Monday, 15 December 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN PENYELIA DAN PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN UMBI


 
 
Salam semua..


Dah lama tak update blog ni. Memang ada niat nak update. Ada banyak sangat cerita tapi tak berkesempatan. Kali ni nak cerita satu moment yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup saya. Alhamdulillah, tahun ni saya berkonvo utk ijazah Phd dan buat julung kalinya institute meraikan graduan dengan mengadakan Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian Jubah Graduan (31 Oktober 2014). Majlis ni sehari sebelum konvo dan di buat di institute. Best sangat sebab penyelia yang sarungkan jubah untuk kita.Rrasa nak nanges dan terharu sangat masa tu. Dengan muzik yang syahdu, dan the whole dewan meraikan kejayaan kita. Masa pemakain jubah tu En. Husband record video, so boleh tengok la macam mana caranya dan agak sedikit kelakar sebab saya terkial-kial nak button up jubah tu. Sepatutnya, tak perlu pun, just pegang dan rapatkan je jubah hehe..orang pertama dan tak pergi rehearsal memang buat silap kikikiii….

 
 
 

 
 
Majlis ni formal, bermula dengan perarakan masuk akademik. Penyarah semua pakai jubah konvo.



Saya jadi wakil graduan menyampaikan ucapan penghargaan kepada pensyarah, staf, ahli keluarga dan rakan-rakan. Masa saya dok praktis baca skrip tu, sebak sangat dan saya takut masa atas stage pun saya nanges..tapi nasib baik tak la kan. Nanti terbuat drama air mata pulak kat atas tu hehehe….

 
 
 
5 orang graduan UMBI 2014.

 
 
 
Bergambar dengan pensyarah selepas tamat majlis.

 
 
With my backbone, my En. Husband. Thank you very much B. Love you so much!

 
 


Dengan rakan-rakan seperjuangan.
 
Dengan sebahagian staf pentadbiran dan staf makmal yang banyak membantu saya dulu. Terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang dapat membalasnya.

 
 
 

Inilah tempat saya berjuang dulu. Alhamdulillah dan terima kasih semua.
 
 
Thank you for reading this blog!

 
 

2 comments:

Anil said...

tahniah... syahdu tul dengan background music masa pakai jubah tu...

Husna said...

thanks Anil..memang syahdu. Dok tengok ulang2 pun feeling nya sama je..msti berfenang air mata