Showing posts with label Rumah Seri Pajam. Show all posts
Showing posts with label Rumah Seri Pajam. Show all posts

Friday, 12 August 2016

EUREMA OFFICIAL LAUNCH 14/8/2016

JANGAN LUPA OK!

PELANCARAN RASMI EUREMA FASA BARU D’MAYANG SARI SERI PAJAM DEVELOPMENT PADA HARI AHAD INI 14/8/2016


Maklumat lanjut tentang Eurema boleh lawati laman web ini http://www.seripajam.com.my/Projects/Latest-Projects/Current-Projects/Eurema


Kepada yang masih 'house hunting', jom pergi perasmian fasa baru D'mayang Sari di Nilai dan boleh tengok-tengok rumah contoh.


Kalau berkenan boleh terus booking. Saya boleh jadi 'introducer' anda dan kita boleh claim cash dan voucher bernilai RM3000. Anda dapat, saya dapat..win-win situation. Dengan syarat, masa anda tandatangan S&P nanti, saya kena hadir sekali ok.



Rugi beli rumah tapi tak redeem hadiah yang diberikan. Voucher RM3000 tu anda boleh beli kipas, aircond, lampu, cat atau apa sahaja barang keperluan rumah baru.
Jumpa kat sana 14 Ogos ni ok!

WA saya 013-3735900


EUREMA Official Launch
Freehold Double Storey Terrace House

Date : 14 Aug 2016
Time : 10am - 6pm
Venue : Eurema Show Unit

Fun Activities:
- DIY Lucky Beads & Charms
- Giant Bubble
- Nail Art
- Sand Art
- DIY Workshop

Grab Launching Package up to RM35,000*
*t&c

Refreshment served.







Monday, 6 June 2016

Laundry Area (Home Decor)

Salah satu tempat yang selalu  terabai kat dalam rumah ni ialah kawasan mendobi. Eh, tak taula rumah korang, mungkin kemas kot dan mungkin jugak lebih kurang kitorang je hehee. Yelah, macam rumah saya ni sederhana sahaja, guna je ruang yang ada melainkan rumah korang besar dan banyak bilik, bolehla dedicated kan satu bilik untuk mendobi siap ada mesin basuh, mesin pengering, storage, penyidai, iron dan iron board. 

Ruang mendobi kat rumah ni sebenarnya adalah laluan ke bilik air melalui dapur. Maknanya, kalau tetamu datang nak guna bilik air, mesti lalu dapur, kawasan mendobi ni dan baru jumpa bilik air. Semak mata memandang jugakla sebenarnya.


Disebabkan ruang ni kecil, kitorg rasa boleh buat sendiri. So, kitorg pun plan la buat cantik2 dan takdela malu sangat kalau org tengok. Biasanya, memang orang akan jeling2 jugak tengok. Plannya, nak cat dan pasang rak. Takde pulak gambar sebelum kitorang make over tempat ni. Tapi memang berlemoih la haha..


So, kerja-kerja dimulakan dengan bersihkan tempat dan kikis/scrub cat lama kat dinding tu. Pastu gosok dengan kertas pasir. Eh chop! Yang buat kerja2 ni of course la En. Suami hehe...Puan Isteri ni tukang amik gambar je kehkeh..dan sumbang idea.



Selepas tu, rawat dinding dengan lapisan antifungal untuk musnahkan kulat dan juga spora dan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di kemudian hari. Ini adalah langkah berjaga-jaga kerana kawasan ni lembap dengan kerja2 laundry dan juga terdedah kepada air termasuklah tempias hujan. Nak guna fungicidal wash ni kena sabar. Lepas sembur/sapu kena tunggu semalaman/24h. Lepas tu basuh/sembur dengan air dan sapu fungicidal wash ni lagi sekali sebagai barrier coat antara dinding dengan cat asas (undercoat) nanti. Ini untuk memastikan jika ada sebarang spora dormant selepas proses mengecat dapat dihapuskan sebelum ia dapat menembusi lapisan cat. Hopefully tahan lama la nanti cat dinding ni daripada serangan kulat, alga, bacteria dan seumpamanya. Fuhhh..sangat berinformasi saya tulis ni kan hihii...






Kemudian, cat keseluruhan dinding dengan white undercoat. Dah puas hati dengan coating ni, baru mula buat garisan dan letak masking tape sebab nak cat belang biru putih.

Buat susah-susah je kan. Korang ingat senang? Pakai pembaris 30cm je tu. Memang menyusahkan diri haha..tapi korang tengokla hasilnya nanti. Kenape biru putih?. .barula rasa mcm berada dan berjalan-jalan di bumi Greece  kahkahkah..nak basuh baju je pun kan. Eh, bukan tadi cakap ni laluan ke bilik air ke..so, samalah tu..berjalan-jalan . Baik punye justification.



Warna cat biru ni ialah Teramont Blue, dan cat putih tu cat putih lah .
Dinding yang ada pintu masuk ke bilik air je cat belang putih biru ni. Dinding yang lain warna biru.
Ada satu bahagian dinding di bawah tingkap (tingkap bilik sebenarnya) di sebelah kiri pintu bilik air, terasa gatal tangan nak cuba buat sesuatu.




Guna masking tape dan buat corak 'autumn tree' dan cat. Bila cat dah kering, tanggalkan tape tu, nanti korang tengokla hasilnya kat bawah nanti. 






  


Ini cat dan fungicidal wash yang digunakan.
Bila dah siap mengecat, kerja2 pemasangan rak pulak. Rak ni beli kat IKEA. Suka barang2 IKEA ni sebab mudah pasang dan tahan lama. Bila tengok di showroom bahagian laundry, akan jumpa rak bertingkat yang boleh kita design bersama2 dengan mesin basuh. Yes! Rak ni kita boleh beli setiap satu tu ikut keperluan dan design sendiri. Dan semua ni di bawah nama ALGOT.
Nak tengok hasil keseluruhan?
.
.
.
Taraaaaaa....



Inilah keseluruhan ruang mendobi. Itu adalah pintu ke bilik air. Nak beli setiap part ALGOT ni kena betul2 ukur ikut kesesuaian ruang. Panjang batang besi sebelah kanan tu 196cm, dan yang sebelah kiri tu kena pasang 2 batang besi berukuran 56cm sebab ada suis kat situ. Mesin basuh tu dah hampir10 tahun umurnya. Teringin nak pakai masin basuh pintu buka depan, jadi boleh buat platform kat atas mesin tu nanti.




Rak yang nak dipasang kat batang besi tu ada pelbagai jenis.



Boleh pilih nak platform kayu, besi, penyidai ataupun bakul. Sangat variety dan flexible kan. Suka sangat.



Tempat penyidai ni paling saya suka sebab biasa kita kat dapur lepas guna kain buruk terus basuh, perah pastu tak tau nak sidai kat mana. Malas nak pergi sidai kat ampaian luar terutamanya kalau malam la kan. Sekarang setel masalah yeayyy..



Haaa...inilah design 'autumn tree' tu...
Nampakla ceria sket hehe. Tingkap tu adalah tingkap bilik. .



Ini keadaan buat masa sekarang hanya ada benda2 ni.




Yang ni asalnya tong sampah tapi convert jadi bekas letak sabun basuh. Saya suka sebab nak synchronize kan dengan tong sampah besar kat bawah tu. Orang ocd macam saya tak boleh tengok banyak2 bentuk bekas dan warna. Nak sama jugak.




Kat bahagian tepi rak tu letak hook untuk sangkut penyapu dan mop.
Itu sajela yang saya nak share. 


Semoga menginspirasi untuk deko rumah anda.

Terima kasih.

Wednesday, 13 April 2016

Beli rumah Seri Pajam boleh dapat Wang tunai dan baucer


Purchaser Get Purchaser Program
(Seri Pajam Development,  offer valid till 31/12/2016).




Saya nak menghebahkan tawaran yang dibuat oleh SPD. Sebagai pemilik rumah, saya menyarankan kepada sesiapa yang nak beli rumah bolehlah jadikan saya sebagai 'introducer' dan kita boleh claim reward ni.

.
Dapat duit tunai dan baucer tunai ni memang sangat membantu kalau nak masuk rumah baru. Macam saya dulu, dapat aircond 1 unit 1.0HP dan kipas siling 1 unit. Nak masuk rumah macam2 nak kena beli. So, kita guna peluang yang ada ok!


Untuk kita claim reward ni, masa pembeli rumah ( you all la tu) tandatangan perjanjian jual beli (S&P), ada satu borang yang perlu diisi oleh pembeli dan introducer pada hari tersebut. Maknanya, saya kena ada pada hari tersebut. Kalau tak, offer ni tak valid dan tak boleh nak claim selepas itu.

 
So, boleh email saya husnamn@gmail.com untuk buat appointment ok 👌.

Friday, 19 December 2014

DAPAT PLAYHOUSE FREE..SAPE TAK NAK KAN...

Setiap kali pergi showroom rumah, suka sangat tengok model rumah. Cantik kan. Walaupun tak beli, dapat tengok model rumah pun dah rasa best. Haritu ada pergi office Seri Pajam Development sebab diorang launch perumahan baru fasa 2 D’ Mayang Sari. Saya pun pergi la bawak anak-anak sebab diorang memang suka tengok model rumah.
 
Sembang-sembang dengan Miss Jane, tanya la dia ada tak model rumah yang dah tak nak pakai? Dia cakap.. "ada. Kebetulan we all nak kemas store esok nak buang mana yang tak pakai. Datangla ambil ye.. You nak buat ape?"
 
"I nak buat playhouse untuk anak-anak"
 
"Wah..tak terfikir pulak saya.. ok la bagi anak main. Kalo tak buang je ni..tapi sayang..nak buat ni mahal"
 
Pucuk dicita ulam mendatang orang kata…dah memang nak sangat2 kan. Sanggup la pergi sendiri dengan perut memboyot ni dengan Adam. Dia yang paling excited sampai takleh tidur malam.
 
Ada banyak model rumah yang diorang nak buang. So saya pilih mana yang elok dan saiz pun bersesuaian la sebab kalau besar sangat, tak muat nak letak dalam bilik dan berat pulak nak mengangkat. Adam dok teringin rumah yang ada swimming pool tapi besar sangat la. Tapi yang kitorang ambil ni pun ok. Model rumah semi D single storey. Best la main lagipun lampu led masih berfungsi..cantik bila pasang lampu.
 
Diorang main susun-susun kereta kat tepi rumah. Saya tanya kenapa banyak sangat kereta ni.
 
Diorang cakap.. ‘beli rumah baru kan..kena la buat kenduri kesyukuran’..
Hehe..kids see kids do kan…
banyak la conversation diorang yang buat saya tergelak..diorang ni memang suka berlakon…
“eh saya dengar orang bagi salam la..cuba tengok sape datang rumah kita..macam ustaz je.. Ustaz Don kot?”
 
“Eh..betul la Ustaz Don datang rumah kita..yeay bestnya..”
“Mak awak pergi buang sampah tak pakai tudung ke? Mak kita pakai tau..malu la orang tengok rambut..”
 
‘Kita kena kemas rumah kita selalu…barula cantik..bersih je..”
 
Macam-macam lagi la diorang dok bersembang. Puas hati sangat saya tengok diorang happy main. Play house free..tak yah nak beli. Saya pun main gak sebab dulu kecik-kecik tak dapat main..hehe 
 
 
 





 
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Tuesday, 10 September 2013

Featured in Seri Pajam Newsletter

 
 
Our humble story featured in the lattest Seri Pajam Newsletter (6th Edition). Although the house is still not completely perfect, but this is an honour to us. I’d feel overwhelmed when they begin the sentences with:
 
‘Now and then, you come across people who are good in what they do. But sometimes, you come across someone who are inspiring. This time we come across someone who is both’.
 
Thank you Seri Pajam. I am just an ordinary person. Thank you for the opportunity which I never never expect to be featured in any magazine. But it’s funny when they used ‘Kak’ in the article haha! But it’s ok.
 
 


 
 


 


 
 


the other story in the Newsletter...

 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Monday, 17 June 2013

Nada Alam: Nature Resonance @Pajam

Salam semua



Sedikit update dari Seri Pajam Development, kepada sesiapa yang masih mencari rumah baru boleh register untuk kawasan perumahan baru iaitu NADA ALAM. Sound good, right? Kawasan ni adalah berhadapan dengan stesen komuter Batang Benar dan juga exit Pajam/Nilai melalui LEKAS highway.




Yang bestnya, nanti ada landscape cantik, ada wetland, 3 tier security ada jogging track. Bestnya! sebab kat Pajam/Nilai ni tak jumpa lagi jogging track.




Jenis rumah teres 2 tingkat, semi-D 2 tingkat dan banglo. Register kat website Seri Pajam, nanti any update mengenai Nada Alam, diorang akan diorang mail anda.






p/s bolehla contact saya nanti bila nak beli ye!



Thank you for reading this blog!
 




Thursday, 11 April 2013

Nilai: A destination of choice to work, play and stay- NST


Dalam akhbar sisipan NST semalam (Rabu, 10/4/2013) ada mempromosikan Nilai sebagai satu destinasi pilihan untuk hab pendidikan , tempat tinggal dengan gaya moden, kawasan perindustrian, dan juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong selain syurga membeli belah di Nilai 3.
NST (Rabu, 10/4/2013)
Dulu, kita tak pernah dengar dan tak tahu pun Nilai ni kat mana betul tak? kalau tahu pun Nilai 3 tempat ada jual banyak langsir dan barang-barang kawen. Nilai sekarang adalah part of the ‘Extended Greater Klang Valley’, memandangkan KL dan Selangor pun dah semakin sesak. Majlis Perbandaran Nilai (MPN) sekarang ni tengah rancak membangunkan Nilai dengan ‘rebrand Nilai’ untuk menjadi satu township yang gah dengan perkembangan industry, kemudahan pendidikan dan lokasi yang strategic.



So, why NILAI?

1)     STRATEGIC LOCATION


About 40km from KL, 32km from Putrajaya/Cyberjaya, 17km from KLIA/LCCT yang dihubungkan dengan lebuhraya PLUS Utara Selatan dan juga LEKA (Kajang-Seremban). Ramai sekarang ni yang bekerja di KL dan Putrajaya tetapi tinggal di Nilai, just like us.


2)     EDUCATIONAL HUB


Ada banyak institusi pengajian yang bereputasi tinggi di Nilai; Nilai University, INTI, Manipal University, USIM, Linton College, Nilai International School, Tunku Kurshiah College (TKC), Institut Aminuddin Baki, KPJ Healthcare University College, Akademi Pengajian Tinggi and more….


3)     MODERN LIFESTYLE

Stylish and affordable properties with unique living concepts at Kota Seriemas, Bandar Seri Sendayan, Putra Nilai, Nilai Impian, Seremban 2, Seri Pajam, Kasia Greens, Bandar Enstek and more.. pilih je yg berkenan di hati dan fit the budget


4)     INDUSTRIAL ZONE


Memang banyak kilang-kilang industri kat sini; Nilai 1 & 2, Arab Malaysian Industrial Park Area, Nilai Utama Industrial Park and Nilai 3 Industrial Park, Putra Nilai Biotech Hub, TechPark@Enstek and Sendayan Tech Valley. Hopefully kebanjiran foreigner yang datang bekerja kat sini tak mengganggu ketenteraman penduduk



5)     TOURIST ATTRACTION


Salah satu tarikan di Nilai ialah dengan adanya one stop wholesale yang terbesar kat Nilai 3 dan Nilai 3 Street Mall yang  akan dibuka nanti. Pernah lalu banyak kali mmg nampak progress kat Nilai 3 tu, dah rasa macam kat iCity dah dengan pokok2 lampu kat keliling tu.
Snapshots from the paper...









Nilai Impian





Seri Pajam..




Nilai Street Mall @ Nilai 3



Mereka menjangkakan Nilai akan menjadi ‘Petaling Jaya of Negeri Sembilan’. Sasaran populasi di Nilai ini ialah dari semua golongan yang dah bersara ke, yang berkeluarga kecil atau besar dan juga pelajar2... Trend sekarang ni memang orang shift duduk ke tempat2 yang jauh dari pusat bandar KL sebab KL dah sesak dan juga harga rumah dah tak mampu milik. So, kena besarkan lagi radius. Nilai pun tak adalah jauh sangat dari KL kan. Harap2 dengan bertambahnya populasi di Nilai ni dan terkena juga tempias nya sampai ke Pajam dan akan meningkatkan peluang2 pekerjaan yang membantu kepada perkembangan ekonomi yang sihat.  So, let’s build our life in Nilai. Macam promising je kan Nilai akan boleh jadi mcm PJ. So, start survey your new house today! Nak beli rumah Seri Pajam bagitau saya ok. Bye 



Thank you for reading this blog!








Wednesday, 23 January 2013

Seri Pajam akan buka kawasan baru di Batang Benar

 

Masa makan di Restoran Ana Seafood kat simpang traffic light ke Kg. Batang Benar tu, husband saya ada bersembang dengan owner kedai tu.Kitorg perasan jugak dulu lokasi kedai dia kat tempat lain, kalau lepas traffic light tu kat depan sikit dari Aki workshop and just before kilang-kilang dan stesen komuter Batang Benar. Owner kedai tu cakap Seri Pajam dah beli tanah dia untuk buat perumahan. Masa pergi cabutan bertuah untuk My property Award tu ada sembang dengan one of Seri Pajam Sale Advisor, dia cakap memang betul. Seri Pajam akan buka kawasan perumahan baru kat area Batang Benar tu. Diorang akan bina teres dan semi D.  So saya expect rumah kat situ mesti lagi tinggi harganya, dan hopefully design makin cantik. Sape2 yang plan dan berangan nak dapatkan rumah Seri Pajam, tapi tak boleh nak beli sekarang, boleh la tunggu… Mungkin sekarang tengah tunggu naik pangkat ke kan, boleh buat loan untuk rumah yang besar sket..hehehe..


Kalau betul la adanya kawasan baru ni nanti, hopefully Pajam/Nilai akan lebih membangun.
 

p/s Korang dah tengok rumah Zeta Park Type C? ..baik korang pergi tengok showhouse sekarang.. Cuba tengok kat sini.

 

Thank you for reading this blog!

 

Tuesday, 22 January 2013

Beli Rumah Seri Pajam dan Tukar Points Kepada Barang-Barang Keperluan Rumah

 
Seri Pajam ada buat skim program untuk setiap pembeli rumah Seri Pajam akan dapat point mengikut harga rumah, dan setiap point tu boleh ditukar dengan barang-barang keperluan rumah. Untuk skim yang baru ni tak sama macam kitorng beli rumah dulu. Dulu, kitorang beli rumah, dapat point the boleh terus redeem barang. Tapi untuk skim baru ni, kalau you all beli umah, point tu akan dapat pada introducer, iaitu orang yang telah memperkenalkan rumah Seri Pajam pada anda, dan point anda hanya boleh diaktifkan bila anda  ada memperkenalkan pada org lain (org tu pun mesti beli rumah). Kalau tak ada introducer, point tu akan rugi macam tu je la.
 
Ada seorng pembeli ni call saya and buat satu perjanjian dengan saya which I think not bad kalau anda rasa nak buat macam dia buat. Dia minta saya jadi introducer dia (sebab dia baca blog saya ni), and of course la saya akan dapat point kan, tapi dia mintak untuk bagi pada dia point tu sedikit so that dia boleh redeem satu aircond and ada lebihan point tu dia bagi kat saya untuk saya simpan. Saya tak ada masalah pun pasal hal ni. So, saya buka tawaran ni pada sape2 yang nak buat macam tu. Memandangkan point anda akan diaktifkan hanya apabila anda introduce pada orang lain, saya boleh aturkan supaya jika ada next pembeli (dan atas persetujuan anda juga la) saya letakkan nama anda supaya anda boleh aktifkan point tu. Lepas tu pandai2 la deal supaya da win-win situation.
 
Diantara barang-barang yang anda boleh redeem ialah seperti kat bawah ni. Point kitorang masa beli rumah dulu kitorang redeem 1 kipas dan 1 aircond 1HP. Sangat membantu ok, masuk rumah baru memang banyak barang nak beli. Brand kipas masa tu saya dapat 4 blades Panasonic (with remote control) dan aircond brand Mistral. Brand barang2 ni depend pada stok dan supplier pada masa tu, ada rumah tu saya tgk dia dapat aircond Midea, ada yang Panasonic. Ok la kan.
 
 
Telefon pejabat Seri Pajam to book your dream house now @ 06-7581988
 
So, you all boleh mention nama my husband:
Mohd Alias Ibrahim (Lot PT 14929 Camelia Extra)
 
 


 
 
 
 
Thank you for reading this blog!