Thursday, 2 June 2016

Cantik Semulajadi Dengan Sabun Anggur Merah


Alhamdulillah

Saya nak berkongsi dengan anda semua sesuatu yang best.

Saya nak bantu lebih ramai wanita ...
diluar sana 100% KONFIDEN &
YAKIN untuk keluar rumah tanpa
secalit mekap pun dimuka.

.

Pakai bedak sikit & sunblock
je dah cukup.

.

Masa bersiap jimat, duit jimat
& yang penting jauh dari dosa
Tabarruj.

.

Cantik untuk suami yang penting...
ye dak? ;)

Memperkenalkan SABUN ANGGUR MERAH

 
 




Sabun Anggur Merah ini diperbuat daripada 4 bahan utama/aktif seperti di bawah:

ü  Grape Seed Oil

ü  Marula Oil

ü  Ekstrak Aloe Vera

ü  Collagen

 

Ini adalah diantara 15 manfaat & fungsi utama Sabun Anggur Merah:

·         Merawat &menghilangkan jerawat

·         Memudarkan parut jerawat

·         Mencerahkan kulit yang kusam

·         Menghilangkan masalah muka yang berminyak

·         Menghilangkan bintik hitam/putih

·         Memudarkan kesan jeragat

·         Mengecilkan liang pori yang terbuka

·         Meratakan tona kulit yang tidak sekata

·         Memperbaiki sel kulit yang rosak

·         Bertindak sebagai pelindung UV

·         Melembapkan kulit yang kering

·         Menegang dan menganjalkan kulit

·         tinggi oksida

·         Juga sesuai untuk masalah alergi kulit (ruam dan gatal-gatal)

 

Seketul sabun saiznya 60g. Boleh tahan dalam 2 bulan jugaklah.

Sesuai untuk semua jenis kulit (lelaki dan wanita)

Tidak menyebabkan penggelupasan dan tidak menipiskan kulit

Bebas SLS & Paraben

Halal & 100% selamat

Lulus KKM dan dibuat dikilang bertaraf GMP

 

Boleh WA saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ok!

 

013-3735900

 

Boleh tengok gambar-gambar saya di bawah.

Dinner di hotel. Tak perlu make up tebal nak menutup cela di wajah


 Berjalan-jalan di Zoo, muka tak berminyak pun

Selepas seharian berjalan, balik ke rumah berjumpa anak saudara
 



 

DIY Dapur dan Mesin Basuh Mainan


Arissa..walaupun umur baru masuk 1tahun 4 bulan tapi dia dah tunjuk minat dan kesukaan dia. Contohnya, set dapur mainan kanak-kanak yang kat IKEA ni. Mula-mula dia tengok dari jauh, makin lama makin dekat dan terus melekat kat situ. Lama dia main kat situ. Saya tengok je gelagat dia tu. Tapi maknye menangis bila tengok harganya...mak aiiiii...



Tak apela Arissa, mama buatkan yang cantik punye ok. Korang pun mesti kagum tengok ni kuikuikui...

Bertungkus-lumus lah mamanye ni..akhirnya...taraaaa...

Mehla baca cerita Arissa ni..



Ok, hari ni kita masak ayam goreng ye puan-puan..eh...eh..tak sampai pulak nak ambil sudip..



Senang je rupenye memasak ni. Kacau kacau dan kacau haha..jaga2 ye api panas. Alamak sinki pulak dah penuh tu..mesti mama membebel jap lagi. Mama pesan sambil masak boleh kemas dan basuh sikit2. Aihhh...tak menang tangan rupanya. Sape cakap jadi surirumah senang huhuu



Sambil-sambil masak tu, kita multitasking ye..letak kain dalam mesin..tekan-tekan, (mesin basuh ni mama dengan Arissa yang buat)



Pastu, tutupla mesin tu..mesin auto kan..biarkan jela, takyah tunggu depan mesin tu mama pesan.



Sambil-sambil tunggu ayam masak, mesin basuh berhenti, kita baca buku dulu..tgk buku resepi ke..pernah nampak mama buat camni.


Menangis pulak baby ni..kena la dukung sambil masak hihii.. Mama pun selalu dukung saya kalau saya meragam haha.. Nak rasa sketla sedap tak..kot2 ada yang terkurang.
 
 

Tengah pujuk baby ni..tak nak duduk pulak. Susah la nak masak sambil dukung dia.



Tengah kemas la ni mama..tu baby dah tidur dah tu..(telungkup habis)
 
 
Inilah dapur saya, cantik kan mama buat untuk saya? - Arissa
 
 
 
 
Yang ni pula, mesin basuh pun mama yang buat. Cantik kan!
 
Terima kasih semua




Wednesday, 13 April 2016

Beli rumah Seri Pajam boleh dapat Wang tunai dan baucer


Purchaser Get Purchaser Program
(Seri Pajam Development,  offer valid till 31/12/2016).




Saya nak menghebahkan tawaran yang dibuat oleh SPD. Sebagai pemilik rumah, saya menyarankan kepada sesiapa yang nak beli rumah bolehlah jadikan saya sebagai 'introducer' dan kita boleh claim reward ni.

.
Dapat duit tunai dan baucer tunai ni memang sangat membantu kalau nak masuk rumah baru. Macam saya dulu, dapat aircond 1 unit 1.0HP dan kipas siling 1 unit. Nak masuk rumah macam2 nak kena beli. So, kita guna peluang yang ada ok!


Untuk kita claim reward ni, masa pembeli rumah ( you all la tu) tandatangan perjanjian jual beli (S&P), ada satu borang yang perlu diisi oleh pembeli dan introducer pada hari tersebut. Maknanya, saya kena ada pada hari tersebut. Kalau tak, offer ni tak valid dan tak boleh nak claim selepas itu.

 
So, boleh email saya husnamn@gmail.com untuk buat appointment ok 👌.

Friday, 19 December 2014

DAPAT PLAYHOUSE FREE..SAPE TAK NAK KAN...

Setiap kali pergi showroom rumah, suka sangat tengok model rumah. Cantik kan. Walaupun tak beli, dapat tengok model rumah pun dah rasa best. Haritu ada pergi office Seri Pajam Development sebab diorang launch perumahan baru fasa 2 D’ Mayang Sari. Saya pun pergi la bawak anak-anak sebab diorang memang suka tengok model rumah.
 
Sembang-sembang dengan Miss Jane, tanya la dia ada tak model rumah yang dah tak nak pakai? Dia cakap.. "ada. Kebetulan we all nak kemas store esok nak buang mana yang tak pakai. Datangla ambil ye.. You nak buat ape?"
 
"I nak buat playhouse untuk anak-anak"
 
"Wah..tak terfikir pulak saya.. ok la bagi anak main. Kalo tak buang je ni..tapi sayang..nak buat ni mahal"
 
Pucuk dicita ulam mendatang orang kata…dah memang nak sangat2 kan. Sanggup la pergi sendiri dengan perut memboyot ni dengan Adam. Dia yang paling excited sampai takleh tidur malam.
 
Ada banyak model rumah yang diorang nak buang. So saya pilih mana yang elok dan saiz pun bersesuaian la sebab kalau besar sangat, tak muat nak letak dalam bilik dan berat pulak nak mengangkat. Adam dok teringin rumah yang ada swimming pool tapi besar sangat la. Tapi yang kitorang ambil ni pun ok. Model rumah semi D single storey. Best la main lagipun lampu led masih berfungsi..cantik bila pasang lampu.
 
Diorang main susun-susun kereta kat tepi rumah. Saya tanya kenapa banyak sangat kereta ni.
 
Diorang cakap.. ‘beli rumah baru kan..kena la buat kenduri kesyukuran’..
Hehe..kids see kids do kan…
banyak la conversation diorang yang buat saya tergelak..diorang ni memang suka berlakon…
“eh saya dengar orang bagi salam la..cuba tengok sape datang rumah kita..macam ustaz je.. Ustaz Don kot?”
 
“Eh..betul la Ustaz Don datang rumah kita..yeay bestnya..”
“Mak awak pergi buang sampah tak pakai tudung ke? Mak kita pakai tau..malu la orang tengok rambut..”
 
‘Kita kena kemas rumah kita selalu…barula cantik..bersih je..”
 
Macam-macam lagi la diorang dok bersembang. Puas hati sangat saya tengok diorang happy main. Play house free..tak yah nak beli. Saya pun main gak sebab dulu kecik-kecik tak dapat main..hehe 
 
 
 





 
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Wednesday, 17 December 2014

DAH KONVO PHD YEAYYY!!

 
 
Alhamdulillah..finally, we have made it. Double celebration with my En. Husband. Kitorang konvo sama2. Memang kitorang plan dulu2 pernah nak konvo sama2. Patutnya saya dah konvo tahun lepas, tapi ada halangan pulak, so this is the time..yeyeah!!!.... Sama sidang dan sesi pulak tu (Hari Sabtu 1 Nov 2014, Sidang 1, Sesi 1), so senang nak uruskan.

 

Parents we all masing2 tak dapat datang. Anak-anak pulak saya mintak tolong kakak dan adik saya jagakan. Plannya, bila kitorang nak kluar dewan baru diorang datang. Malangnya, hujan lebat, jalan sangat jammed. Diorang pun patah balik.

 

Pagi-pagi sebelum masuk dewan dah bergambar siap2 sebab takut tak sempat. Memang betul pun. Bila keluar dewan, hujan baru berhenti, bertembung pulak dengan orang yang nak masuk sidang petang, sangat crowded jadinya. Jalan pun lecak..habis kasut kitorang haha..

 


Us! Alhamdulillah

 

Sempat snap ni masa En. Husband naik stage.

 



Me. Nampak gemuk tak? hehe..preggy @27 weeks. Alhamdulillah


 




My cinta hati. Juga personal doktor saya. Dari sekecil-kecil penyakit semua saya mengadu haha...

 



Thanks Yana for coming and bagi hadiah. Yang berkonvo sama tu ialah schoolmate saya dulu dan coursemate husband saya, Dr. Maryam.

 

Alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur dan gembira sangat walaupun sedih mak dan abah saya tak dapat datang tengok saya bergraduat. Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong saya dan En. Husband saya. Kami dah lalui perit jerih ni bertahun-tahun bersama-sama, dan pada masa yang sama membesarkan 2 orang anak. Memang sangat meletihkan tapi berbaloi dan bermakna kan untuk dikenang sepanjang hayat.

 

Thank you for reading this blog!
 
 

Monday, 15 December 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENYELIA DAN PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN UMBI


 
 
Salam semua..


Dah lama tak update blog ni. Memang ada niat nak update. Ada banyak sangat cerita tapi tak berkesempatan. Kali ni nak cerita satu moment yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup saya. Alhamdulillah, tahun ni saya berkonvo utk ijazah Phd dan buat julung kalinya institute meraikan graduan dengan mengadakan Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah Graduan (31 Oktober 2014). Majlis ni sehari sebelum konvo dan di buat di institute. Best sangat sebab penyelia yang sarungkan jubah untuk kita.Rrasa nak nanges dan terharu sangat masa tu. Dengan muzik yang syahdu, dan the whole dewan meraikan kejayaan kita. Masa pemakain jubah tu En. Husband record video, so boleh tengok la macam mana caranya dan agak sedikit kelakar sebab saya terkial-kial nak button up jubah tu. Sepatutnya, tak perlu pun, just pegang dan rapatkan je jubah hehe..orang pertama dan tak pergi rehearsal memang buat silap kikikiii….

 
 
 

 
 
Majlis ni formal, bermula dengan perarakan masuk akademik. Penyarah semua pakai jubah konvo.



Saya jadi wakil graduan menyampaikan ucapan penghargaan kepada pensyarah, staf, ahli keluarga dan rakan-rakan. Masa saya dok praktis baca skrip tu, sebak sangat dan saya takut masa atas stage pun saya nanges..tapi nasib baik tak la kan. Nanti terbuat drama air mata pulak kat atas tu hehehe….

 
 
 
5 orang graduan UMBI 2014.

 
 
 
Bergambar dengan pensyarah selepas tamat majlis.

 
 
With my backbone, my En. Husband. Thank you very much B. Love you so much!

 
 


Dengan rakan-rakan seperjuangan.
 
Dengan sebahagian staf pentadbiran dan staf makmal yang banyak membantu saya dulu. Terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang dapat membalasnya.

 
 
 

Inilah tempat saya berjuang dulu. Alhamdulillah dan terima kasih semua.
 
 
Thank you for reading this blog!

 
 

Monday, 3 March 2014

NADA3 @NADA ALAM, PAJAM



 
Saya dijemput untuk menghadiri perasmian Nada 3 di Nada Alam, Pajam yang berlangsung semalam 2 Mac 2014. Masa perasmian Nada Alam haritu tak berkesempatan nak pergi, so kali ni nak jugak pergi sebab Seri Pajam hantar kad jemputan sampai 3 kad, SMS 2 kali..memang nak kena pergi jugak ni kan hehe..


Kad jemputan dan SMS


Kitorang pergi pun dah petang dalam pukul 4pm macam tu, saja tak join the crowd sebab tujuan pergi nak tengok2 saje, bukan nak beli so kita bagi peluang kat diorang yang nak beli. So bila datang petang, salesperson pun dah quite free nak entertain kitorang.


Untuk Nada 3 ni tak ada show house tapi Seri Pajam upgrade beberapa features Nada 3 compared to Nada 1 and of course dari segi harga pun banyak beza. So, kitorang tengok show house Nada 1 untuk 22x70 je semalam.


Saya boleh dikira biasa juga dengan produk2 Seri Pajam ni since saya memang follow sejak dari Perdana College Heights, dan Citra Hills. So, bila tengok produk Nada Alam agak impressive juga.






Ini layout Nada 3. Untuk balcony atas, Nada 3 upgrade dengan tambahan lanai area dengan dalam 5 kaki di depan masterbedroom dan open space balcony. Pintu utama rumah selari dengan sliding door, so akan ada ruang yang lebih besar di dalam. Saya suka siling yang tinggi iaitu 12 kaki, so bila dah buat plaster ceiling, tak adalah nampak rendah sangat, nampak impact rumah luas dan tinggi.

22X70
 2774-2882 sqft
4 bilik/ 4 bilik air
Harga dari RM565,000 
Untuk full spec, boleh contact Seri Pajam 067997228 atau layari www.nada-alam.com.my


Ini living dan dining halls

Dapur. Saya suka dapur yang luas, so saya suka betul dapur ni. Korang boleh start berangan nak tambah island kat tengah-tengah tu.


Ini bilik bawah. Biasa orang buat sebagai bilik tetamu kan. Tapi boleh juga dijadikan masterbedroom sebab luas, sesuai untuk parents yang taknak duduk tingkat atas. Bilik ni attached dengan bathroom so senang la kan. Bathroom ni juga boleh access melalui dapur.

Ini pulak salah satu bilik kat atas. Boleh dikatakan semua bilik sangat luas. Semua bilik ada bilik air sendiri. Senang takyah share, tapi sila cuci toilet sendiri ye anak-anak hehe..



ini family hall kat atas. Yang ni pun saya suka sebab luas. Boleh dijadikan ruang menonton untuk anak-anak ataupun ruang study. So, nak tengok tv dah takyah lepak  dan lanyak sofa kat living hall. Selamat sofa mama kan hehe…





Ini masterbedroom. Sorryla sebab tak ada gambar penuh. Orang ni sibuk nak ber ‘selfie’ sebab pantang jumpe cermin besar hehe..






Bathroom untuk masterbedroom juga besar. Boleh bawak masuk jacuzzi, best kan hehe…


Kalau berkenan, boleh datang tengok showhouse, mana tahu cinta pandang pertama, terus nak beli hehe..


Dan kalau korang baca entry ni, dan korang pergi beli boleh la jadikan saya sebagai introducer so that saya boleh dapat introducer points. Jangan lupa ok. Boleh email saya husnamn@gmail.com.


Thank you for reading this blog!