Friday, 12 August 2011

Kekal cantik dan sihat di bulan Ramadhan- Kongsi Rahsia kecantikan anda kat sini


Mari kita share pendapat tentang kelebihan puasa dari sudut kesihatan dan kecantikan dan rutin kecantikan yang korang buat. Saya nak share apa yang saya buat dan korang share la ape korang buat dengan bg komen kat bawah ni ok.
 Setelah 11 hari berpuasa, korang rasa tak perubahan dalam tubuh badan korang? Mesti ada yang ckp dah makin kurus turun berkilo-kilo, Alhamdulillah…tapi ada jgk yg badan makin naik..yela, bila berpuasa kan lapar, time berbuka je,hentam segala makanan masuk..dan ada jugak yg makan lewat malam. Saya tak timbang pon lagi, tapi seluar jeans saya dah longgar!
Berpuasa ni sebenarnya memberi manfaat kepada tubuh badan, ketenangan jiwa dan juga kecantikan. Dalam setahun, Allah bagi tempoh 1 bulan untuk organ-organ tubuh berehat. Kita pon perlukan rehat, apatah lagi organ dalaman kita kan. Selain kita menjalankan ibadah, dengan rutin dan diet yang seimbang semasa bulan puasa ni, badan kita dapat mengeluarkan segalan kotoran, toksin dari tubuh, meremajakan kulit, membaiki fungsi hormon dan meningkatkan daya tubuh. Lebih bagus jika dapat amalkan minum banyak air kosong dan jus buah-buahan semasa berbuka dan bersahur agar lebih bertenaga. Paling ketara ialah kehilangan berat badan jika kita berdisiplin semasa berbuka dan bersahur.

Bulan Ramadhan kali ni, saya lebih banyak memasak daripada membeli di bazar. So, senang nak kawal makanan yang masin, manis dan berminyak. Plus, bila memasak ni kurang pembaziran, dan most of the time licin semuanya sbb masak cukup2 shj dan of course sedap! Means, lebih sedap dari beli kt bazar la kan hehehe..

So, apa rutin kecantikan saya setiap hari especially di bulan puasa ni? Maklum la sekarang ni kan cuaca panas..

Muka: Cuci wajah 2-3 kali sehari (Loreal Revitalift Milky Foam), plus toner (Loreal Revitalift Aqua Milky) dan moisturizer (Loreal Revitalift White Day SPF 18). Saya tak pakai solekan yang tebal. Cukup untuk wajah nampak fresh dan tak pucat (lip ice sheer color).
Saya jugak pakai Skin Hydrating masque (dermalogica) 2 kali seminggu. Best pakai ni sbb boleh guna sbg eye masque juga..
As sekarang ni dh masuk 3 series, (30 thn dh akak ni!), saya jgk pakai Serum Dwi-Intisari Iffah dan juga Sleeping Mask Iffah
Dalam seminggu sekali buat facial sendiri kat rumah je pakai tomato. Pergi salun untuk facial setahun sekali kot..tahun ni tak pergi lagi..hehehe.

Rambut: Saya bertudung dan takde masalah dengan rambut. Tapi saya suka shampoo + conditioner rambut hari-hari kalo tak rasa mcm tak mandi hahahah.
Tubuh badan: Saya lakukan skrub susu (Binari)2 kali seminggu, dan sapu losyen (Johnson Baby milk lotion) satu badan setiap hari selepas mandi.
Kesihatan dan kecantikan dalaman: Saya amalkan Vitamin C dan B Complex dan juga Jamu Mak Dara (ambil jarak 2-3 jam untuk makan jamu selepas makan Vitamin).


Wajah tanpa make-up kesan daripada Sinar Ramadhan hihihi..


Perempuan bukan sahaja perlu jg kecantikan dan kesihatan diri sendiri malah suami dan anak-anak. Nak jaga diri sendiri pon payah, dari hujung rambut sampai hujung kaki tuuu… Tapi kalau kita ikhlas, semua perkara jd mudah. So, Go Ikhlas!


p/s jgn lupa share rahsia kecantikan korang kt ruangan komen kt bwh ni..sharing is caring..



thank you for reading this blog!


Thursday, 11 August 2011

Terima kasih- Syukran-Dank U-Danke-Arigatō-gamsahabnida-Naṉṟi-Xièxiè


Salam semua..

Nak ucapkan terima kasih sbb follow blog ni..

korang memang best, best dan best giller..



tak sangka ada org nk baca blog ni..sehingga entri ini ditulis ada 107 follower..

Bila dh ada follower ni maknanya ada tanggungjawab yg perlu dijalankan..

Kena la update blog dan sajikan dengan info yang berguna dan cerita2 yang menarik..betul tak..?




So, untuk sesape yang first time dtg blog ni salam perkenalan..

Dan you all boleh tinggalkan link blog korang kat sini untuk saya terjah semula ok..





Thank you for reading this blog!



Thursday, 4 August 2011

Ramadhan Kareem: Kepentingan Sahur

Siapa yang malas bangun untuk bersahur atau orang utara ckp makan soq?..nk kena babab ni. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu pentingnya bersahur. Bagi orang yang tak tahan berlapar atau ada gastritis, diorang ni mmg akan bangun sahur, tp yang lain2 tu? Sahur pukul 12 malam? Itu supper namanya..

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam.



Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”
(Muslim)



“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)





Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.


p/s jadi jgn malas2 sahur..bangunlah bersahur walau dengan segelas air =)


  

Thank you for reading this blog!



Tuesday, 2 August 2011

Perodua Tweckbot: Pemeriksaan 15 Poin Kereta di rumah anda..Percuma!!!



Semalam dpt tau je pasal benda ni terus tanya kt fb Perodua ada dtg area Cheras tak? (Saya xde twitter, so fb pon boleh) 


Tak sampai 10 minit dapat panggilan telefon, dan buat appointment utk dtg ke RUMAH pada pukul 3.30pm td.. Tapi diorang datang awal 10 minit! Bagus kan..

So, apa yang diorg ni buat? Perodua Tweckbot ni offer service pemeriksaan 15 poin kepada kereta secara percuma. Jom tgk apa yang diorg periksa. 

 

tayar botak, lampu brake ketiga pon out, brake system quality pon out… foooohhhh.. selama ni bwk kereta dlm keadaan yang membahayakan.

Terima kasih la kat brader2 Perodua ni.  Lepas ni kena terus pergi servis kereta, plan nye nak tunggu next appointment. Selain dapat pemeriksaan percuma 15 poin, boleh juga nikmati 15% diskaun untuk alat ganti kat Perodua Servis Balakong.







 


Bagi yang duduk area Klang Valley,  bila Perodua Tweckbot berlegar berhampiran kawasan anda, cuma perlu tweet mereka (@MYPerodua) atau di facebook MYPerodua dan beritahu lokasi anda supaya diorang datang. Promosi ni sehingga 10 Ogos.  Seswai sangat la tagline Perodua ANDA KEUTAMAAN KAMI

Tunggu ape lagi, cepat2




Thank you for reading this blog!



Monday, 1 August 2011

Resepi Daging Dendeng



Resepi dapat dari keluarga mertua kerana menjadi salah satu menu wajib pada hari raya, sedap dimakan dengan nasi impit dan kuah kacang. Semalam sengaja buat dendeng ni, nak dijadikan lauk tambahan ketika berbuka dan bersahur. Kalau simpan dalam fridge mmg tahan lama… Pernah bawak pergi office, kawan-kawan ckp sedap dan terus mintak resepi. Yang dah mencuba Alhamdulillah diorang kata menjadi..just follow betul2 resepi yang diberi katanya… So, apa kata cuba ni untuk bulan puasa ni atau hari raya nanti..

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan:

1 kilo daging batang pinang (atau bahagian yang lembut)

8-10 ulas bawang merah

5-6 ulas bawang putih

9 batang serai                                

1 inci halia

RM 1 cili kering -dikisar berasingan dengan bahan-bahan di atas.

¼ botol kicap masin

½ botol kicap manis

¼ - ½ batang gula melaka (jika perlu)



Cara membuat:

1)     Rebus daging hingga empuk

2)     Potong daging nipis-nipis, kemudian ditumbuk hingga separa hancur. Simpan air rebusan untuk menumis kelak

3)     Perap daging yang telah ditumbuk tadi dengan kicap masin dan kicap manis sekurang-kurang 1 jam

4)     Goreng daging yang telah diperap tadi sehingga garing

5)     Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia yang telah dikisar tadi sehingga naik bau

6)     Masukkan cili kering yang telah dikisar, dan biarkan cili hingga betul-betul masak. Boleh masukkan air rebusan daging.

7)     Setelah bahan tumisan agak pekat dan cili telah masak, masukkan daging yang telah digoreng tadi.

8)     Seimbangkan rasa masin dan manis serta warna hitam daging dengan kicap manis atau kicap masin. Boleh tambah gula melaka jika perlu. Tidak perlu ditambah gula putih atau garam. 

9)     Masak sehingga betul-betul kering.

10)  Sedia untuk dimakan.



SELAMAT MENCUBA



p/s tima kasih k.ngah sbb bg resepi ni..kena byk lg menimba ilmu ngan k.ngah ni... especially asam pedas...hehehe




Thank you for reading this blog!






Lebih Ikhlas lagi Best: Peraduan Facebook Perodua

Suka betul dengan tagline Perodua tu..’Lebih Ikhlas Lagi Best’..
Tapi lagi best, bila hantar ucapan raya, dapat pulak pandu Perodua Alza percuma pada 1st day raya …dan disponsor RM10K untuk open house..woweeee syok tuuu..
So, cepat2 sediakan ucapan Maaf Zahir Batin yang paling ikhlas dan paling best.. hantar kat Facebook Perodua
Yang paling penting kena ikhlas ye…


p/s Jemput saya ke open house anda kalau menang ni ok.. kena ikhlas jemput ye..



Thank you for reading this blog!

Ramadhan Kareem: Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Bulan yang dengan penuh rahmat dan keberkatan. Rasulullah SAW seringkali berdoa: “Ya..Allah, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami) sehingga bertemu dengan Ramadhan.” Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan.

arnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan. Salam Ramadhan Buat mu sekeluarga….Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita....selamat ulantahun baut anak

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.


Salam Ramadhan untuk semua kawan-kawan especially geng blogger dan pembaca serta seluruh umat Islam. Jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik…




p/s Siapa tak puasa nanti tanpa alasan yang munasabah, jangan nak salahkan setan lagi, tapi salahkan perangai yang macam setan (Ammar corrected his 22 yrs old cousin: ‘Bukan setan, syaitan la)..



Thank you for reading this blog!