini adalah langkah berjaga-jaga kerana kawasan ni lembap dengan kerja2 laundry dan juga terdedah kepada air termasuklah tempias hujan. Nak guna fungicidal wash ni kena sabar. Lepas sembur/sapu kena tunggu semalaman/24h. Lepas tu basuh/sembur dengan air dan sapu fungicidal wash ni lagi sekali sebagai barrier coat antara dinding dengan cat asas (undercoat) nanti. Ini untuk memastikan jika ada sebarang spora dormant selepas proses mengecat dapat dihapuskan sebelum ia dapat menembusi lapisan cat. Hopefully tahan lama la nanti cat dinding ni daripada serangan kulat, alga, bacteria dan seumpamanya. Fuhhh..sangat berinformasi saya tulis ni kan hihii...






Kemudian, cat keseluruhan dinding dengan white undercoat. Dah puas hati dengan coating ni, baru mula buat garisan dan letak masking tape sebab nak cat belang biru putih.

Buat susah-susah je kan. Korang ingat senang? Pakai pembaris 30cm je tu. Memang menyusahkan diri haha..tapi korang tengokla hasilnya nanti. Kenape biru putih?. .barula rasa mcm berada dan berjalan-jalan di bumi Greece  kahkahkah..nak basuh baju je pun kan. Eh, bukan tadi cakap ni laluan ke bilik air ke..so, samalah tu..berjalan-jalan . Baik punye justification.



Warna cat biru ni ialah Teramont Blue, dan cat putih tu cat putih lah .
Dinding yang ada pintu masuk ke bilik air je cat belang putih biru ni. Dinding yang lain warna biru.
Ada satu bahagian dinding di bawah tingkap (tingkap bilik sebenarnya) di sebelah kiri pintu bilik air, terasa gatal tangan nak cuba buat sesuatu.




Guna masking tape dan buat corak 'autumn tree' dan cat. Bila cat dah kering, tanggalkan tape tu, nanti korang tengokla hasilnya kat bawah nanti. 






  


Ini cat dan fungicidal wash yang digunakan.
Bila dah siap mengecat, kerja2 pemasangan rak pulak. Rak ni beli kat IKEA. Suka barang2 IKEA ni sebab mudah pasang dan tahan lama. Bila tengok di showroom bahagian laundry, akan jumpa rak bertingkat yang boleh kita design bersama2 dengan mesin basuh. Yes! Rak ni kita boleh beli setiap satu tu ikut keperluan dan design sendiri. Dan semua ni di bawah nama ALGOT.
Nak tengok hasil keseluruhan?
.
.
.
Taraaaaaa....



Inilah keseluruhan ruang mendobi. Itu adalah pintu ke bilik air. Nak beli setiap part ALGOT ni kena betul2 ukur ikut kesesuaian ruang. Panjang batang besi sebelah kanan tu 196cm, dan yang sebelah kiri tu kena pasang 2 batang besi berukuran 56cm sebab ada suis kat situ. Mesin basuh tu dah hampir10 tahun umurnya. Teringin nak pakai masin basuh pintu buka depan, jadi boleh buat platform kat atas mesin tu nanti.




Rak yang nak dipasang kat batang besi tu ada pelbagai jenis.



Boleh pilih nak platform kayu, besi, penyidai ataupun bakul. Sangat variety dan flexible kan. Suka sangat.



Tempat penyidai ni paling saya suka sebab biasa kita kat dapur lepas guna kain buruk terus basuh, perah pastu tak tau nak sidai kat mana. Malas nak pergi sidai kat ampaian luar terutamanya kalau malam la kan. Sekarang setel masalah yeayyy..



Haaa...inilah design 'autumn tree' tu...
Nampakla ceria sket hehe. Tingkap tu adalah tingkap bilik. .



Ini keadaan buat masa sekarang hanya ada benda2 ni.




Yang ni asalnya tong sampah tapi convert jadi bekas letak sabun basuh. Saya suka sebab nak synchronize kan dengan tong sampah besar kat bawah tu. Orang ocd macam saya tak boleh tengok banyak2 bentuk bekas dan warna. Nak sama jugak.




Kat bahagian tepi rak tu letak hook untuk sangkut penyapu dan mop.
Itu sajela yang saya nak share. 


Semoga menginspirasi untuk deko rumah anda.

Terima kasih.

Monday, 17 June 2013

Nada Alam: Nature Resonance @Pajam

Salam semua



Sedikit update dari Seri Pajam Development, kepada sesiapa yang masih mencari rumah baru boleh register untuk kawasan perumahan baru iaitu NADA ALAM. Sound good, right? Kawasan ni adalah berhadapan dengan stesen komuter Batang Benar dan juga exit Pajam/Nilai melalui LEKAS highway.




Yang bestnya, nanti ada landscape cantik, ada wetland, 3 tier security ada jogging track. Bestnya! sebab kat Pajam/Nilai ni tak jumpa lagi jogging track.




Jenis rumah teres 2 tingkat, semi-D 2 tingkat dan banglo. Register kat website Seri Pajam, nanti any update mengenai Nada Alam, diorang akan diorang mail anda.






p/s bolehla contact saya nanti bila nak beli ye!



Thank you for reading this blog!