Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

DAH KONVO PHD YEAYYY!!

 
 
Alhamdulillah..finally, we have made it. Double celebration with my En. Husband. Kitorang konvo sama2. Memang kitorang plan dulu2 pernah nak konvo sama2. Patutnya saya dah konvo tahun lepas, tapi ada halangan pulak, so this is the time..yeyeah!!!.... Sama sidang dan sesi pulak tu (Hari Sabtu 1 Nov 2014, Sidang 1, Sesi 1), so senang nak uruskan.

 

Parents we all masing2 tak dapat datang. Anak-anak pulak saya mintak tolong kakak dan adik saya jagakan. Plannya, bila kitorang nak kluar dewan baru diorang datang. Malangnya, hujan lebat, jalan sangat jammed. Diorang pun patah balik.

 

Pagi-pagi sebelum masuk dewan dah bergambar siap2 sebab takut tak sempat. Memang betul pun. Bila keluar dewan, hujan baru berhenti, bertembung pulak dengan orang yang nak masuk sidang petang, sangat crowded jadinya. Jalan pun lecak..habis kasut kitorang haha..

 


Us! Alhamdulillah

 

Sempat snap ni masa En. Husband naik stage.

 



Me. Nampak gemuk tak? hehe..preggy @27 weeks. Alhamdulillah


 




My cinta hati. Juga personal doktor saya. Dari sekecil-kecil penyakit semua saya mengadu haha...

 



Thanks Yana for coming and bagi hadiah. Yang berkonvo sama tu ialah schoolmate saya dulu dan coursemate husband saya, Dr. Maryam.

 

Alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur dan gembira sangat walaupun sedih mak dan abah saya tak dapat datang tengok saya bergraduat. Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong saya dan En. Husband saya. Kami dah lalui perit jerih ni bertahun-tahun bersama-sama, dan pada masa yang sama membesarkan 2 orang anak. Memang sangat meletihkan tapi berbaloi dan bermakna kan untuk dikenang sepanjang hayat.

 

Thank you for reading this blog!
 
 

Monday, 15 December 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENYELIA DAN PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN UMBI


 
 
Salam semua..


Dah lama tak update blog ni. Memang ada niat nak update. Ada banyak sangat cerita tapi tak berkesempatan. Kali ni nak cerita satu moment yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup saya. Alhamdulillah, tahun ni saya berkonvo utk ijazah Phd dan buat julung kalinya institute meraikan graduan dengan mengadakan Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah Graduan (31 Oktober 2014). Majlis ni sehari sebelum konvo dan di buat di institute. Best sangat sebab penyelia yang sarungkan jubah untuk kita.Rrasa nak nanges dan terharu sangat masa tu. Dengan muzik yang syahdu, dan the whole dewan meraikan kejayaan kita. Masa pemakain jubah tu En. Husband record video, so boleh tengok la macam mana caranya dan agak sedikit kelakar sebab saya terkial-kial nak button up jubah tu. Sepatutnya, tak perlu pun, just pegang dan rapatkan je jubah hehe..orang pertama dan tak pergi rehearsal memang buat silap kikikiii….

 
 
 

 
 
Majlis ni formal, bermula dengan perarakan masuk akademik. Penyarah semua pakai jubah konvo.



Saya jadi wakil graduan menyampaikan ucapan penghargaan kepada pensyarah, staf, ahli keluarga dan rakan-rakan. Masa saya dok praktis baca skrip tu, sebak sangat dan saya takut masa atas stage pun saya nanges..tapi nasib baik tak la kan. Nanti terbuat drama air mata pulak kat atas tu hehehe….

 
 
 
5 orang graduan UMBI 2014.

 
 
 
Bergambar dengan pensyarah selepas tamat majlis.

 
 
With my backbone, my En. Husband. Thank you very much B. Love you so much!

 
 


Dengan rakan-rakan seperjuangan.
 
Dengan sebahagian staf pentadbiran dan staf makmal yang banyak membantu saya dulu. Terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang dapat membalasnya.

 
 
 

Inilah tempat saya berjuang dulu. Alhamdulillah dan terima kasih semua.
 
 
Thank you for reading this blog!

 
 

Wednesday, 3 July 2013

PhD Writing Up

 

Ini adalah cerita pengalaman saya menulis thesis hari tu dan mungkin boleh jadikan tips untuk sesiapa yang sedang menulis.

1)     Do it everyday. Memang hari-hari kena buat walaupun sikit. Sebab once kita stop writing, then nak start balik..memang susah. Kalau boleh pc or laptop tu jangan off. Biar sentiasa nampak je kat depan mata. Kalau balik kg ke, curi-curi buat sket jadila. At least buat editing ke, betulkan grammar ke, margin ke..do something yang tak perlu nak perah otak sangat. Ini membantu momentum supaya still keep on moving.
 

2)     Have a daily aim/objective. Hari ni nak siap kan bahagian analisis ke, hari ni nak menulis at least 10 pages ke..macam tu la. By the end of the day..mesti capai that aim ok. Jangan ngelat!


3)     Minimise the distraction like facebook, email, Instagram..now dengan Keek bagai kan... Nasib baik kat rumah takde internet dan at that time saya takde smartphone lagi. Nasib baik sangat2! Memang melekakan la smartphone ni. Tapi to start wring up PhD thesis needs 500% motivation tau tak!! So shopping online dulu hahaha!

 4)     Saling ingat-mengingati dengan kawan-kawan yang sedang menulis thesis jugak. Kawan-kawan rasa down, kita up kan balik. Bila kita rasa down, of course diorang akan tolong bagi semangat balik.
 

5)     Buat dateline sendiri untuk siapkan thesis. Contohnya: Saya buat dateline untuk Bab 1 habis pada sekian-sekian tarikh. Bab 2, 3 dan seterusnya....

 
6)     Update your reference as frequent as possible. Cari new article regarding your work. Weekly or monthly. Percayalah..akan sentiasa ada je update new article tau. Tapi jadi habit jugak saya ni...download je tapi tak baca-baca hehehe..bila nak buat reference barula cari balik. Jangan tiru yang buruk ni tau..

 

7)     Pastikan istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan adalah standard penulisan yang betul. Gambarajah dan jadual mestilah berlabel dengan baik dan dinyatakan di dalam text. Format rujukan juga mesti berpandukan format yang betul.
 

8)     Selalulah berhubung dengan supervisor. Saya hantar chapter by chapter kepada supervisor saya supaya mudah dia nak semak. Bila semua dah ok baru compile kan semua, then bagi semula pada supervisor. 

9)     Perkara yang terakhir sekali buat bila supervisor dah puas hati baru buat pagination dan isi kandungan. Kalau buat awal2 nanti nak kena edit pulak kalau ada pembetulan.
 

10) Then, masa yang dinanti-nantikan iaitu PRINTING!! Yeay!

 






Saya bawak laptop ke dapur sambil-sambil tunggu kari masak ke, air mendidih ke, masak burger untuk anak-anak ke..Saya suka macam ni sebab tak nak saya lost momentum. Kalau tengah bersemangat nak menulis tu orang lain takleh kacau sebenarmya..tapi nak buat macam ni saya ni kan isteri dan juga mak budak..Tapi ni buat editing je bahagian reference, tak pun check ejaan.
 
 
 
Kat sini la spot saya kalau kat library. Saya ambil gambar ni sebagai kenangan, tempat saya tulis thesis saya selama 3 bulan. PC no 16!
 
 
Tiga bulan terakhir sebelum saya hantar thesis tu memang saya pulun habis-habisan. Sebelum ni melepak banyak sangat. Saya buat jadual, dari pukul 8am-5pm saya ke library dan habiskan writing yang perlukan saya guna internet, then balik rumah lepas masak dan uruskan anak-anak dan suami makan dan segala hal kebajikan diorang,. Lepas tu saya buka laptop dan buat kerja2 yang takyah nak perah otak pun macam editing or review jurnal yang baru saya download ke. Bila kat rumah, ada gangguan anak-anak. Dahla kita pun penat kan, so tak yah nak concentrate sangat writing tu sebab dah habiskan masa siang kat library kan. Kalau saya tidur awal, saya akan bangun awal dalam pukul 4am dan sambung menulis lagi. Tapi, kadang-kadang jela kalau badan tak penat. Dan alang-alang bangun malam, sebelum start keje tu Alhamdulillah saya sempat solat sunat dulu.

Masa tiga bulan terakhir ni jugak la banyak kenduri kendara la..adik nak kawen la..mak abah datang rumah la..memang sangat mencabar. Saya curi-curi juga masa buat segala hantaran adik saya tu..ulang alik pergi Nilai 3 (nasib baik tak sampai 10 minit dari rumah). Bila ada tetamu kat  rumah kita of course la kena masak sarapan, tengahari..malam lagi..dan segala keperluan lain.

Tapi Alhamdulillah. Bila dah hantar rasa batu besar kat bahu ni hilang macam tu je. Serius! Ringan sangat kepala. Sampai saya tak tahu nak buat apa masa tu bila rasa lapang sangat. Yang bestnya, masa saya hantar thesis tu, dapat pulak baucer buku BB1M tu, apa lagi..borong novel la hehehe.... Keesokan hari selepas sahaja hantar thesis tu dapat reward dari En. Suami jeng jeng jeng..Samsung Galaxy Note II!

 

Thank you for reading this blog!
 
 

Thursday, 28 February 2013

PhD Thesis Submitted..


Alhamdulillah..akhirnya berjaya jugak submit my thesis semalam setelah berjaya melawan rasa down, stress, malas, rasa nak quit pun ada dan mcm2 mix of feelings. Tapi,  Allah sentiasa tunjukkan jalan dan permudahkan cara bila kita sentiasa yakin pada-Nya.

bukti…


siap bawak dgn trolley..tebal sangat tak larat, 3 copies ni kena hantar kat PPS UKM Bangi, then kena hantar lagi 2 copies kat institute. 

Lepas hantar kat PPS, terus sms Prof and ckp tqvm sbb bersengkang mata check thesis (Betul, prof email saya corrected thesis pukul 2.30am dan esoknya adalah hari bekerja). Semoga Allah permudahkan segala urusan Prof. Dia selamba je jwb ‘no problem’. Prof saya ni sangat baik orgnya, tak pernah marah dan sangat cool orangnya. Bila dia stress pun kita tak nampak. Saya bukan je dpt belajar utk Phd saya, malahan belajar membina attitude yang baik sesama manusia secara tak langsung. Prof ckp, kenapa plk saya nak marah kalau student buat silap, you all semua dah besar panjang, dah boleh fikir mana yang baik, sbb you all buat master/Phd ni at last utk diri sendiri jugak. So, saya pn berazam, kalaula saya jd pensyarah lepas ni, saya juga nk layan student saya mcm ni, baru la org hormat kan.


Sekarang rasa legaaaa sangat. Batu besar kat bahu saya ni dah mengecil hehe..beban still ada tau. Now, tunggu diorang panggil untuk viva mungkin dalam masa 2-3 bulan dari sekarang paling cepat pun. In a mean time, boleh la lepak-lepak.. Eh, NO NO. Next Friday saya kena present CME, then nak kena tulis paper untuk publish…sape kata boleh rehat? Huh!

So, this entry answered my hiatus selama ni. Lama tak menulis kat blog ni, hari2 bukak tapi nak balas komen or tulis entry memang tak sempat. Sorry ye kalau ada soalan2 yang sy tak sempat balas. nanti saya cuba catch up balik and balas ok.


Thank you for reading my blog!