Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Ape Kaitan Buaya dan Ketam?

 
Nak tahu ape kaitan buaya dan ketam? I’m talking about crocs and masak lemak ketam saya masak for dinner that day. Lepas habis masak godek2 hp eh eh terjoin plk giveaway and eh eh termenang la pulak..Alhamdulillah..free crocs voucher worth RM248 sape yang tak tergoda kan..mungkin berkat saya memasak dengan penuh kasih sayang lalu mengeluarkan idea spontan untuk menjawab ‘why I really wanna have my own crocs’ berjaya memikat hati cik adik Fatin Suhana yang sweet tu..dah la saya org yg terakhir hantar penyertaan out of 129 comments..tak sangka pulak menang kan..
 
 
'I really wanna have my own crocs because crosc always walk the talk and because of that crocs are rawwkkks!' –Husna, 2012
 

the announcement...
 
 
Thanks Mat Gebu for the recipe.. Sedap!
 
 
 
Jom shopping crocs!..first time ni.
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Tuesday, 6 November 2012

Kleenex® Share The Softness Contest by Fabulous Motherhood

 
 
 
Brotherhood bonding time.. but they are not James Bond haha..
 
Brothers share their childhood memories and grown-up dreams. They laugh together, they cry together.. they fly the air like birds, swim the sea like fish and they learn the art of living together as brothers. Brothers ‘till the end.. We love you both!
 
 
Enjoy!!

 
 
 
Click here to join the Kleenex® Share The Softness Contest by Fabulous Motherhood
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 2 December 2011





Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat rezeki sehingga ke hari ni. Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan kami…Alhamdulillah.. 5 tahun yang membahagiakan..semoga masih ada another 5 years..and more sehingga akhir hayat kami..



Saya nak umumkan keputusan GIVEAWAY 5TH WEDDING ANNIVERSARY ALIAS DAN HUSNA yang saya anjurkan..saya ingatkan tak ada langsung penyertaan..tapi Alhamdulillah..walaupun tak banyak tapi saya rasa sangat terharu dengan hasil usaha yang diberikan..lama jugak saya nak buat keputusan. Dengan mengira banyak factor, maka dengan ini saya umumkan..




ialah





jom terjah blog Nida dan baca entry yang ditujukan untuk kami berdua…





TAHNIAH!!
Nida telah memenangi wang tunai RM100





Jom terjah juga peserta GA yang lain…






terima kasih yang tak terhingga atas penyertaan anda semua..Insya Allah, lain kali boleh saya buat lagi…





Thank you for reading this blog!

Sunday, 27 November 2011

Jom sertai GIVEAWAY 5TH WEDDING ANNIVERSARY ALIAS & HUSNA




Assalamualaikum semua..nak tahu tak, kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-5 pada 1 Dis 2011 ni (presents are always welcome hehehe..). Untuk menghargai semua follower, saya nak bagi satu giveaway tapi sebelum tu kena la buat sesuatu kan…

Syarat-syarat penyertaan:
1)    terbuka kepada semua follower, sape yang tak follow lagi bolehla follow..dan like entry ni

2)    Copy banner kat atas tu dan kena buat satu entry yang paling kreatif untuk tujukan ucapan 5th wedding anniversary kepada saya dan husband. Ucapan tu boleh dalam bentuk apa saje e.g: puisi, kata-kata romantis, video, gambar-gambar,  etc (I don’t want to limit your creativity)


3)    Tag 3 orang kawan dan kawan mesti tahu yang mereka kena tag

4)    Hadiah wang tunai RM100 kepada seorang pemenang yang sangat bertuah dan paling kreatif yang akan dipilih oleh kami berdua. Kami menjangkakan sesuatu yang super duper awesome and creative entry untuk menang wang tunai RM100 ni. So kena ada effort la kan.

5)    Lepas buat entry tu, link kan entry anda tu di entry ini.


6)    Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 11.59pm 30 Nov 2011 .


7)    boleh email saya di husnamn@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau maklumat yang korang nak masukkan dalam entry korang tu ok..







Jom ramai-ramai join..ajak semua kawan-kawan ye...All the best!

Thank you for reading this blog!



8)    entry yang menang saya akan publish kt blog ni pada 1 Dis 2011 nanti

Friday, 18 November 2011

Saya perlukan Vibrance Kegel Device

As a doctor’s wife, sedikit sebanyak saya ada belajar tentang kesihatan diri dengan Mr. Doc saya tu. Salah satu yang paling saya ingat ialah Pelvic Floor Exercise. Yela orang perempuan ni kan, dari hujung kepala sampai hujung kaki semua nak kena jaga. Saya bersalin anak pertama dulu secara caesarean and kononnya plan untuk anak kedua nak bersalin normal. So untuk menguatkan otot-otot pelvis, saya buat Pelvic Floor Excersise. Time ni je la rajin..sekarang tak buat dah..sebab malaassss. Tapi cara yang paling senang, ialah dengan menahan kencing tapi takleh la selalu kan..nanti jadi batu karang plak..

 Macam ni dulu saya buat Pelvic Floor Exercise..(eh tengok gambar orang pregnant, teringin pulak nak pregnant lagi hehehe..)



Jom belajar sket anatomy…walaupun bukan doctor, tapi kena ambil tahu serba sedikit private part ni..bila dah paham..senang la nak jaga kan..


Nak tahu benefits yang kita dapat bila otot lantai pelvis kita kuat?

Otot-otot lantai pelvis yang baik boleh membantu:

  • menahan berat akibat kehamilan;
  • menyingkatkan fasa kedua kelahiran, apabila anda menolak bayi anda keluar;
  • memulihkan ruang antara anus dan vagina anda (perineum) selepas kelahiran, dengan menambah peredaran darah ke situ.

Satu lagi faedah bagi wanita yang otot-otot lantai pelvisnya lebih kuat ialah mereka mempunyai lebih kemungkinan untuk mendapat klimaks semasa hubungan seks. Jadi, membuat senaman lantai pelvis boleh membantu anda untuk mengalami seks yang lebih memuaskan dalam hidup!



So, dah tahu benefits nya..macam mana nak buat exercise ni…? Macam mana nak dapatkan otot lantai pelvis yang kuat? Buat jela macam dalam gambar kat atas..ape susah.. Eh tak susah ek?.. takdela susah.. Cuma tak rajin kot macam saya ni..hehehe…



So, memperkenalkan Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises



 Apa benda sebenarnya Vibrance Kegel Device ni?

Vibrance Kegel Device ni adalah alat perubatan atau alat senaman kemut-kemut (sama macam kalau korang tahan kencing..cer try hahaha) untuk pelvik dimana ia akan membantu untuk menguatkan otot lantai pelvik. Alat ni ringan dan compact mudah dibawa kemana sahaja supaya korang senang nak buat rutin senaman pelvik ini hari-hari. Tapi tak yah la sampai bawak pergi ofis kot kehkehkeh..

Alat ni jugak mudah nak bersihkan. Lepas guna, basuh dengan the Vibrance Cleanser, lepas tu biar je dia air-dry dalam casing dia tu and simpan dalam room temperature. Selesai. Ia dibuat dari Medical Grade Silicone Rubber yang selamat dan tidak merosakkan otot-otot pelvic. Yela nak letak kat tempat yang sensitive kenala produk yang bagus kan.

Macammana cara nak guna alat ni ada diterangkan di dalam manual yang disediakan.. siap ada audio guided training lagi. Click je button kat device tu while exercising, nanti dia tolong track bila kita kena contract and relax during the exercise. Mudah kan!



So ladies..teruja tak nak dapatkan alat ni? Harga pasaran RM598. Fuuuuhhhh mahal kan. Tapi kak Red kata kalau korang mention yang korang ni reader Redmummy.com (sambil kelip2 dolly kehkehkeh..), harga for the Vibrance Kegel Device Boxed Set ni is only RM450 !!!! But do mention the promo code 7777 bila key in kat their online store http://www.mybioinfinity.com/

@

Beli sendiri kat  2nd  Maternity & Children Expo

Details as follows:
Date: 18-20 November 2011
Venue: Mid Valley Exhibition Centre
Booth No: 67



saya memang teruja sangat nak dapatkan alat ni..nak tahu kenapa?

1.     Bila dalam sihat, of course terpancar seri di luar juga..cantik dalaman…cantikla luaran.. I believe in inner beauty…

2.     Bila dah cantik dan sihat, of course la Mr. Doc saya tu bertambah sayang kat saya hehehe…

3.     Paling takut bila otot lantai pelvic tak kuat, senang sangat nak terkucil..sebab masa pregnant dulu mcm nila..takut nnti muda2 lagi dah kena pakai pad Poise tu..arggghhh..tidak…!!!

4.     Merapatkan hubungan intim dengan suami hehehe..yg ni paling suka..plan nk dapat gegurl plk nnti..*malu*



Untuk keterangan lanjut pasal Bioinfinity, Vibrance Kegel Device & Pelvic Floor Muscle/Exercises, boleh lawati http://www.mybioinfinity.com/ atau nak dengar cerita lagi best of course la kena ke blog kesayangan saya Redmummy.. Redmummy nak bagi free benda sape tak nak oiii…




Thank you for reading this blog!





FABULOUS MOTHERHOOD SMART BEAUTY GIVEAWAY..




As me also a fabulous mom, so nak join giveaway yang dianjurkan oleh Mommy Nadia (klik untuk join). Dah jadi mommy ni kena pandai jaga kecantikan diri..so harap-harap menang la GA ni tak kesah hadiah mana-mana pon. Tapi..’kecantikan abadi lahir dari hati yang tulus dan suci’.



So, korang takkan nak tengok je hadiah yang best giller kat bawah ni..jom pakat ramai-ramai join ok..





Fabulous prizes awaiting those 5 lucky winners!!

Let's be beautiful with ENUCA !!





2 Grand Prize:

7ml ENUCA serum worth for RM88 +

1 invitation to 4 hours Hands-on Personal Make up Workshop





3 Consolations prizes:
1 invitation to 4 hours Hands-on Personal Make up Workshop





Kepada Mommy Nadia, thanks sebab anjurkan GA ni..jgn lupe join GA (klik) saya pulak ok hehehe..

Thank you for reading this blog!





Tuesday, 1 November 2011

My Happiest Moment




As a super busy parents, bila ada masa terluang dengan anak-anak memang tak dilepaskan. Bila anak-anak gembira, kita turut gembira malah puas kerana dapat menggembirakan mereka. Mr Husband adalah seorang doctor, korang pun tahu la kan life doctor ni mcm mana..ada oncall, week end pun kadang-kadang kerja dan selalu balik lambat. Saya pulak still ada lab work for my PhD thesis, so masa untuk-untuk anak hanyalah pada sebelah malam. Bila dapat bawak anak-anak keluar, pergi playground pun dah cukup untuk buat diorang berhari-hari cerita keseronokan pegi playground.  One of our happiest moment dan yang paling diingati dan masih lagi ketawa bila tengok gambar adalah semasa kami ber picnic kat tepi Tasik Permaisuri. First time buat aktiviti macam ni, dan saya adalah orang yang paling excited selain anak-anak. Nasib baik hari itu cuaca cerah dan sejuk je. Ini berlaku pada cuti tahun baru, tahun yang lepas iaitu 2010.

Kami sampai kat parking Taman Tasik Permaisuri tu dalam pukul 5.30pm. Sempat saya ambil gambar masa kami berjalan masuk untuk cari spot yang sesuai. Tengokla Ammar tu (si abang), dah lari jauh ke depan..dah tak sabar-sabar..

Lepas dah dapat spot yang best menghadap tasik, saya bentang tikar dan letak bakul yang berisi makanan. Tak sempat nak keluarkan bekas makanan lagi budak-budak dah ajak main bola..so, saya main dengan diorang dulu, turn abahnya pulak ambil gambar. Masa ni, kamera Sony ada lagi sebelum kena curi…uhuk uhuk sedih…

Mama jadi coach hehehe…(saya la tu..) bukan Oh My Coach! tu tau..sape yang tengok filem Pisau Cukur mesti tau.. masih terbayang Coach (klik) yang saya nak tu sebenarnya..hahaha..sudah-sudahla tu...


Adik ajak abah main bola.. ‘Jomla abah…’.. Abahnya nak berehat dulu..



Ingat lagi at that time adalah musim bola..Malaysia baru menang Piala AFF Suzuki.. So bila tengok gaya Ammar macam ni, ada orang cakap… ‘Owh boleh ganti Safee Sali’ hahaha…saya hanya ketawa.. Dalam hati saya cakap.. ‘mama tak nak anak mama jadi pemain bola sepak’….

Ammar still continue main dengan abah…Adam dah penat..dia minta nak makan..tengokla tu sweet je muka mintak makanan kat mama.. Mama pun tak sampai hati tak nak bagi kan….

Saya tapau spaghetti bolognaise, ayam goreng, nugget, onion ring, dan air oren..


Adik makan nyum nyummmmm….dah lupe kejap pasal bola..yela asyik kena buli ngan abangnya kutip bola...haha..


Dah penat main, perut pun lapar… bila makan memang sodap…
'Eh bang, tak nampak ke mak mertua lalu belakang'..hahaha....


Ditambah dengan permandangan yang sangat cantik..dah tak hirau orang lalu lalang dan jogging kat situ..



Perut dah kenyang..sambung main balik……

Dah puas main, rehat dan baring-baring before berkemas nak balik… yang kelakarnya, abahnya ajak tidur dengan nada bergurau..tapi Ammar berlakon tidur sampai berdengkur..krohhh krohhhhh…kahkahkahkah…memang kitorang gelak giler..that was the happiest moment with our
 k-i-d-z.........

Spending the best time together is the most precious thing ever in our life. Tak semestinya kena pergi bercuti kat oversea atau berhabisan duit untuk menggembirakan hati kesayangan kita. Bagi yang mampu tak kesahla kan. But as for overseas virgin like us ( eh.. I pernah pegi Singapore pe..) my husband la tu.. apalah salahnya pergi ke tempat-tempat yang macam ni dan berpicnic as simple as this…husband saya tu jimat orangnye..dia kata ‘save the best for last’.. haha. May Allah bless my husband and my family. Ameen.










Entry ni adalah untuk join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang sponsored by Olympus…so hadiah mestilah Olympus kan…


1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag


Kena buat entry dan letak gambar yang mengambarkan ‘My Happiest Moment’
Sesiapa yang nak join klik sini untuk info lanjut.


Deadline for submissions is 11.59 pm, 12 November 2011 (Saturday)




 Thank you for reading this blog!


Klik 'Like' jika suka






Friday, 30 September 2011

GIVEAWAY " ANUAR ZAIN vs SITI NURHALIZA"

 
Klik sini untuk join


Pagi tadi Dato’ Siti Nurhaliza jadi tetamu kt HotFM. Sempat dengar radio dalam kereta sekejap sebelum sampai ofis. Lepas dengar lagu ‘Remember You’ nyanyian Siti featuring Sean Kinston..aduhhhh…best gilerrr!!..terus bukak balik blog EQBALZACK untuk join Giveaway Anuar Zain vs Siti Nurhaliza..(haritu just baca sepintas lalu je sbb nk cepat). Harap-harap menangla..nak CD siti tau..hehehe..original lagi..


Hadiah yang Bro Eqbalzack nak bagi ialah


PRIZE x 1
Winner will get Siti Nurhaliza's  latest CD - ALL YOUR LOVE

PRIZE x 1
Winner will get Anuar Zain's latest CD - ANUAR ZAIN



so, sape2 yang nak join jomla memeriah kan majlis (klik kat atas tu). The more the merrier..adik-adik yang nak belajar bahasa inggeris tu bolehla dapatkan CD Siti ni. Anuar Zain aku tak minat sangat, sekadar dengar lagu tertentu sahaja. So, Bro Eqbalzack..bg saya ye CD Siti tu hehehe...sebabnye nak dengar semua lagu Siti (br dengar 2 lagu je out of 10 lagu)..then bolehla judge english dia hehehehe...


ok bye..




Thank you for reading this blog!



Thursday, 22 September 2011

Please vote for Us: Win RM2000*!! Glamor-nya.. RAYA!! Kostum Raya Keluarga Tercantik



Salam semua.
nak minta tolong vote untuk kitorg satu family untuk contest:
 yang dianjurkan oleh Seri Pajam Development.

Kalau menang ni bolehla duit tu sebahagiannya buat open house untuk follower blog ni ataupun sekurang-kurangnya buat giveaway kan!

Apa yang korang kena buat ialah:

1)    Klik ‘LIKE’ page Seri Pajam Home (Official)








So dengan klik ‘LIKE’ tu dah dikira sebagai undian anda..contest ni akan berakhir pada 30 Sept 2011. So ada masa lagi..


Nak tahu macam mana kitorg boleh join contest ni? Baca ni Pelaburan yang Menguntungkan (klik).


Untuk yang dah vote saya ucapkan million thanks!!!



Thank you for reading this blog!