Showing posts with label Tambah Ilmu Agama. Show all posts
Showing posts with label Tambah Ilmu Agama. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Novel Review: Contengan Jalanan by Hlovate (perjalanan mencari Tuhan)

 
Read and Heed.
 
 
 
Saya nak suggest semua orang patut baca novel ni. Saya baru baca satu novel yang sangat bagus; Contengan Jalanan by Hlovate. Kiranya saya agak lambat jugak sebenarnya dari orang lain sebab saya beli buku ni dah cetakan ke-12! Mula-mula baca buku ni, langsung tak paham sebab dia dok cerita pasal underground bands and seni thingy; nice stupid playground, black Sabbath and so on la..semua tajuk2 lagu yang tak pernah dengar..pening jugak la baca. Tapi sebab saya tahu Hlovate ni bukan sebarang penulis, novel-novel nya semua berunsur islamik tapi menggunakan bahasa yang santai. So saya baca je sebab nak tahu mcm mn Hlovate karang ceriteranya menjadi satu naskah yang saya kira sangat-sangat bermanfaat dan menyentuh jiwa. Buku Hlovate yang saya ada aA+bB, Versus dan 5 Tahun 5 Bulan dan kesemuanya ada style penulisan tersendiri sampai terfikir Hlovate ni, siapa sebenarnya? Di setiap penghujung chapter, Hlovate akan sertakan dengan footnote yang berupa nasihat, peringatan ataupun tafsir Al-Quran yang dekat dengan kehidupan kita yang membuatkan saya berfikir dan berfikir berulang kali.
 
 
 
 
Ada 2 cerita dalam satu buku, pasal watak utama dalam cerita ni iaitu Fend dan K2 (sebut K square) tapi sebenarnya berkait antara satu sama lain. And the way dia compile buku ni unik, mcm baca buku terbalik. Tengokla ni…
 


Sesiapa yang nak baca, baca kisah I-Fend dulu baru baca II-K2
 
 
Key word permulaan cerita ni:



Quote ‘The man that decided to change on the 12thhours died at the 11th adalah dari satu filem pendek yg biasa2 tp mesejnya sampai, sekurang-kurangnya kepada Fend. Kisah pasal empat Ahmad, nama sama tapi perangai berbeza. Ahmad The Rebel macam Fend. Cerita mengenai mahu berubah. Berubah kpd jalan cari Tuhan sebelum ajal tiba. Sebelum the eleventh hour. Boleh cari kat youtube.
 
Buku Johnny Got His Gun (written in 1938) ni kisah benar pasal tentera Perang Dunia I. Kat Wikipedia pun ada boleh cari. Saya letak sket kat sini: Joe Bonham, a young soldier serving in World War I, awakens in a hospital bed after being caught in the blast of an exploding artillery shell. He gradually realizes that he has lost his arms, legs, and all of his face (including his eyes, ears, teeth, and tongue), but that his mind functions perfectly, leaving him a prisoner in his own body.
 
 Fend sangat depressed baca buku ni. Saya pun ada google buku ni. Boleh save in pdf format.
 
Lagu One by Metallica tu adalah inspired by buku Johnny Got His Gun ni la.. Lirik tengok kat sini
 
Sungguhlah orang kata nikmat tu takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata. Dan tak mustahil kalau nikmat tu lenyap on the eleventh hour!
Benda-benda ni lah yang boleh buat Fend tibe2 tanya Chad macam mana nak buat sujud syukur.
 
 
 
 
Kembara mencari Tuhan ni bermula bila Chad ajak Fend buat idea gile! Backpacking masa bulan puasa pergi Australia!
 

 
Tergelak-gelak la jugak saya baca..santai kan bahasa Hlovate guna..
 
 
 
Hlovate selalu cakap pasal mentaliti orang Malaysia.
 
Banyak benda Fend, Chad dan Akmal buat perbandingan antara Ramadhan di Malaysia dan Australia. Definisi Ramadhan kat Malaysia dah macam jadi budaya, hilang penghayatan Ramadhan tu sendiri. Ramadhan tu bukannya diertikan dgn Bazaar Ramadhan, malam tujuh likur, buka puasa kat hotel-hotel, rancangan masak2 kat TV. Bagi Akmal, Ramadhan tu penyucian. Purification by all the means and senses of the word. Kat Malaysia, benda agama dah banyak jadi benda budaya. Memang betul kan. Kadang-kadang kita cuba didik jiwa tapi environment kat Malaysia memang macam ni, kita yang jadi susah.
 
Yang membuatkan saya berlinang air mata tanpa sedar bila Chad ‘pergi’ pada hari raya pertama (sorry terbagitau kat sini) sampai Fend cakap ‘Alhamdulillah, Chad sempat berubah pada jam kesepuluh.
 
Saya suka sketchbook yang Fend buat untuk K2 sepanjang dia backpacking dengan K2 (again, buat kali kedua) ke Sydney Australia. Di setiap hujung lukisan dicatatkan kan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang sangat tepat dan kena dengan lifestyle kita. Tapi K2 tak pernah bukak dan baca sehinggalah dia mengembara seorang diri ke Jakarta mencari makna hidup, baru dia faham kenapa Fend bagi kat dia. Fend nak K2 rasa apa yang dia rasa. Fend tak pernah paksa K2 berubah macam dia, sebab hati ni Allah yang pegang. Nampak sangat ikhlas dan baik kan Fend ni. Fend, buat satu untuk saya boleh?
 
 
 
Kata Yahya ibn Mu’adh (ahli sufi) : “I don’t order you to abandon life but to abandon sins. Abandoning life is a virtue and abandoning sins is a duty, so your need for this latter is greater than your need for the former”.
(Tak suruh tinggalkan kehidupan duniawi tapi suruh tinggalkan dosa. Tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tinggal dosa tuh tanggungjawab. Tinggal dosa lagi penting daripada tinggal dunia.)
 
 
Bila kita tak ikhlas buat sesuatu benda ingat ni;

 
 


Ada banyak sangat falsafah dan kata-kata menarik dalam novel.
 

#credit
 
 
 


“Ada beza antara jumpa benda yg kita nak cari, dan cari benda yg kita nak jumpa. Manusia lebih suka lihat apa yg dia mahu. Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yg benar itu depan mata, gitu?”
"Kadang-kadang rasa itu tak mampu nak ditulis dengan huruf dan titik, tapi boleh diterjemahkan dengan not-not muzik."

"Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana."

"Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat."

"Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata."

"Benih baru nak bangkit, kena siram air dan baja. Hati yang baru nak bangkit, kena disiram dengan apa?"

"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan; bukan pakai neraca dan hukum manusia."

"When you think you have it bad, others have had it worse."

“Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going”
“Complex question can only be solved by patience.”
 
dan banyak lagi, boleh google 'Hlovate quotes'.
 
 

Saya bagi 5 bintang untuk novel ni. Novel yang penuh dengan falsafah dan muhasabah diri sebenarnya. Untuk sape2 yg nak baca or baru baca, kalau mula2 tu anda tak paham ape ke benda yg dia tulis, jangan berhenti !!! Teruskan dan bacalah dengan mata hati. Mencari makna kehidupan.

“Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna.

Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya.

Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita.

Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum gembira.

Hidup itu untuk akhirat.

Living here for the hereafter.”

 

 

Habis je baca buku ni, berhari-hari saya dok google review org pasal ‘Contengan Jalanan’ ni, ‘The man that decided to change on the 12thhours died at the 11th’, buku Johnny Got His Gun, The Life of this World is a Transient Shade, Twenty Four Hours in the Life of a Muslim, lagu One-Metallica tu pun..

Cerita perang Johnny Got His Gun tu memberi kesan jugak kat saya sebab sekarang ni sibuk dengan kisah Lahad Datu tu kan. Dan saya baca kisah seorang polis yang terselamat dari serangan. Boleh baca semula kat sini

 

Dan satu lagi kisah kemalangan maut kat dalam PPUKM ni, can you just imagine tempat laluan yang saya kira selamat dan tenang (jalan in between 2 buildings) ada 2 bonggol pulak tu so that kereta motor lalu patutnya kena slow tapi boleh berlaku kemalangan maut. Allah!

 

Semua yang baca novel ni bagi rangking #1. Novel ni lain. Bukan cinta biasa, bukan drama. Cinta pada Allah. Hlovate kata, hanya contengan perasaan, pengalaman, perjalanan utk kenangan masa depan, memori manusia2 itu, 'hantu' masa lalu, ada senyuman ada juga yg mungkin buat kamu bosan, itu namanya kehidupan.

 

Allah dah bagitau dan kita sendiri tahu, setiap yang bernyawa itu pasti akan menghadapi kematian. Jadi kena la prepare untuk menghadapi saat-saat kematian tu, yang kita sendiri taktau bila akan terjadi. Kalau lewat seminit pun, pukul sebelas satu minit, kita dah tak mampu buat apa2 pun. Sama2 lah kita ,mengumpul pahala untuk di bawa ke sana kelak.

Jangan kita jadi macam ni: ‘The man that decided to change on the 12thhours died at the 11th

 

Thank you for reading this blog!

 
 

Friday, 28 September 2012

Emergency Telephone Numbers. Call When..







Bila tak emergency pun kena tetap baca AlQuran. Janji tau. Good!





Thank you for reading this blog!
 




Tuesday, 25 September 2012

DOSA POPULAR DI HARI RAYA


Tamat sudah sebulan kita berhari raya kan. So, sudah muhasabah diri dengan ape yang berlaku di Universiti  Ramadhan dan Konvokesyen Syawal?  Di bulan Ramadhan kita semua sibuk kumpul pahala selain ibadah khusus, ada yang rajin dengan ibadah-ibadah sunat..Alhamdulillah.. 

Tapi selepas beramal soleh di bulan Ramadhan, ada yang sedar atau tanpa sedar melakukan kesilapan. Saya sempat menonton rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah beberapa hari sebelum raya membincangkan topic ini, saya pun cari lagi maklumat di internet dan saya tertarik untuk menulis di sini.

 
 
 
 

1.      BERSALAMAN DAN BERSENTUHAN

Bila hari raya biasanya kita bermaafan tetapi bila bermaafan bukan dengan semua orang kita boleh bersalaman. Masa kecik-kecik dulu ye kita diajar dan disuruh bersalaman dengan semua orang; sepupu, jiran, kawan-kawan sebagai tanda hormat. Tetapi bila kita dah besar dan faham ajaran Islam kita kena tahu dengan siapa boleh dan tidak boleh.

Ada tips dari Ustaz kat TV Al Hijrah tu cakap kalau ada orang yang bukan mahram hulurkan tangan nak salam. Kita tak boleh memalukan orang tu tapi ada cara berhemah yang boleh kita buat. Antara yang saya ingat ialah  meletakkan tangan di belakang sambil tunduk menghormati orang tersebut (sambil senyum), atau letak tangan di dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; atau pun cakap yang kita sedang berwudhu’.
 
 
Jom cekidaut rajah yang saya petik dari fanpage Ustaz Don. Ada dua, untuk lelaki dan untuk perempuan. Sila study dan fahamkan dan AMALKAN. Saya ingat semua orang dah tahu perkara ni, tapi bila ramai yang komen kat fb Ustaz Don yang ckp selama ini diorang main salam je..Oh My Allah!!
 
 
 
 
 
 

2.      AURAT SESAMA IPAR

Aurat sesama ipar juga mesti dijaga. Tak boleh bersalaman, sama la juga tak boleh dedahkan aurat ketika di dalam rumah. Ramai yang tak ambil kisah perkara ni. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Mungkin sebab rimas dan panas kot nak bertudung sepanjang masa di dalam rumah tapi kita tetap wajib jaga aurat kita.

 
 
 

3.      TIDAK MENGHORMATI TETAMU/KURANG MENGUNJUNGI

 

Tetamu yang bertandang ke rumah mestilah dialu-alukan kedatangan mereka. Selain memastikan rumah dalam keadaan yang bersih, anak-anak mestilah diajar keluar bersalaman dan berjumpa dengan tetamu, bukan dibiarkan menonton tv dan berkurung di dalam bilik.

 

 
 
4.      MENINGGALKAN SOLAT

Meninggalkan solat kerana sibuk berhari raya. Tambahan pula yang perempuan tu  make up ala artis, tudung lilit-lilit..sayang pulak nak tanggalkan ye. Sungguh malang!
 
 
 
5.      PAKAIAN

Memakai pakaian yang mendedah aurat. Semua bijak menilai kan apa itu aurat dan pakaian yang mendedah aurat. Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa)

 
 

6.      MENONTON RANCANGAN YANG TIDAK BERFAEDAH
 

Buang masa dan buat penat je sibuk kejar lailatulqadar bila time raya sibuk tengok rancangan yang merosakkan iman dan akhlak. Banyak sangat hiburan yang melalaikan. So pilih dan tapislah.

 
 
 
 

7.      PEMBAZIRAN

Biasanya di musim perayaan memang banyak sangat makanan. Bersederhanalah..selain membazir itu adalah amalan syaitan, kesihatan juga perlu di jaga.

 

Habis Ramadhan dan Syawal, apa patut kita buat? Teruskan amalan soleh yang kita buat dulu di bulan Ramadhan. Marilah berjemaah dengan saya untuk solat sunat malam. Semoga Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini membawa sejuta rahmat dan menjadi platform untuk kita terus-terusan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

  

Thank you for reading this blog!
 
 
 
 

Thursday, 29 March 2012

MAKNA BACAAN SOLAT

Mari belajar makna bacaan solat, supaya lebih khusyuk bila kita menghadap Allah SWT. Kadang-kadang kita rasa kita tahu..tapi apa salahnya kita cari ilmu, tambah ilmu, dan perkukuhkan ilmu tersebut. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan pada orang yang berusaha buat video ini. Kalau kita boleh tonton youtube dengan segala macam hiburan kenapa tidak dengan ilmu agama, kan? Sama-sama kita manfaatkan.







Thank you for reading this blog!




Tuesday, 27 March 2012

Sambil Shopping Boleh Baca Al-Quran dan Berzikir




Inilah gelagat anak-anak saya, Ammar dan Adam. Ingat tak kisah saya pada entry yg lepas mengenai Praktikal KursusMengajar Alquran Pada Bayi dan Kanak-Kanak? (klik untuk baca). Alhamdulillah..nampak perkembangan positif pasal anak-anak saya ni. Kat mana-mana, bibir mereka basah dengan ayat-ayat Alquran dan juga zikir. Kalau di rumah ni, sambil main, panjat sana panjat sini kadang-kadang terselit bacaan surah-surah pendek yang dihafal, bacaan dalam solat, dan zikir-zikir harian. Ini sekadar ingin berkongsi sebab anak-anak anda mungkin lebih hebat dari ini, Alhamdulillah.


Ni masa shopping kat Aeon Cheras Selatan ahad lepas, tengah tunggu abah pilih barang. Ammar baca Surah Al-Ikhlas. Suka dengar qalqalah kubra dia..sangat jelas!



Lama diorang kat dalam shopping trolley ni, Alhamdulillah tak mengamuk sebab kat tangan dah ada air dan makanan. Ammar dan Adam berzikir tanpa menghiraukan suasana bising dan orang lalu- lalang…





Insya Allah, semoga dengan berkat Al Quran, Allah lembutkan dan terangkan hati anak-anak saya untuk menerima segala jenis ilmu yang bermanfaat, dan memelihara mereka di dunia dan akhirat. Ameen.




 
Thank you for reading this blog!

Monday, 5 March 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


1.      Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.


2.      Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.


3.      Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.


4.      Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.


5.      Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).


6.      Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.


7.      Apabila meninggal dunia dan suaminya redha, nescaya ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi).


8.      Seseorang wanita apabila mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
 
(Hadis Riwayat Anas bin Malik)





Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum dalam satu perkataan iaitu TAAT.

                                                                      




p/s Jadi, janganlah kita mengeluh lagi..
 


Thank you for reading this blog!