Saturday, 30 July 2011

Ramadhan Kareem: Pahala Solat Sunat Terawikh

Malam esok, Insya Allah kita semua akan mula berterawikh menandakan bermulanya bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan. So, dah bersedia untuk berterawikh ke? Jom cek ganjaran yang Allah janjikan pada kita..boleh print ni dan tampal kat tempat yang biasa/selalu pergi e.g kt tepi cermin meja solek ke, kt peti ais sebelah Jadual Berbuka ke..mana2 la. Agak2 rasa malas nak pergi terawikh je, baca dulu, mesti menyesal kalau tak buat kan....




Malam1:       Dosanya dihapuskan seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.

Malam 2:      Diampunkan dosanya, juga dosa-dosa kedua ibu bapanya, jika keduanya itu Muslim.

Malam 3:      Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan, "Beramallah, kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu."

Malam 4:      Diberi pahala yang sama dengan pahala orang- orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.

Malam 5:      Diberi pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Malam 6:      Diberi pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah; batu-batu dan pasir-pasir turut memohon ampun untuknya.

Malam 7:      Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa, yang membantunya mengalahkan Firaun dan Hamman.

Malam 8:      Diberi Allah segala apa yang pernah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam 9:      Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah SAW dan nabi-nabi menyembah Allah.

Malam 10:   Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan Akhirat

Malam 11:   Keluar dari dunia sepertimana oia dilahirkan - bersih dari segala dosa.

Malam 12:   Di Hari Qiamat wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama.

Malam 13:   Di Hari Qiamat keadaannya aman dari segala kejahatan dan keburukan.

Malam 14:   Malaikat akan menjadi saksi (atas sembahyang Tarawihnya itu) di Hari Qiamat - ia dibebaskan Allah dari segala kemudaratan.

Malam 15:   Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuknya.

Malam 16:   Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17:   Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.

Malam 18:    Malaikat berseru: "Wahai hamba Allah! Bahawasanya telah redha Allah  kepadamu dan kedua ibu bapamu."

Malam 19:   Diangkat darjatnya kedalam Syurga Firdaus.

Malam 20:   Diberikan pahala para syuhada dan solehin.

Malam 21:   Dibina untuknya istana dari nur di dalam Syurga.

Malam 22:   Di Hari Qiamat, ia akan diamankan dari segala dukacita dan kerisauan.

Malam 23:   Dibangunkan untuknya sebuah bandar di dalam Syurga.

Malam 24:   Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan dimakbul oleh Allah.

Malam 25:   Diselamatkan dari siksa kubur.

Malam 26:   Dianugerah pahala ibadah baginya selama 40 tahun.

Malam 27:   Dapat melintas titian Sirat di Akhirat kelak, kelajuannya seperti kilat.

Malam 28:   Diaugerah baginya 1,000 darjat di Akhirat.

Malam 29:   Dikurniakan pahala 1,000 ibadah haji yang mabrur.

Malam 30:   Diseru oleh Allah dengan seruan, "Wahai hamba-Ku! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air Salsabil (sebatang sungai yang mengalir dalam Syurga) serta minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan engkau adalah hamba-Ku."



Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak…dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa dan Ibadah Sunat yang lain



Thank you for reading this blog!


Thursday, 28 July 2011

Kenapa Kita Tak Boleh Gadoh Lebih Dari 3 hari?

sekadar gambar hiasan. Sumber: Google


Ingat lagi dulu masa kecik-kecik zaman sekolah dulu bila gaduh ngan kawan, berhari-hari jugakla tak bertegur sapa. Kadang-kadang bergaduh sbb perkara yang sgt kecil dan tak masuk akal. Pernah tak dengar, orang akan cakap: tak baik gaduh2 dan tak tegur kawan (esp mintak maaf) lebih dari dari tiga hari. Nak tahu kenapa? Meh dengar apa pesan Rasulullah…..



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”
(Muslim)



So, sape yang tengah bergaduh tu, cepat-cepat pegi minta maaf hari ni..haaa hari ni hari khamis kan.. Tak baik bergaduh dan bercerai berai sesama umat Islam..


p/s dah tua-tua ni dah tak gadoh2..cuma sekadar berbeza pendapat, tapi tak ada la sampai tak bertegur sapa kan..esp dengan encik hasben hehehe... 



"Tiada kejayaan paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"



Thank you for reading this blog!

tips bangun pagi tanpa jam loceng?

Sumber: Google



Sebelum kita tidur, ingat pesan Rasulullah ni. Insya Allah, terhindar dari mimpi buruk dan   senang bangun pagi tanpa jam loceng. Tapi sebelum tu ambil wudhu' dulu ye..Niat dalam hati untuk bangun pagi pada waktunya.. nak bangun sahur nnti pon senang je..


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberi mu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

- Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

- Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

- Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.

- Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah".



P/s tapi saya tetap kunci alarm, bukan ape takut tertidur balik. Alhamdulillah...biasanya saya akan bangun sebelum jam berbunyi..kadang-kadang tido blk tggu jam berbunyi hehehe..




"Tiada kejayaan paling sempurna melainkan dalam sunnah Baginda Rasulullah"




Thank you for reading this blog!




Wednesday, 27 July 2011

Dr. Halina: You've just made my day






Dr Halina read my blog! J



Thank you for reading this blog!





Tuesday, 26 July 2011

Header cun woh!


Taraaaaa.. blog ni dah ada header..

Cantik kan..!

Dibuat oleh si cantik manis Marya Hana

Thanks Marya..

mcm tau2 je akak suka pelangi..

Sape tak pernah pergi blog Marya Hana, pergi sekarang!




thank you for reading this blog!

Monday, 25 July 2011

Sophea Isabella- A Beautiful Newborn of Datuk Dr SMS dan Datin Dr Halina




First of all nak ucapkan tahniah pada pasangan ni on their beautiful newborn- Sophea Isabella. Dahla mmg teringin nak baby girl, tengok baby Sophea ni aduhai… Sorry Dr. Halina, I amik gambar ni dari facebook you without your permission dulu..


Anyoyonyo..comel nye kamu..mcm dh besar, padahal umur dia baru a few days.




Tengokla tu..dah pandai senyum..





So jealous la dengan you Dr. Halina..maintain cantik right after bersalin.. I dulu hahaha..takut nak tengok muka sendiri..kembang2



Actually Dr. Halina and my husband are friend masa sama2 posting kat Anaesthesiology Dept, Hospital Selayang. Now my husband kt HKL.  Last year, we got their wedding invitation 10.10.10.



What a lovely invitation card.. and i still simpan kad ni.



And we were there!





Dear Datuk Dr SMS and Datin Dr. Halina,

Congratulations on your new addition;
A baby girl is a treasure rare;
A sweet pink angel, a little doll,
Nothing else can quite compare.
Her smiles and coos will bring you joy;
She’ll fill your hearts with love and pleasure;
So cherish these special infant times,
With your little girl, your precious treasure.




 
thank you for reading this blog!









Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1432H/2011M

Sebagai persiapan awal menyambut Ramadhan, sila print dan tampal ni kt peti ais. Senang nanti tak tercari-cari.





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Thank you for reading this blog!