Monday, 18 June 2012

Rebung Bercambah Baik..


Pepatah mengatakan..kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ini pun umpama rebung, masa kecik ni la kita nak didik yang baik-baik kan. Bila ada masa di rumah, saya memang galakkan mereka membuat buku kerja/buku aktiviti yang saya dan abahnya beli, tambahan Ammar memang tak ada homework. Tahun lepas saya ada buat entry mcm ni juga pasal Kuah Tumpah ke Nasi (klik). Alhamdulillah, hampir setahun berlalu, saya suka dengan perkembangan Ammar dan Adam. Mereka suka dengan buku, mereka bawak dan buat aktiviti dalam buku tu kat mana sahaja yang diorang nak atas kemahuan sendiri dan tanpa disuruh. Tak percaya? Layan gambar aje lorr..


Ni kacau mama tulis thesis, habis buku log saya jadi bahan…hmmmmm. Dahla dua-dua orang nak duduk atas riba mama. Layankan aje dulu. Adam tu memang menconteng, tapi Ammar memang betul-betul menulis numbering yang keluar kat hasil analisis yang saya sedang buat, saya suruh dia tulis balik.




Ni Ammar sambil tengok tv, tapi kat tangan tetap ada buku.. bila iklan dia buatla buku dia tu..




Penat duduk kat sofa, turun kat bawah pulak. Buku still...




Ni Adam, masa kitorang shopping kat AEON. Sibuk mintak pen dan kertas. Sambil berjalan pun boleh lagi tu nak menulis (read: menconteng la tuuuu..)



Ada satu hari tu kitorang dah nak keluar rumah, Ammar sibuk nak buat buku matematik dia, sampai tak nak keluar. Saya cakap sambung nanti. Dia cakap okla, tapi dia sambung menulis dalam kereta.




Ni Adam masa tengah tunggu order makanan sampai. Dia yang ambil majalah kat tepi meja tu dan bagi kat saya satu untuk baca.



Ni pulak dalam kereta. Ammar ajar Adam baca Iqra’. (pls ignore barang bersepah tu, kereta saya mmg mcm lori  bwk brg hehe)



Macam biasa, dalam kereta diorang memang suka menulis. Ini ok lagi sebab siang, kalau malam-malam memang haru! Kena bukak lampu dalam kereta which saya dan husband memang tak suka nk bukak2 lampu ni. Kena la layan sekejap, pastu pujuk Ammar cakap takleh bukak lampu lama2 nanti pakcik polis marah. Then dia ok.




Ni kat masjid masa singgah nak solat maghrib sekejap. Masa ni saya tengah pakai telekung dan  diorang elok je duduk kat tepi tu..







Usai solat, diorang dah meniarap kat situ..






Ni site supervisor kecik yang paling busy, Ammar. Sambil buat buku kerja dia, sambil pantau (konon) contractor buat kerja. Sibuk sungguh..





Kan saya cakap Ammar memang busy… selagi tak siap, adik dia panggil pun buat tak tahu je..






Ni dalam kereta…pegang buku sampai tertidur. Ini ok lagi pegang buku, dulu pernah sambil makan aiskrim dalam kereta jugak..tengok2 dah tertidur… Adam… Adam…



Hopefully, Ammar dan Adam kekalkan budaya membaca/menulis ni di mana-mana sahaja mereka berada. Bukan sahaja dengan buku, malah harapan saya lebih besar untuk mereka dekat dengan Al-Quran.



"Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun, waja'lna lil muttaqi wa imama" (Ya Allah kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikan kami imam bagi mereka yang bertakwa)".



The 1st Commandment from Almighty is "Read". So please Read because reading is knowledge and knowledge is power






Thank you for reading!





Thursday, 14 June 2012

Siapa join Team Malaysia Fan Run?





Ada sesiapa yang join Team Malaysia Fan Run? Boleh say hi nanti kat Dataran Merdeka 17hb Jun ahad ni. Dah lama saya tak join larian/marathon. Last sekali adalah pada bulan Mac yg lepas, WorldKidney Day Run 2012 (klik). Actually kali ni join sebab nak Pathera jersey tu je hehehe.. Nanti saya update lepas larian nanti ok!

Thank you for reading this blog!








Tuesday, 12 June 2012

Cuti Sekolah = Balik Kampung

Cuti sekolah haritu kami tiga beranak sempat balik kampung saya kat Perak, husband saya mcm biasala..mana boleh cuti kalau tak apply awal2..kalau dapat pun sehari dua..mana cukup nak dok lelama kat kampung. So, abahnya kena tinggal. Ini pun kebetulan sebab mak dan abah ada kat KL hantar adik bongsu saya masuk Asasi UIA kat PJ. Lepas tu kami tiga beranak ni dan kakak, balik kampung hantar parents saya balik…yeay!! Best tau balik kampung..boleh mandi sungai..belakang rumah saya ada sungai..

Dalam kereta..on the way balik kampung..Abang Ammar dok dgn tokwan kat depan..ultraman tu setia kat tangan..tak tinggal ok!




Sampai kampung pukul 3.0pm..pukul  6pm turun mandi sungai..best betul sbb cuaca kan panas…air sungai sejuk…best betul. Bila dah balik KL ni, time panas2 tengahari tu teringat nk mandi sungai..


Jeles tak korang? Best giller! Berendam lama2 macam badak sumbu hahaha..


Esok paginya, bangun tido buat lawatan..ni jenguk2 ayam dalam reban tokwan


Ni pulak kat kandang kambing.. Makngah nye mmg rajin layan budak2 ni. Adam takut..tak lepas tangan saya dia pegang..duduk pun jauh je.. Maknanya kena selalu la balik kampung nak bagi berani.. Lembu je takde sbb dah abes buat kenduri adik kawen haritu..



Ada 13 ekor kambing termasuk 4 ekor anak2nya. Ni tokwan nak jual dah tahun depan nak buat modal g umrah..pastu nak berehat sahaja..tak nak bela ape2 dah..



 
Jumpe pulak buah nona..dapat la kutip sebakul kecik.. kat belakang tu la sungai..





Dah nak nak balik rumah..tokwan cakap dari dalam rumah.’.bukak la pintu reban tu bagi ayam keluar..” merasa la jadi org kampung budak2 ni bela ayam hehehe…





Tengahari tak nak bagi diorang tengok tv je, ajak diorang buat art..tampal2 kertas warna..Ammar buat apple, Adam buah mangga.. Ammar sabar je buat..Adam ni dia cepat penat dan bosan..so lps ni kena buat aktiviti yang cepat dan best supaya dia tak cepat bosan..





Petang tu pegi rumah sepupu diorang, Tasnim kat Penang..kalau dah berjumpe mcm2 hal diorang ni..pukul 12malam dok melompat atas katil lg..sbb jarang jumpe kan..



Esoknya ke rumah paklang di Baling..banyak duriah woh! Dapatla bawak balik 4 biji untuk abahnya..tapi buat kuah durian jamu keluarga mertua dan adik beradik husband.. Alhamdulillah..rezeki yang sedikit dikongsi bersama… 4 biji durian boleh makan 15-20 orang.. best kan! makan berebut memang best!




Hantu Durian!!!!! You’re caught!! Haha..mengadap sorang2..




Bila tanya Ammar dan Adam best tak balik kampung..diorang cakap BEST!!! Boleh mandi sungai..Insya Allah…ada masa kita balik lagi..

Thank you for reading this blog!










Wednesday, 16 May 2012

Home Progress: Tembok, Grill dan Security Alarm Wiring




Hari ni nak update pasal progress rumah baru. Sorry kalau ada yang bosan hehehe..tapi saya excited nak masuk rumah baru. So, kerja-kerja sekarang ialah menaikkan tembok luar tu sehingga 6 kaki tinggi. Tembok yang developer buat tu rendah sangat dalam 4 kaki lebih je. Memang orang boleh lompat masuk, dahla ada lubang-lubang kotak buat tempat pijak.  So kasi up sikit. Kitorang mintak ayah Ah Wuen yang buat grill tu buatkan keje-keje construction ni. Diorang start buat keje 3/5/12 dan habis pada 9/5/12.

Ni mem besar tengah dok pantau diorang buat keje. Uncle-uncle ni semua dah 50 tahun lebih tapi masih kuat kerja, kerja pun nampak kemas je..orang lama la katakan.




Tembok divider dengan jiran pun mintak up kan sampai 6 kaki juga. So senang la saya nk keluar depan tu sikit takdela kena pakai tudung, melainkan kalau ada orang lalu depan pagar la. Bukan tak nak berjiran ye, sebab2 safety dan nak privasi sket.





Selain naikkan tembok , kitorang mintak uncle tu tutupkan tingkap kat living hall. Dah ada sliding door kat tepi tu, kitorg rasa tak perlu tingkap ni, buat tambah kos nk grill dan pasang langsir je. So kasi tutup.





Satu lagi tingkap dapur yang menghadap dapur jiran belakang pun kitorg tutup. Ni pon tak perlu jugak sebab dah ada tingkap tepi. Lagipun rasa selamat sikit tutup tingkap ni sebab tingkap ni betul2 tepi jalan belakang, kang tengah2 memasak ada org menjengah ke kan. Kitchen cabinet tu developer dah sediakan. So bila dah tutup tingkap ni bolehla buat overhead cabinet, tapi ni future plan. Kalau rumah intermediate diorang tak ada tingkap tepi tu so bolehla tambah cabinet kat situ.







Lepas tu pada 11/5/12 (Jumaat) kontraktor datang pasang grill. Grill ni kitorang design sendiri sebab bila tengok katalog memanjang tak berkenan. Kitorang nak design yang simple and sweet, dan kebanyakan design rumah modern kan just horizontal line je. Design yang glemer untuk rumah modern adalah horizontal line dengan ada sket2 bunga kat tepi. Tapi ramai dah yang pakai ni. So kita buat lain sket ok. En. Hasben lukis dan bagi pada kontraktor Ah Wuen untuk direalisasikan.
-
-
-
-
-
-
-

-
Taraaa…lukisan En. Hasben saya telah diterjemahkan dalam bentuk reality hahaha..Ok tak?  Kitorang suka!! ni sliding door tepi.



Kalau design untuk tiga panel macam ni. Ni kat tingkap dapur.





Hari yang sama kontraktor pasang grill, ada jugak kontraktor security alarm datang buat wiring (yang tangga kat dalam dengan wire tergantung tu). So sibukla haritu, dengan kotor habuknya, bunyi bising nye. Nasib baik tak bawak 2 orang hero kecik tu. Diorang kalau datang mana boleh duduk diam. Berlari satu rumah. Kontraktor alarm ni hanya buat wiring je dulu, nanti alarmnya akan di pasang bila betul2 nak pindah nanti.




Dinding yang paling parah kena hacking! Lagi parah nak tutup dan cat balik satu rumah nanti.



Itu sahajalah dulu ceritanya. Esok kontraktor wiring and plaster ceiling pulak buat kerja. Risau jugak apa yang kitorang design tu tak cantik. Hopefully ok la kan. Lampu dah beli cuma kipas je belum. Checklist sekarang ialah kipas siling, kipas dinding nak letak kat dapur, cat dan juga langsir. Langsir yang paling saya pening, bukan masalah design sebab saya nak yang simple je, nk buat eyelet. Tapi saya takut tak match dengan warna keseluruhan ruang dan tema. Pening tau nak masuk rumah baru ni, macam-macam kena fikir dan buat. Kalau korang kaya boleh hire ID. En. Hasben saya dah macam zombie. Asal balik dari oncall (dah la oncall ICU HKL), terus uruskan hal rumah ni..kesian. Jomla..pening secara berjemaah dengan saya hahaha!!




Thank you for reading this blog!







Thursday, 10 May 2012

Langkah-langkah masuk rumah baru: Apa perlu buat?



Macam-macam perlu buat bila nak masuk rumah baru. Semua kerja-kerja ni kena lah disusun dengan teratur supaya tak mendatangkan masalah dikemudian hari. Biasa kita akan buat mana yang priority dulu iaitu keperluan then baru kehendak. Tapi kadang-kadang tu kehendak yang lebih, benda yang perlu tapi kehendak nak yang cantik la, nk mcm tu la mcm ni la..boleh lari budget. So, apa2 hal sediakan budget dahulu dan buat anggaran perbelanjaan untuk setiap item. Actually boleh start survey harga sebelum rumah siap, so baru boleh buat anggaran harga.

Kami taklah terikat sangat sampai kena tunggu siap satu benda baru boleh buat yang lain. Ada perkara yang boleh jalan serentak.

Kami pilih kontraktor yang spesifik untuk setiap tugas contohnya, kontraktor grille lain, tinted dengan org lain, wiring dan plaster ceiling orang lain. Kos akan jadi lebih murah tetapi kualiti dijamin sebab diorg ni mmg pakar dengan kerja tu je kan. Mula-mula kami cari sorang kontraktor untuk buat semua, tapi bila kita tanya pasal grille dia sibuk call sana call sini kejap cakap boleh, kejap cakap tak boleh..lepas tu dia quote harga pon jadi mahal sbb dia sub dekat org lain, dan dia mark up kat dia jugak.

Di kawasan perumahan baru, biasanya akan berkeliaran kontraktor2 cari customer, yang datang approach cakap dia provide service tu service pasang ni..so kena betul-betul pilih. Bila kami deal dengan aunty Wendy dan Uncle Ben yang pasang tinted rumah, dia perkenalkan orang yang dia kenal untuk buat wiring, cabinet, grille. Bagus org2 cina ni berniaga, saling tolong menolong. Orang kat Perdana College Heights memang kenal la dengan diorg ni sebab saya tengok ramai yang ambil diorang ni untuk buat kat rumah diorng. So, kitorang pon deal la dengan Ah Wuen pasang grille, Ah Choong buat plaster ceiling dan wiring, Ah Yap buat TV cabinet dan wardrobe dan ayah Ah Wuen buat kerja-kerja naik tembok dan tutup tingkap. Diorang ni adalah kawan masa sekolah dan pakar dalam bidang masing-masing. Bukan kami nak diorg control semua projek kat PCH ni tapi kita consider dengan kerja-kerja yang diorg dah buat dan puas hati dengan hasil kerja mereka.


Pihak pemaju minta kita pasang grille dulu, baru dia akan pasang kepala paip dan meter sebab takut hilang. Terpulanglah kepada pembeli, kalau nak diorang pasangkan jugak boleh ambil langkah dengan mengunci meter dan sebagainya. Bila meter dah pasang, kita boleh check ada paip bocor ke, tersumbat ke kan. Ada tips dari forum, kita boleh banjirkan lantai tingkat atas semalaman, dan tengok keesokan harinya ada tak kebocoran di tingkat bawah. Itu pentingnya bila dah ada air kat rumah awal2.

Tapi memandangkan kami nak pasang tinted, so tak boleh pasang grille lagi. Kalau dah pasang grille susahla nak tinted, nanti kena buka balik grille tu. Biasanya kontraktor2 ni tahu, diorang akan tanya kita dulu sebelum diorg pasang.

So, let’s check it out apa yang perlu di buat untuk masuk rumah baru.
 


1

Pasang glass tinted/window film. Memandangkan rumah kami ni corner yang mengadap matahari terbenam, memang sangat panas. So, kami pun tinted dengan Sun Gard/Glass Gard™ dengan 5 tahun warranty warna silver/black. Dari luar nampak mcm cermin (silver), dari dalam warna hitam. Kalau tengahari kan panas, sejuk la sikit. Kalau pasang aircond nanti takla teruk sangat aircond tu bekerja nak sejuk kan ruang. So, boleh jimat elektrik dan langsir pun tak cepat lusuh. Uncle Ben dan Aunty Wendy ni dah lebih 20 tahun buat kerja ni. Harga tinted satu rumah corner RM1600. Rumah tak banyak tingkap mesti lagi murah. Boleh contact diorang:
Ben-Cool Marketing Enterprise
Ben 019-2381 577
Wendy 019-2986 077

2
Pasang grille. Nak pasang wrought iron untuk satu rumah tak mampu, tambahan warna wrought iron (warna macam karat) tak masuk tema rumah kami. Kami nak design yang simple sebab rumah modern kan, tak nak la yang kerawang2. Design modern kebanyakan nya horizontal line je dan bunga sikit2 kat tepi. Kami minta Ah Wuen custom made grille untuk sliding door dan beberapa tingkap, yang lain2 pakai horizontal line sahaja. Harga dia charge RM4600.
Han Wuen Iron Workshop
Ah Wuen 012-636 8223


3
Pasang alarm wiring. Ada orang buat ni dulu sebelum grille, tapi sebab kami deal lambat dengan orang alarm, so lambat la sikit. Tapi takpe as long as sebelum orang plaster ceiling buat kerja. Nak pasang alarm wiring ni, diorang akan hack dinding, tapi diorang takkan tutup balik, so kita kena cari kontraktor lain. Kontraktor yang buat plaster ceiling nanti yang akan tutup balik dinding yang diorang hack tu. Reason nya, orang alarm wiring tu tak ada kepakaran nak plaster dinding, so kita serahkan pada yang pakar ye. Lagi satu reason kenapa pasang grille dulu ialah nnti org alarm system ni nk masukkan magnetic sensor kat grille tu, so bila ada vibration kalau ada orang umpil grille ni, alarm akan berbunyi.

Alarm system ni kami pilih Paradox dari Ions Technologies Sdn Bhd. Deal masa kat Homedec 2012 haritu. Ada member husband saya yang recommend Paradox ni. Ada juga survey ADT tapi lebih kurang sama je dengan Paradox tapi ada pulak monthly fees RM75. So, kami pilih Paradox jela. Kitorang ambil pakej yang paling murah (SP 5500), normal price RM1480, tapi harga exhibition RM1180. Kos pasang RM700, tambah RM60 untuk 3 magnetic, RM200 (xingat plk untk ape) dan RM250 untuk maintainance selama 2 tahun. So total adalah RM2390.

4
Buat wiring. Kita kena tentukan kat mana suis atau plug tambahan yang kita perlukan kat setiap bilik dan ruang. Macam kami banyak jugakla yang perlu ditambah, contohnya wiring kipas, lampu tambahan kat bilik, nak ubah kedudukan lampu/suis. Wiring untuk aircond pun boleh buat serentak walaupun kontraktor berbeza. Kipas dan lampu tu boleh minta diorang pasangkan sekali tapi kita kena pergi beli barang2 nya sendiri. Pening jugak la survey kipas, lampu dan aircond. Setiap kali pergi cari lampu chandelier kan kena mendongak..pastu bila dah bnyak sangat tak tau nak pilih yang mana satu..haru!

5
Buat plaster ceiling. Actually rumah ni dah siap dengan plaster ceiling dengan downlight tapi sangat simple. Alang-alang nak tambah lampu, kitorg fikir buat la sekali, tapi sikit je tambah dekat living dan dining hall. Dekat dining hall tu ada 2 beam yang tak simetri kedudukannya dan jadi tak center kalo nak letak meja makan. So, terpaksa ratakan dan rendah kan sikit ceiling tu. Kerja-kerja wiring dan plaster ceiling adalah orang yang sama.

Contact Chiew Chee Choong (Ah Choong) 012-2717195

6
Mengecat rumah. Satu rumah kena cat balik selepas diorang hack sana tebuk sini untuk pasang wiring. So, alang2 nak cat balik tu, boleh pilih terus cat yang spotless sebab kat rumah ni kan ada 2 hero kecik. Haritu masa Homedec 2012 ada pergi booth Nippon paint. So dah kenalpasti warna yang nak, lepas ni kena pergi beli kat kedai yang berhampiran jela..

7
Pasang build in cabinet. Kitorang hanya pasang build in TV cabinet dengan wardrobe kat masterbedroom je dulu..ni pon dah mahal. So, bilik budak boleh pakai almari lama dulu, nanti ada duit sket2 tambah la. Kalau yang nak budget mungkin boleh beli loose furniture, murah sket dan boleh tukar2 kedudukan bila suka. Nasib baik rumah ni dah dilengkapi dengan kitchen cabinet, hood dan hob, so jimatla sket kan. Cuma kena tambah tall unit dan cabinet untuk oven/microwave dan peti ais, tapi boleh buat kemudian. Yang ada ni pun dah cukup sekarang. Buat mana yang priority dulu.

LM Woodwork
Yap Boon Loong (Ah Yap) 013- 373 3737


8
Pasang autogate dan alarm. Perkara terakhir yang perlu buat. Kalau pasang awal2 susah nanti kontraktor nak buat keje. Bila kita nak duduk baru panggil diorang pasang. Tapi kita boleh panggil diorang awal untuk datang ukur sebab diorang pun ambil masa jugak nak siapkan. Autogate ni kitorang beli masa Perfect Living 2012 haritu..sampai 3 hari berturut-turut pergi PWTC tu then balik fikir nak beli ke tak nak. Design yang kitorg pilih ni lain la sket dari yang lain. Tapi bukan Unigate ye..Unigate sangat mahal, paling murah RM9900. Dah siap pasang nanti baru boleh tunjuk gambar ok.
9
Tukar semua kunci pintu. Semasa kita buat kerja2 dengan pihak maintaince dan juga kerja2 pemasangan, kita bagi diorang kunci sebab kita bukan ada masa boleh datang dan tunggu diorang buat kerja. Bila selesai semua, kita tukar semua kunci untuk tujuan keselamatan.

10
Pindah masuk rumah baru yeay!..
bolehla pasang langsir dulu sebelum betul2 pindah dan duduk..



Ada apa-apa yang saya tertinggal? Boleh share kat sini ok.

Thank you for reading this blog!





Wednesday, 9 May 2012

Apa perlu buat bila dapat kunci rumah baru?



Assalamualaikum..lama rasanya tak menulis. Sibuk uruskan rumah baru dan juga kehidupan seharian. Nak cerita lepas dapat kunci rumah haritu (baca SINI), apa yang telah kitorg buat. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak masuk rumah baru lepas ni. Lepas buat defect checklist untuk setiap ruang, kitorg pun meronda la satu rumah dan tanda setiap kecacatan yang ada: crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan mcm2 lagilah. Rumah baru tak semua perfect kan.

  So, kitorg sediakan marker pen dan juga masking tape untuk tandakan setiap defect tu, so senang la org maintainance datang buat nanti tak adalah tercari-cari kan. Jangan lupa bawak tangga ye, senang nak capai yang area tinggi. Bila nak tanggalkan masking tape tu, cat akan terkeluar sikit, tapi takpe sebab diorang akan cat sekali dengan tempat yang diorang betulkan tu. Tapi yang bagusnya, ada juga yang bahagian yang kitorg terlepas pandang, diorang buat kan jugak.

Pihak maintainance datang betulkan defect ni ikut giliran siapa yang hantar report dulu. So, sesiapa lepas ni nak masuk rumah cepat, kena la hantar report cepat2. Kitorang kena tunggu 2 minggu untuk sampai giliran dan diorang amik masa jugakla nk buat. Sekarang ni yang retak- retak semua dah repair, cuma suis rosak je tak ganti lagi. Mana-mana yang retak tu diorang plaster dan cat balik. So far Alhamdulillah, bila hujan lebat dah tak bocor.

Sibuk menanda defect dengan masking tape. Sempat pulak Ammar snap gambar ni..




Contoh retak kat siling….





Tanda tiles yang lompong (hollow). Cara nak kenalpasti lompong, ketuk tiles tu guna duit syiling, kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. Ketuk pada setiap kepingan tile tu, biasa tiles dipasang di dapur dan juga bilik air. Lepas diorang siap buat, test balik guna duit syiling, kalau tak puas hati boleh komplen lagi, dan diorang akan datang buat lagi. Ini datang waktu malam sebab haritu tak sempat habiskan. Ni pun ada kontraktor cina datang yang bgtau sebab kitorg plan nak tutup tingkap yang belakang tu. Saya pon bgtau kak Syikin jiran belakang rumah (wah dah tau nama jiran!) buat benda yang sama, dia ckp dia pun tak aware benda ni.

 


Untuk cek elektrik, on kan suis utama... dan cek satu persatu suis lampu, kipas dan sebagainya. Test Soket 3-pin guna tester paling baikla..tapi kitorg masa tu ada charger handphone je..bolehla..



Bila meter air dah pasang, boleh cek saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya takut ada yang tersumbat. Sebab rumah baru, biasanya akan ada lebihan simen yang termasuk dalam saluran tu yang boleh tersumbat. Ada pulak jiran tu toilet bowl tersumbat, bila masukkan kamera kat saluran tu rupenye saluran tu dah kemek (flat), habis terkeluar semua balik. Cek juga kepala paip dan kepala shower, satu kepala shower kat bilik air kitorg patah bila nak adjust, boleh mintak diorang tukar baru. Cek sambungannya betul, tak ada yang tercabut atau pun longgar. Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu manalah tahu tangki bocor kan. Bila air dah penuh dalam tangki, bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.


Bila dah siap betulkan defect ni, baru kita boleh buat apa yang sepatutnya kita buat kat rumah ni. So, tunggu next entry ye.. bye!


Thank you for reading this blog!