Tuesday, 20 September 2011

Resepi Nasi Minyak Hujan Panas




Ini Nasi Minyak Hujan Panas air tangan saya masa Open House Raya cum Birthday Party Ammar dan Adam (klik)16 sept 2011 yang lepas. Resepi asal adalah dari Chef Hanieliza (Nasi Warna Warni). Saya letak resepi kat sini sebab dah tak jumpa link ke page Chef Hanieliza tu dan juga menyenangkan anda.. sangat sedap sebab anak-anak saya suka. Diorang panggil nasi cantik.

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau, merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]



Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masak seperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

Selamat mencuba.


 Thank you for reading this blog!



Kalau suka klik 'Like' je atau tinggalkan komen kat bawah ok. Thank you.

Monday, 19 September 2011

Open House Raya cum Birthday Party Ammar and Adam

Biasanya, birthday Ammar dan Adam kitorg buat masa raya sekali dengan open house. Tapi tahun ni tak buat open house kat rumah, so tumpang open house rumah along (abang ipar) untuk buat birthday party Ammar dan Adam pada 16 Sept 2011 yang lepas. Birthday Adam dah lepas (5 Julai) birthday Ammar pulak 23 Sept. So, buat sekali harung je la ye.

Saya masak Nasi Minyak Hujan Panas, Ayam Masak Merah dan Salad. Husband saya buat puding koktel tapi sayangnye tak sempat amik gambar.Bawak semua makanan ni ke rumah along kat Bandar Tun Hussein Onn. Tak jauh pun dari rumah dalam 5-10 minit dah sampai. Untuk open house, kak long masak laksa, mee tomyam dan puding diraja.


Nasi Minyak Hujan Panas. Ammar dan Adam panggil nasi cantik





Ayam masak merah




Salad with Thousand Island


 
The King’s Ice Cream Cake. Apela org kedai ni, orang soh tulis lain dia tulis lain..



(Nyanyi) Happy Birthday to Ammar dan Adam, Happy birthday to you… Potong kek..


 
Kejap ade..



Kejap tak ade..hehehe



Alhamdulillah..licin. Diorang kata sedap. First time masak nasi banyak2 macam ni. Bukan ape, takut nasi tu mentah ke lembik ke..dulu memang xreti nak masak nasi selain dari nasi putih



(Atas) Puding koktel yang husband saya buat. Dah habes br ingat nak amek gambar. Sedap sebab buah-buahan segar (strawberry, anggur, epal dan mini puding)  campur dengan nestle yogurt bliss. Sedapppp!!
 (Bawah) Puding diraja air tangan kaklong



Habis Ammar dan Adam makan kek ais rim. Sedap mama..sedap..diorang cakap. Sedap sangat sampai tangan Adam pun dah cenggitu. Nak jadi Usop Wilcha ke dik?



Hadiah!! Nak tau ape hadiah yang Ammar dan Adam dapat dari uncles and aunties, nenek diorang juga dari mama dan abah?..tunggu next entry bye..


Thank you for reading this blog!



Kalau suka klik ‘Like’ ok..thank you





Sunday, 18 September 2011

Birthday Gifts Hunt for the Kids

Bila time birthday anak-anak, mesti pening kepala fikir nak beli hadiah apa? Tahun ni, Ammar akan genap 4 tahun pada 23 Sept 2011 dan Adam genap 2 tahun pada 5 Julai 2011 yang lepas. Nak celebrate birthday utk diorang mesti kena buat sekali, dah macam kembar jadinya.

Ammar dan Adam ni mempunyai karakter yang berbeza. Walaupun kedua-duanya sangat manja, tapi Ammar sebagai yang sulung memang nampak karakter abang yang penyayang. Ammar ni kreatif. Apa sahaja yang ada kat tangan dia boleh create benda jadi seperti apa yang dia bayangkan sampai kita pun tak terpikir macam tu. Contohnya, dia jumpa sayap robot dia yang dah patah dalam kereta. Dia belek-belek benda tu, then dia tanya ape yang dia buat tu. Kita pon teka macam-macam. At last dia cakap, kalau buat macam ni jadi pisau, macam ni jadi pistol, kalau macam ni jadi laptop? Laptop? Hahaha..benda kecik macam tu pun dia boleh imagine laptop: ada keyboard dan skrin. Nanti saya nak satu entri khas pasal kreatifnya Ammar ni. Ammar ni dia dah ada minat pada sesuatu watak dan sekarang ni dia suka ultraman. Dulu masa dia kecik2 dia suka Barney. Kalau tengok movie ultraman tu dia boleh stay depan tv or computer sampai habis dan membuat aksi2 lawan macam ultraman!

Adam pulak dia banyak terikut2 abangnya. Ape yang abang dia buat dan main, dia akan ikut tapi tak lama sebab dia cepat bosan. Dia ni tak takut orang, dan kalau budak buat dia dia akan lawan balik. Kalau Ammar, dia jarang melawan unless jika perlu contoh berebut mainan.

So, untuk birthday diorang, plan nak beli some educational toys. Something yang boleh membantu lagi perkembangan minda diorang ni based on their age.

Jom tengok ape yang dicari dan dibeli..

Ni dekat Jusco MidValley.
Plan nak beli untuk Ammar Zoob-Bot (The Moving Mind-Building Modeling System. Untuk Adam kat sini tak jumpe yang sesuai tapi KIV the Drawing Board Case tu.

Ni dekat Toys ‘R’ Us MidValley. Jumpe fishing set ni, mungkin boleh beli untuk Adam sebab dia suka fish. Tapi ape skill yang nak diasah sebenarnya kalau beli ni? Just for fun is it?


3-in-1 Learning Easel Drawing board ni boleh guna untuk diorang berdua


Haa..yang ni nampak  best. Magic Gears Junior Engineer from Gigo. Sesuai untuk Adam untuk dia start kreativiti dia dengan membina dan mencipta.

Ada banyak yang kitorang rasa sesuai untuk kreativiti contohnya Playdoh dan some online educational toys.

So, nak tau ape yang kitorang beli untuk hadiah harijadi Ammar dan Adam? Tunggu next entry..bye



Thank you for reading this blog!



Suka baca entry ni. Klik ‘Like’ ok. Thank you

Thursday, 15 September 2011

Resepi Popia Pisang




Pagi ni sarapan dengan popia pisang. Pisang ni abah yg bagi hari sabtu lepas, tengok pagi ni dah masak so kita goreng la. Boring makan pisang goreng dengan tepung tu, apakata buat popia pulak. Actually dah banyak kali buat popia pisang ni, kali saya nak share sebab rasanya memang sedap dan rangup.


 

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

1)    Kulit popia
2)    Pisang (terpulang nak pakai pisang apa, kali ni saya buat pisang abu. Sebelum ni dengan pisang emas dan berangan pun pernah buat, ok je..)
3)    Telur (untuk gam kulit popia nanti)
4)    Sedikit gula (terpulang, kalau pisang masak ranum mungkin tak perlu)


Kupas pisang dan belah dua. Sediakan kulit popia dan letak pisang kat tengah. Sebelum balut pisang tu dengan kulit popia, letak gula at atas pisang tu, gamkan kulit poipa denga telur. Dah siap dan ready untuk digoreng. Selamat Mencuba!


Thank you for reading this blog!





Wednesday, 14 September 2011

Volkswagen. Das Auto. Show 2011

Volkswagen Das Auto Show 2011 ini telah berlangsung pada 10-11 Sept 2011 di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Masuk adalah percuma. Actually, pameran ni untuk mempamerkan kesemua model-model kereta Volkswagen, antaranya seperti: Polo, Polo GTI, Golf, Golf GTI, Scirocco, Eos, Passat CC, Tiguan, danTouareg.

Seminggu sebelum show ni, mmg kitorg excited sgt nak pergi, sbb ada org tu berangan nak pakai Passat atau GTI hehehe..
Passat


Golf GTI


Disebabkan tak sebertuah Redmummy yang dapat pergi sidang media Volkswagen Das Auto Show 2011 ni, kitorg decide nak pergi on the last day tu..


Masa sampai kt parking stadium Bukit Jalil, rasa macam lega sbb banyak parking and xnampak ramai orang. So, dok pikir mesti tak ramai yg datang ni..

Sebelum sampai entrance bergambar dulu..


Pameran tu dibuat kat tempat yang dipanggil The Dome. Besar sangat!


Berjalan punye berjalan, pikir kt mana entrance ni tak sampai2 pon. Jauh benor! Bila nampak je pintu masuk, tgk ramai sgt org dok beratur nak masuk.  Kena beratur? Terpinga2 la jugak kan..Then ada org buat announcement cakap, kat dalam tu dh ada dalam 2 ribu orang, and 1 seksyen tu boleh occupy dalam 300 orang je (tak tau ada berapa seksyen)..so kalau nak masuk diminta tunggu dalam masa 1-2 jam lagi! Kat dalam The Dome tu actually ada pertunjukkan kereta. Setiap model kereta akan berpusing2 mengelilingi penonton untuk tunjukkan kehebatan setiap model.

Tengokla punye la panjang barisan..(tgk arrow merah), so xjadila nak tunggu sbb bawak budak2 ni susah la nak berlama-lamaan.

Ammar dan Adam main2 la kejap kt situ sampai terputus tali merah tu!

Ammar confuse..kita nak buat ape ni mama?


Jomla balik tp dengan muka yang sangat kecewa tapi masih sempat nak bergambar kat logo Volkswagen tu.




Mungkin penganjur boleh pikirkan semula macam mana nak memudah pengunjung untuk datang dan masuk.
1)    Penganjur boleh adakan pertunjukkan live performance setiap kereta tu di penghujung pameran. Maknanya, orang boleh masuk tengok pameran dan diorang ada pilihan untuk terus stay nak tengok show atau balik. Kalau tak, jadilah macam kitorg yang tak dapat masuk langsung dan tak tahu ape yg berlaku dan ape yg ada kt dalam tu.

2)    Mungkin penganjur boleh adakan pameran sebegini dengan dikenakan bayaran atau menghadkan jumlah pengunjung.

Ini sekadar pandangan.



So, nak tahu info lanjut and nak tengok gambar2 masa pameran tu, terjah la blog Redmummy.



Thank you for reading this blog!



Thursday, 8 September 2011

Personal Loan CIMB 3.98% and ASB Loan

Personal Loan CIMB 3.98% p.a. untung buat ni...


Jadual pembayaran balik Personal Loan CIMB





ASB Loan CIMB (saya suggest buat ni)



Jadual pembayaran balik ASB Loan CIMB



p/s ni nak tolong anak saudara…so, sape2 yang berminat nak buat loan, boleh call dan jumpe Asraf (Personal Loan Advisor) 013-8249539.



Thank you for reading this blog!






Saturday, 3 September 2011

Selamat Hari Raya!!!







Mak yang kelihatan muda walau dh 60 tahun, me and Adam



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua pembaca dan semua muslimin dan muslimat. Beraya sakan kitorg tahun ni. Nanti-nantila update pasal raya ok..



So, raya-raya juga..jgn lupa kewajipan kita pada Yang Maha Esa. Bila berjalan raya ni jgn lupa solat ok walau dah make up tebal2 dan tudung tu dah lilit macam serban J. Makan moderate saja ok..nnti sakit susah pulak nak beraya..



Ok la…enjoy your raya..





Thank you for reading this blog!