Showing posts with label Masuk Rumah Baru. Show all posts
Showing posts with label Masuk Rumah Baru. Show all posts

Thursday, 22 September 2016

Newly Launch NADA3 Private Garden Home 20x80, 25 Sept 2016

Ada lagi satu pelancaran rasmi NADA3 rumah teres 2 tingkat 20x80 di Nada Alam 25 September 2016 hari Ahad ini.


Maklumat lanjut tentang boleh lawati laman web http://www.nada-alam.com.my/?cur=property/page&id=25&title=Overview

  
Kepada yang masih 'house hunting', marilah berhunting lagi. Manalah tahu kan, jumpa rumah yang berkenan di hati.


Kalau berkenan boleh terus booking. Saya ada offer. Saya boleh jadi 'introducer' anda dan kita boleh claim cash dan voucher bernilai RM3000. Anda dapat, saya dapat..win-win situation ok. Dengan syarat, masa booking tu, anda kena namakan saya sebagai introducer, beritahu salesperson tu saya ada introducer. Kalau anda tak beritahu awal-awal, susah nak claim nanti. Dah banyak kali tau jadi macam ni, rugi sangat-sangat.

Ingat ye, masa booking beritahu ada introducer dan bagi nama saya.
WA saya 013-3735900 Husna



Rugi beli rumah tapi tak redeem hadiah yang diberikan. Voucher RM3000 tu anda boleh beli kipas, aircond, lampu, cat atau apa sahaja barang keperluan rumah baru.
Jumpa kat sana 25 September ni ok!






Friday, 12 August 2016

EUREMA OFFICIAL LAUNCH 14/8/2016

JANGAN LUPA OK!

PELANCARAN RASMI EUREMA FASA BARU D’MAYANG SARI SERI PAJAM DEVELOPMENT PADA HARI AHAD INI 14/8/2016


Maklumat lanjut tentang Eurema boleh lawati laman web ini http://www.seripajam.com.my/Projects/Latest-Projects/Current-Projects/Eurema


Kepada yang masih 'house hunting', jom pergi perasmian fasa baru D'mayang Sari di Nilai dan boleh tengok-tengok rumah contoh.


Kalau berkenan boleh terus booking. Saya boleh jadi 'introducer' anda dan kita boleh claim cash dan voucher bernilai RM3000. Anda dapat, saya dapat..win-win situation. Dengan syarat, masa anda tandatangan S&P nanti, saya kena hadir sekali ok.



Rugi beli rumah tapi tak redeem hadiah yang diberikan. Voucher RM3000 tu anda boleh beli kipas, aircond, lampu, cat atau apa sahaja barang keperluan rumah baru.
Jumpa kat sana 14 Ogos ni ok!

WA saya 013-3735900


EUREMA Official Launch
Freehold Double Storey Terrace House

Date : 14 Aug 2016
Time : 10am - 6pm
Venue : Eurema Show Unit

Fun Activities:
- DIY Lucky Beads & Charms
- Giant Bubble
- Nail Art
- Sand Art
- DIY Workshop

Grab Launching Package up to RM35,000*
*t&c

Refreshment served.







Wednesday, 13 April 2016

Beli rumah Seri Pajam boleh dapat Wang tunai dan baucer


Purchaser Get Purchaser Program
(Seri Pajam Development,  offer valid till 31/12/2016).




Saya nak menghebahkan tawaran yang dibuat oleh SPD. Sebagai pemilik rumah, saya menyarankan kepada sesiapa yang nak beli rumah bolehlah jadikan saya sebagai 'introducer' dan kita boleh claim reward ni.

.
Dapat duit tunai dan baucer tunai ni memang sangat membantu kalau nak masuk rumah baru. Macam saya dulu, dapat aircond 1 unit 1.0HP dan kipas siling 1 unit. Nak masuk rumah macam2 nak kena beli. So, kita guna peluang yang ada ok!


Untuk kita claim reward ni, masa pembeli rumah ( you all la tu) tandatangan perjanjian jual beli (S&P), ada satu borang yang perlu diisi oleh pembeli dan introducer pada hari tersebut. Maknanya, saya kena ada pada hari tersebut. Kalau tak, offer ni tak valid dan tak boleh nak claim selepas itu.

 
So, boleh email saya husnamn@gmail.com untuk buat appointment ok 👌.

Friday, 28 February 2014

HOME DECO: KIDS BEDROOM


Dah lama pasang impian nak ada bilik sendiri yang cantik untuk anak-anak. Selama ni memang diorang tidur dengan kitorg. So, dah sampai masanya kena pisahkan sebab Ammar dah 7 tahun, Adam pulak dah nak masuk 5 tahun. Ada geng la kan nak tidur sebilik. Bila ada bajet sikit so kitorg pun start la sket seberapa yang boleh. Mula-mula discuss warna cat untuk feature wall dan keseluruhan bilik. Ammar suka warna biru, dan awal2 lagi dia dah pilih langsir warna biru haritu. Boleh baca pasal langsir tu kat SINI. Bila tunjuk Nippon paint chart tu, dia pilih Story Blue. Then, we all pun decide, Story Blue untuk feature wall dan Sky Blue untuk dinding keseluruhan.

 
Untuk design feature wall, kitorang buat stripe blue-white. Ni layout yang En, Husband lukis (note: warna biru tak menggambarkan biru yang dikehendaki)
 

Mula-mulanya, plan nak cat sendiri. Bila compare nak membeli barang2 mengecat lebih kurang sama dengan upah orang mengecat, ok fine..upah jela. Kitorang pakai kontraktor yang sama yang cat rumah ni masa mula-mula masuk rumah dulu iaitu Ah Ho (0139414443). Boleh baca kat SINI cerita saya cat living hall dan SINI  senarai kontraktor lain yang saya ada.

 
Bila diorang start buat bahagian yang stripe tu berdebar giler haha..surprise sangat sebab takut tak cantik haha! Pasrah jela masa tu kan..

So nak tengok hasilnya….taraaaaa…

-

-

-

-

-

DONE! tak cukup nak impress awak2 semua..ok..tunggu bila dah masuk katil ok.

 

Masa nak beli katil pun pening jugak. Banyak tempat jugak survey. Mula-mula berangan nak beli 2 katil single. Sebab fikir biarlah diorang pakai sampai besar. Tak nak beli  yang kartun-kartun tu. Tapi bila fikir harga pun mahal kalau beli 2 terus. Saya memang ada experienced dengan double decker so, yang ni memang out of list terus. Mula2 je excited nak tidur atas, nanti bila dah mengantuk sangat memang malas nak panjat katil. Then, saya fikir budak2 ni perlukan space untuk bermain. Lepas discuss and discuss so, we decided beli satu katil single dengan pull out. Jimat sikit dari beli 2 katil dan jimat banyak dari segi ruang. Hoorey! Boleh buat play zone/study dalam bilik. Kitorang pun placed order untuk satu katil single dengan pull out, kena la tunggu 4-5 hari jugak sebab takde ex-stock. Punya la tak sabar budak-budak ni, hari-hari tanya bila lori datang hantar katil.

 

Tapi, tak sampai 4 hari pun, tokey kedai call the next 2 days tu cakap nak hantar katil. Wah! Mamanya yang tak sabar ok.. Kitorang saje tak bagitau kat Ammar dan Adam, konon nak buat surprise.

 

Tengokla..happy sangat bila lori datang hantar katil. Priceless tengok expression diorang ni.

 

Kitorang ada pergi Ikea sebab nak cari rak nak letak dalam stor, yang ni kita story lain kali ye. Rak memang dapat, tapi dapat jugak benda lain nak letak kat bilik budak2 ni.

 


 
Clothes Stand. Sebab cantik so terus berkenan. Harga RM79
 
 
 
Lamp Stand. Sebab murah terus beli. Harga RM59. Boleh jadi lampu tidur dan lampu membaca.


 



Inilah hasilnya yang cukup membuatkan budak2 ni seronok nak tidur dalam bilik baru dengan katil baru. Mama dan abahnya bertambah-tambah la seronok, nasib baik outcome cantik dan barang-barang yang di beli puas hati.


 


 


 
Malam pertama tidur di bilik sendiri berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Walaupun mamanya yang takleh tidur, kejap2 bangun pergi tengok anak2 haha!..


Ada banyak lagi projek deko kat bilik ni tapi hold dulu. Nanti ada bajet kita buat lagi ok!

 

Thank you for reading this blog!

 

Friday, 21 December 2012

Jalan Shortcut dari Pajam ke Nilai 3 dan Bukit Mahkota/ PLUS Highway


Sejak tinggal di Pajam ni, kitorang selalu explore jalan2 yang mungkin memudahkan kitorang nak ke mana-mana. Masa mula2 pindah sini, ada rasa tak berkepentingan pun nak pegi Nilai 3 sebab Nilai 3 tu kan terkenal dengan tempat shopping barang kawen, langsir dan sewaktu dgnnya. Tapi sekarang Nilai 3 tu adalah salah satu tempat penting sebab ada pasar basah/segar.  Sejak duduk sini saya rasa susah sket nak beli barang untuk masak maksud saya lebih kepada ikan, ayam, santan segar, udang, sotong etc. Dalam PCH ni adalah 99 Speedmart yang jual ayam frozen, kalau sayur pulak limited. Satu lagi ada kedai runcit India which saya was2 la kan kalau nak beli ayam kat situ. Saya tanya org kedai tu amik barang mana, dia jawab Nilai 3. Jiran belakang rumah saya ni pun cakap pasar kat Nilai 3 segar sket compared to pasar kat Taman Semarak Nilai tu. Lagipun kat situ tak ramai penjual melayu. 


Kalau dari Pajam nak ke Nilai, kena lalu Batang Benar dan laluan kat situ selalunya banyak kereta sebab ada kilang-kilang kat tepi jalan and  lori keluar masuk. Tapi PAPAGO works well on this matter…so carilah the shortest way… Biasa kalau nak pegi Nilai amik masa 15-20 minit tapi PAPAGO tunjuk jalan 5 minit dah sampai. Memang pantas sungguh….tapi jalan kecik sikit. So ini berguna untuk sape2 yang dari Pajam nak ke Nilai 3 boleh guna jln ini..insya Allah tak stress hehehe…
dari Pajam,  masuk simpang kanan ke Kg Batang Benar. Kat depan tu ada gerai ayam kg/masak lomak yang sedap orang cakap tapi kitorg tak try lg..
Lepas masjid dan sekolah Batang Benar, ada satu simpang kecik je, belok kiri ok.


 Jalan sempit so tak boleh berselisih dengan kereta lain.
Ini dah masuk kawasan kilang/Nilai Inland Port. Ada had ketinggian..mind you.
Keluar je dari kawasan kilang tu, belok kanan then ada trafik light ke kiri dah sampai Nilai 3. Ni suasana kat pasar. Nak santan segar, ayam, daging, udang, sotong, semua la kat sini. Datang pagi2 lagi ok, pukul 5am dah start buka.
saya beli ayam kat makcik ni..sebab saya segan nak beli kat orang lelaki hehehe..boleh camtu plk kan..sebab pegi sorang2 kan..sempat sembang dgn makcik tu, dia ckp rumah dia kat Dengkil tengah banjir (9/11/12). Semua pindah duduk kat dewan, yang paling sedih dia cakap habis kolam ikan dia..dalam RM20 ribu jugak la dia setup kolam tu dulu.. saya dok fikir, bagus jugak beli ayam kat dia..sekurang2nya boleh bantu kan..


So dah beli barang jom la balik. Nampak tak arrow ke kiri untuk ke Bukit Mahkota? So sape2 yang nak ke Bukit Mahkota atau ke Bangi ikut jalan lama boleh lalu sini. Kitorang selalu access jalan ni untuk masuk PLUS highway untuk ke KL. Jimat sikit ikut sini, lagipun nak ke tol Nilai jauh sikit. Nak ke Bangi pun ok ikut jalan lama tapi jalan sempit sikit sebab still ada construction jalan. Lagipun pekan Bangi lama tu pun memang sempit kan, siap lalu bawah jalan keretapi lagi.
Nak balik Pajam jangan lupa simpang ke Nilai Inland Port ni, then lalu jalan tadi dan terus sampai Kg. Batang Benar. Kalau ikut peta, Nilai 3 ni sebelah Batang Benar/Pajam je. Dekat dan senang kan. So dah ada sebab kenapa nak ke Nilai 3 setiap hari?..Ye..pandai semua…kita ke pasar basah ok. Saya selalu sumpah seranah kat PAPAGO sebab tunjuk shortest way yang ntah hape hape..tapi yg ni saya suka hehehe….
Thank you for reading this blog!





Monday, 5 November 2012

Isu Kawalan Keselamatan di Perdana College Heights (PCH)


Kepada penduduk Orchid, Bayan, Suria Residence, Camelia, Camelia Extra, Rafflesia, dan Ivory Villas.
 


Malam 21/10/12 selepas isyak ada satu perjumpaan dengan jiran-jiran di taman ni. Tak ramai yang hadir mungkin tak ramai jugak yang tahu pasal meeting ni. Isu utama ialah guard keselamatan. Seperti yang saya pernah saya ceritakan dulu, Perdana College Heights (PCH) ni terdiri daripada beberapa fasa perumahan iaitu Orchid, Bayan, Suria Residence, Camelia, Camelia Extra, Rafflesia, dan Ivory Villas. Fasa yang dah ramai orang duduk sekarang ni ialah Orchid dan Bayan dan diorang ni memang ada guard dah lama dah. Suria Residence tolak tepi jap sebab diorang ni perumahan gated and guarded. Bila penduduk sikit-sikit dah mula pindah masuk ke Camelia dan Camelia Extra, guard keselamatan juga diperlukan. Jadi isunya ialah kita semua penduduk PCH berkongsi jalan masuk utama yang sama yang selama ni guard dibayar oleh penduduk Bayan dan Orchid hanya pada waktu malam. Manakala penduduk di Camelia dan Camelia Extra ada guard keselamatan sendiri tetapi hanya bertugas pada waktu siang sahaja di pintu masuk fasa tersebut tapi still keluar/masuk guna pintu masuk utama yang sama di Bayan dan Orchid. Secara tak langsung, mendapat tempias kawalan keselamatan yang dibayar oleh Bayan dan Orchid pada waktu malam. Tempias ni juga akan turut terkena kepada penduduk yang bakal pindah ke Rafflesia dan Ivory Villas. So, bakal-bakal penduduk Rafflesia dan Ivory Villas, hopefully kita semua dapat bekerjasama dengan baik. Sekarang ni jalan-jalan masuk ke Ivory Villas ni ditutup lagi, tapi once dah buka nanti as dah ada penduduk yang pindah memang jadi masalah untuk kawalan keselamatan.

So, kata sepakat harus dicapai oleh semua penduduk di PCH untuk membayar guard keselamatan 24 jam di pintu masuk utama di Bayan dan Orchid memandangkan banyak sangat kes-kes pecah masuh rumah berlaku hingga ada yang berani meletakkan parang di leher mangsa pada waktu siang!  Pada waktu siang biasanya ada kanak-kanak, suri rumah dan warga tua yang tak berupaya kalau terjadi apa-apa. Kes pada malam so far tak pernah dengar lagi (spjng pengetahuan saya). Guard keselamatan ini dicadangkan diletak pintu berdekatan ofis Seri Pajam dan juga pintu di fasa Bayan. Tak ada jalan lain dan hanya jalan ini je untuk ke jalan besar. Dan semua orang kena lalu jalan ni so semua patut terlibat.

 
 Cadangan kawalan keselamatan di letakkan di tempat bertanda merah (saya suka bercerita guna gambar..barulah faham kan hehe)

 

Memandangkan kawalan keselamatan yang di bayar oleh penduduk Orchid dan Bayan sekarang akan tamat hujung tahun ini, jadi lebih kita semua duduk berbincang untuk kawalan keselamatan yang terbaik untuk keseluruhan taman perumahan ini. Untuk mencapai kata sepakat ni, mesyuarat malam tu mencadangkan satu SESI DIALOG di antara semua penduduk PCH pada 24 September 2012 dan masa akan diberitahu kelak. Saya amat berharap sangat dapat kerjasama semua dari semua penduduk. Sekarang ni pun memang agak susah sebab mungkin ada yang belum pindah masuk, ada yang hanya week end sahaja datang menginap, mungkin rumah disewakan kepada orang lain, mungkin ada yang tak plan nak tinggal di sini dan rumah hanya dijadikan aset,  mungkin ada yang claim rumah dah siap pasang alarm system, atau rumah dah ada anjing.  Tapi, suka untuk saya berpesan-pesan, kita kan hidup berjiran dan berkomuniti. Jangan biarkan orang lain hidup dalam ketakutan dan terancam disebabkan kita tak nak bagi kerjasama. Janganlah kita bertindak kejam sebegitu ok.

Isu-isu lain yang akan dibincangkan nanti ialah aktiviti-aktiviti kejiranan yang akan dibuat.

 

P/s: kepada semua penduduk dan bakal penduduk PCH, bolehlah masuk ke Facebook  group Perdana College Heights untuk mengetahui info-info terkini


Thank you for reading this blog! 
 
 
 

Friday, 19 October 2012

HOME DECO: Kids Zone



Last week kitorang sibuk hunting for kid’s table, senang untuk Ammar dan Adam buat homework dan bermain. Nak pegi Ikea dah rasa jauh sangat sekarang sejak dok Pajam ni, so kitorang plan nak cari kat Toys r Us kat Alamanda tapi meja yang kitorang nak tu takde pulak. Pegi Aeon Cheras Selatan pun takde, Carefour pun semua habis stock. D
Kat Carefour BTHO. Yang ni kecik sangat dan rendah.
Yang ni saiz ok tapi warna pink la pulak..no no no..
Budak-budak dah bising-bising sikit bila balik tak beli meja diorang tapi dah janji hari selasa masa abahnya post call nak pegi beli.
Lepas lunch hari selasa lepas, kitorang pegi beli tak bawak diorang sebab masing-masing tak larat, saya jalan dah macam robot sebab semalamnye kan saya jogging (nampak sangat tak fit) hihih, husband lagi la kalau oncall kat ICU memang tak cukup tidur.
So, ke mana lagi kitorang kalau bukan Ikea. Terpaksa. Kalau dari Cheras nak ke Ikea takdela rasa jauh sangat. Ada a few choices. Suka betul kat bahagian kids ni. Banyak barang comel-comel.
Dah browse online sebelum pergi and memang target kaler biru tu. Kalau meja rectangle kaler biru atau pink sahaja, kalau bulat ada warna hijau sahaja. Limited kalernya. Suka kaler hijau tu tapi kalau bulat nanti akan ambil space.
 Beli carpet jugak, pilih yang sesuai dengan ruang dan juga boys. Dah ukur siap-siap berapa saiz ruang tu so senang nak pilih carpet.
 Saya nampak dapur ni sangat comel, teringat kat Adam. Dia kan suka tolong saya kat dapur (Ammar suka jugak tapi Adam lebih sikit). Mesti best kalau Adam dapat ni. Tak salahkan beli dapur untuk boys? Tapi saya tak beli la, mahal! Lagipun tak masuk dalam shopping list ye.
  
Petang tu bila ambik diorang kat nursery, ayat pertama yang keluar dari mulut Ammar, ‘mama dah beli meja?’
Haaa…kan, nasib baik beli sebab dah janji kan. Janji ditepati!!
Sampai je rumah, tak sabar-sabar nak pasang dan diorang pun tolong sama pasang. Memang nak diorang involve so that diorang ada rasa kepunyaan dan sayang kat barang diorang.
Ni masa pasang kerusi. Beli 3 kerusi lain-lain warna tapi sama jenis; hijau, kuning dan putih. Memang diorang dah pesan, Ammar nak kaler kuning, Adam nak kaler hijau. Saje beli 1 kerusi extra just in case ada orang datang bawak anak, boleh duduk sekali.



Baca manual dulu sebelum pasang, Ammar ni dari dulu kitorang panggil dia ‘mat protokol’ kihkihkih.. yela, nak buat keje ada protocol.
Elok Ammar habis baca manual, abah dah pasang 2 kaki meja dah. Dia sambung jela pasang selebihnya.
Yang si kecik Adam ni pun nak gak tolong.. ape yang penting..kerjasama!
= the happiness
Abang ajar adik buat homework.
kawan-kawan Adam..
Actually barang mainan diorang banyak kat atas ada 2 kotak besar lagi, tapi most of the time kitorang duduk bawah. So, buatla satu zone untuk diorang kat bawah ni. Letak sikit yang diorang nak main je kat bawah, nanti dah bosan tukar dengan yang kat atas, takdelah nampak bersepah sangat.. Nanti kalau ada tetamu yang ada anak-anak kecil, boleh main kat situ without kacau ruang tamu. Bolehla tengok-tengok jugak sambil bersembang. Kalau diorang main kat atas, kita tak nampak apa la yang diorang buat. Sebelum masuk tidur, bila tanya dah kemas tak barang mainan n meja, kalau belum diorang akan keluar balik kemas baru masuk tidur. Bila ada good commitment, ada tanggungjawab, mama pun senang hati.
Thank you for reading this blog!




Thursday, 18 October 2012

HOME DECO: LIVING AND DINING HALL



Hari ni nak update deko rumah mengenai living and dining hall. Ada yang tertunggu-tunggu tak? hehehe…mode perasan. Kitorang buat sikit-sikit lepas pindah sini, dan ini pun tak berapa nak complete lagi tapi so far Alhamdulillah, dah ada rupa ‘rumah’. So, bila cerita bab deko ni, semua aspek kita kena teliti in term of colour, design, konsep, accessories, aspek pencahayaan, pemilihan perabot dan susun atur dan satu lagi yang penting yang biasanya orang lupa dan tak ambil kisah ialah aroma atau bau-bauan. Kita cerita satu persatu ok. Bila dah siap plaster ceiling (klik) dalam entry yang lepas, kerja-kerja mengecat pun bermula.


1)     Warna Tema Konsep Moden Minimalis

Kitorang  pilih konsep moden minimalis. Nak yang modern dan praktikal. Kalau Nampak cantik tapi tak praktikal tolak tepi dulu. Selari dengan konsep tersebut, kitorg pilih warna kelabu. Erk..tak cantik ek kelabu? Kebanyakan rumah-rumah modern sekarang menggunakan warna-warna bumi macam coklat, kelabu, hitam hijau dan putih. Untuk living hall dan juga dining, warna feature wall atau warna utama ialah kelabu. Mengikut psikologi warna dalam hiasan rumah (klik),




KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.


BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


 Ini adalah keadaan selepas cat feature wall. Cat adalah dari Nippon Paint jenis Satin Glo (494 Graycloth dan 495 Ganite Rock). Cat Satin Glo ni adalah dari rangkaian cat ‘green choice’ (ultra low odour, ultra low VOC, 100% free from: APEO, Heavy Metal and Fomaldehyde).
Senang dicuci kalau ada kesan kotoran. Mula-mula nak ambil Spot-less, tapi tukang cat tu kata cat tu mahal dan upah akan jadi lebih mahal sebab kena buat banyak lapisan sebab cat jenis ni susah nak apply sebab banyak kandungan air. Dia suggest ambil Satin Glo sebab kitorang concern kalau anak conteng senang nak cuci dan harga murah dari Spot-less. Dari segi functional benefits lebih kurang sama, cuma beza pada finishing. Finishing untuk Satin Glo ialah mid sheen, kalau dinding tak rata memang nampak la, tapi kalau finishing untuk Spot-less ialah eggshell/low sheen.

Tukang cat yang kitorang pilih ni claim dan tunjuk yang dia ada sijil kelayakan untuk mengecat. Dia boleh dapatkan harga cat yang murah dari supplier, sebab kitorang pernah tanya kat kedai cat and compare memang lain harganya. Dan kerja-kerjanya memang professional. Plus dia boleh consult kita pasal cat. Tapi..tapi…bukan consult cat je, dia boleh cakap husband saya hensem and kawen la 2-3, beli rumah lagi so that dia boleh datang mengecat. Nasib baik saya takde kat situ. Kalau tak nak kena apek ni..

Hanya dinding tertentu sahaja cat warna kelabu, yang lain adalah putih. So kat mana warna biru? 

2)     LIVING HALL: TV cabinet, perabot dan deko (susunan perabot dan trafik, fabric texture, mix and match, dan aspek pencahayaan)


Bila dah selesai mengecat, barulah panggil kontraktor untuk pasang TV cabinet. Selepas puas study and survey, husband saya lakarkan atas kertas untuk bagi pada kontraktor tu.

Nampak tak how serious my husband? A doctor with his middle name interior designer..try hard nak buat 3D drawing atas kertas je. Ni adalah free time masa kitorang pegi Kuantan where all the anethesiologist in Malaysia berkumpul for 3 days conference (dalam bilik hotel yang semak, tggu masa nak check out).


Taraaaaaaa…inilah lukisannye, sila simpan ketawa anda kalau tak nak kena marah dgn husband saya hehehe… Ada banyak drawing husband saya buat termasuk plaster ceiling dan gambaran keseluruhan ruang beserta ukuran yang tepat. Ukuran penting sebab senang kontraktor nak buat nanti. Bukan senang tau nak melukis untuk orang yang tak pandai melukis macam kitorang ni.. Kalau tak lukis, tak pandai pulak nak cerita kat kontraktor tu macam mana. Bila bagi kat kontraktor, diorang pun kagum. Kitorang kan nak jimat dan takde duit pun nak hire ID. Berangan dan bermimpi jela nak hire Muhsin (MAG Builders) kihkihkih…

So, inilah gambaran sebenar lukisan tu di alam nyata.. amacam? Sama tak?


Ready nak tengok bila dah siap deko?


-

-

-

-

-

-

-

-

Alhamdulillah..it turn out to a very nice combination of colours, perabot and deco. Part deko je yang ada sentuhan warna biru. Dah terjawab kan persoalan kat atas tadi hehehe… Sofa 3 seater tu je yang beli baru, yang lain-lain dari rumah lama. Kami guna konsep mix and match. Sengaja tak beli sofa 3+2+1 sebab tak nak nampak sempit. Kedudukan sofa dan kerusi dekat-dekat untuk mencipta ruang yang mesra so kalau tetamu duduk takdelah rasa terasing. Susunan ni jugak mengambil kira laluan trafik supaya tak ganggu dan tak rasa sempit untuk keluar masuk ruang tamu. Tambahan pulak kitorang kan ada hero-hero kecik kat rumah ni. Kenalah mesra dan praktikal.


Kitorang pelbagaikan fabric texture untuk kemasan lembut contohnya ada texture baldu dan sutera kat bantal sofa dan fabric baldu kat langsir. Untuk sofa ni saya tak ingat nama fabric ni, nanti saya update once saya dapat ok.


Corak fabric 3 seater sofa adalah line (vertical and horizontal), kitorang samakan dengan konsep line kat tv cabinet (mungkin tak nampak sangat dalam gambar). Kerusi fabric hitam yang single tu tu, kusyen tempat duduknya ialah fabric jenis sama tapi bercorak, supaya sama dengan langsir yang ada corak tu. Tujuannya ialah supaya ada ‘communication’ di antara barang-barang ni, takdela nampak caca-marba sangat kan kalau too many colours or corak.


Living hall ni boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi melalui aplikasi pencahayaan bersesuaian. Aspek pencahayaan ni kita dah kena tentukan awal-awal lagi masa plaster ceiling dan wiring dibuat. Pencahayaan putih (day light) misalnya untuk urusan-urusan rasmi atau teknikal contoh bila tetamu datang, manakala untuk mood santai pula boleh guna pencahayaan kuning (warm light). Biasanya untuk menonton, kitorang hanya pasang 2 lampu LED downlight yang yang tembak dinding tv cabinet tu je (refer gambar ye). Memang sangat cozy dan selesa untuk menonton. Ni disebabkan saya nak ambil gambar, saya on semua lampu sebab nak terang dan jelas, kalau tak, kitorg bukak certain lampu shj. 

Hiasan-hiasan kat atas cabinet juga adalah minima, senang nak kemas, less maintainance dan so far nak-anak saya tak kacau sebab memang dah dilatih untuk tidak mengusik barang-barang kepunyaan mama dan abahnya. Good boys! 

Carpet pulak warna hitam jenis magnum shaggy, sangat lembut dipijak dan juga untuk tidur! Yes, betul..untuk tidur. Husband saya pernah tidur overnight hanya atas carpet ni sebab keletihan dan selesa..tu yang tak bangun-bangun bila orang kejutkan.


Drawer kat tv cabinet tu memang direka tak centre macam tu. Ruang yang kosong tepi drawer tu nanti kononnya nak letak subwoofer untuk home theatre. Dua drawer kiri dan kanan je boleh simpan barang, yang tengah-tengah ialah untuk kita access plug points.



Panel tv cabinet tu pulak direka berselang seli dengan cermin untuk efek ruang nampak luas. Warna tema ialah putih dan kelabu.

Ada bahagian dinding yang kosong kat sebelah kiri dan kanan cabinet tu kan. Yang tu hold dulu sebab ada something nak buat but due to kekangan wang dan juga puas mencari benda yang kitorang nak tu tak dapat-dapat lagi, so biarlah kosong macam tu dulu. Tak rushing pun…

Kalau Ammar pakai baju biru jugak mesti nampak dia macam hiasan kat atas sofa tu hihihihi… Day curtain memang kitorang tak pasang. Reason sebab sliding door tu dah tinted, kalau waktu siang memang orang luar tak nampak bahagian dalam, bila waktu malam kena rapatkan langsir tu sebab orang kat luar still boleh nampak bayang unless swicth on lampu kat luar so ia ada reflection. Satu lagi reason nak jimat bajet langsir masa tu. Tapi nampak tak cantik pulak kan takde day curtain. Tengokla nanti ada bajet tambah. Yang ni pun tak urgent so boleh hold dulu. Boleh check my previous entry pasal curtain kat sini (klik).


Coffee table ni saya suka sangat. Ringan nak alih sana sini dan praktikal. Dulu kitorang pernah ada coffee table yang cantik combination kayu dan kaca tapi berat sangat, nak alih sorang-sorang memang tak boleh la. So, insaf tak nak dah beli yang macam tu, nak kena maintain satu hal pulak.

Kids pun suka buat keje kat sini sebab selesa. Tapi dalam minggu ni kitorang dah beli meja dan buat satu seksyen khas untuk diorang. Diorang dah tak boleh guna meja ni. Nanti saya update pasal kids section tu ye.



3)     DINING HALL: Perabot dan deko

Dining hall ni hanya bersebelahan dengan living hall sahaja. Kitorang sengaja tak letak pembahagi supaya rumah nampak luas dan praktikal. Saya kerap guna perkataan praktikal sebab kita yang duduk of course kita nak ia berguna dan selesa untuk kita kan, bukan nak nampak cantik sahaja sebab nak tayang kat orang. Warna utama masih warna kelabu supaya tak lari sangat dari warna kat living hall sebab ia berkongsi plan lantai yang sama. Cuma untuk deko saya gunakan warna hijau untuk membezakan ruang

Set meja makan ni pun dari rumah lama. Cuma 2 kerusi putih tu kitorang beli baru sebab dua kerusi utama (arm chair) kat meja ni kitorang letak kat living hall (refer gambar kat atas).


Panjang cerita pasal meja makan ni. Kerusi dan meja ni pun mix and match jugak bukan dijual satu set macam ni. Masa nak beli dulu, kitorang dah set nak cari set meja makan yang praktikal untuk rumah kitorg masa tu apartment, agak sempit sikit. The idea is, cari kerusi yang boleh pusing-pusing, so that bila orang nak duduk atau bangun tak payah tarik or tolak kerusi tu, just pusing ke kiri kanan je. Puas mencari pusing satu KL kan, last2 jumpe jugak tapi kerusi ni sebenarnya digunakan dengan side table. Kitorang beli 2 yang ada arm dan another 4 yang tak de arm tapi kesemuanya boleh pusing 360° dan match kan dengan meja makan. Sape2 yang duduk kat kerusi ni memang suka la pusing kiri kanan. Teringat kawan saya  datang masa open house dulu dia cakap eh bestla kerusi ni..hehehe….


Bila dah kat rumah baru ni, kitorang kembalikan fungsi sebenar arm chair yang pusing-pusing tu letak kat living hall dan gantikan 2 kerusi putih kat meja makan. Kenape putih? Sebab taknak la rasa bosan sangat kalau sama je kaler nye.  Macam tu lah ceritanye..complicated kan hahaha… kitorang memang suka menyusahkan diri sendiri cari itu ini..asalkan puas hati.


Dinding pun kosong lagi. Kitorang ada plan nak buat something tapi hold dulu. Oh duit..  


4)     AROMA DALAM RUMAH

Last sekali bila cerita bab deko ini ialah bab yang selalu orang pandang remeh iaitu aspek bau-bauan. Bauan yang wangi dan segar mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Biasanya orang nyalakan lilin aroma terapi, bakar minyak yang dititik dalam air menggunakan bekas khas ataupun celup kayu yang yang boleh serap wangian dalam bentuk cecair. Kan saya cakap saya nak something yang praktikal. Again, praktikal ok. Masa rumah lama dulu dah pernah pakai Ambi Pur dan Airwick yang kita boleh set untuk semburan tapi kerap rosak walaupun dah tukar bateri. Kali ni kitorang terpaksa pakai Ambi Pur jugak yang ada semburan wangian berjadual dan dual function, odour eliminator (fresh breeze) dan juga refreshing lily. Sangat wangi dan fresh. Suka! Tengokla berapa lama tahan benda tu.

Sebenarnya kitorang suka bauan natural macam dalam hutan, kayu or bamboo. Tapi yang ada di pasaran macam stick kayu dip dalam wangian cecair tu macam tak cukup untuk ruang tamu dan ruang makan dan ia mungkin lebih sesuai dalam bilik ber aircond. Mungkin boleh tapi kena pakai lebih dari 1. Boleh cuba nanti tapi agak pricey.


Itu jelah yang nak saya kongsikan bersama. Secara keseluruhan, ruang tamu dan ruang makan dengan konsep modern minimalis, menghadirkan ruang yang saling berkait, praktikal, mesra, less maintenance dan yang paling penting sesuai dengan bajet. Kalau boleh, setiap benda yang kita buat dan setiap benda yang kita letak di rumah kita biarlah ada alasan/reason supaya ada connection antara satu sama lain, bukan sekadar ia diletakkan kat situ. Setiap orang mempunyai falsafah yang berbeza dalam dekorasi. Dan kami telah merealisasikan interpretasi falsafah rekaan yang terbaik buat masa ini untuk kediaman kami.


Thank you for reading this blog!