Wednesday, 11 September 2013

Bila tiada gadget, apa anak-anak buat?

 
Anak-anak saya memang lasak, nama pun lelaki kan. Tambahan pula, anak-anak saya bukan anak-anak gadget yang ada ipad, PSP or any tablet yang boleh buat diorang duduk diam. Betul cakap Wardina, anak-anak yang tiada gadget ni lebih lasak berbanding yang ada ipad dan segala benda tu. Diorang ni biasanya suka explore benda-benda di sekeliling mereka. Biasa kan kita tengok sekarang kat mana-mana sahaja dengan smartphone ataupun tablet. Nak bagi anak makan, sementara tunggu makanan sampai dalam kereta, kat rumah, masa beraya hari tu mesti banyak kita lihat kan. Sampai iklan raya Maxis keluar tagline ‘Disconnected to get connected’. Kami pun pernah la jugak sekejap dalam fasa tu bila baru-baru ada smartphone, tapi cepat sedar yang benda ni tak bagus pun. Bukan bermakna gadget ni tak ada kebaikan langsung. Sekali sekala anak-anak nak main ok, kita yang control bila dan lama mana diorang boleh main. Kadang-kadang tu kesian juga, Ammar akan minta ambil dia lewat kat transit sebab dia main PSP dengan kawan dia. Ada sistem barter dengan kawan dia, dia bawak mainan ultraman ke kereta ke, so tukar dengan kawan yang bawak PSP. Dapat main sekejap pun jadila katanya.
 
Bila tak ada gadget, satu cara yang biasa saya buat ialah, ke mana sahaja pergi, mesti ada pen dan kertas dalam kereta atau pun dalam beg sebab diorang memang suka melukis dan menulis. Kami tahu yang diorang pun nak sesuatu untuk mengekspreskan perasaan diorang. Kadang-kadang anak-anak ni nak pergi mana-mana akan bawak mainan sendiri untuk main dalam kereta. Tapi end up diorang akan minta pen dan kertas juga. Dah biasa macam tu. Kalau terlupa bawak kertas, korek-korek juga kat dalam beg, jumpa kertas resit pun boleh buat diorang conteng-conteng kat bahagian belakang tu.
 
Dalam smartphone, hanya games tertentu shaja boleh download itu pun dengan kebenaran since diorang pandai download sendiri kat playstore tu kan…
 
Ni salah satu game yang diorang download sendiri. Cita-cita nak jadi doctor kan…pandai pulak download game ‘Virtual Knee Surgery’…
 
Di bawah ni adalah video anak-anak saya melukis dalam kereta, dalam perjalanan nak pergi sekolah. Saya kagum dengan bakat melukis dan bakat bercerita diorang. Sometimes, lukisan tu conteng-conteng je tapi ada cerita disebaliknya yang sangat menarik dan buat kita hargai lukisan tu. Enjoy!
 
 

Satu scene yang biasa dalam kereta…Ammar melukis sambil bercerita..
 



Ada cerita disebalik lukisan ini..
 
Ammar dan Adam melukis sambil bercerita, dan saya cuba bertanya soalan untuk mereka kembangkan lagi cerita tu..
 
 
Saya mungkin bukan calon ibu terbaik bagi orang lain, tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak saya. Bolehlah kongsikan kat sini kalau ada gadget, apa applications yang anda benarkan untuk anak anda bermain, dan kalau tiada, apa yang anda buat? Boleh bagi idea pada saya nanti.
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Tuesday, 10 September 2013

Featured in Seri Pajam Newsletter

 
 
Our humble story featured in the lattest Seri Pajam Newsletter (6th Edition). Although the house is still not completely perfect, but this is an honour to us. I’d feel overwhelmed when they begin the sentences with:
 
‘Now and then, you come across people who are good in what they do. But sometimes, you come across someone who are inspiring. This time we come across someone who is both’.
 
Thank you Seri Pajam. I am just an ordinary person. Thank you for the opportunity which I never never expect to be featured in any magazine. But it’s funny when they used ‘Kak’ in the article haha! But it’s ok.
 
 


 
 


 


 
 


the other story in the Newsletter...

 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Thursday, 5 September 2013

RESEPI: CHEESE CAKE (Cream Cracker layered with Cream Cheese)

 
Salam semua.
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan sangat sedap. Sebab saya sangat mesmerized dengan rasa kek ni dan husband dan anak-anak pun suka, so saya buat satu entry mengenai kek ini.
 
Cara nak buat kek ni tak lah sesusah mana, dan bahan-bahan pun sangat simple. Tak perlukan oven ataupun pengukus. Dah siap nanti simpan dalam fridge saje. Actually, resepi ni inspired by @cikepal dan kawan saya @sato_oreo. Resepi boleh dapat kat blog diorang jugak tapi resepi kat bawah ni dari air tangan saya.
 
Bahan utamanya ialah: biskut cream cracker, cream cheese (saya pakai Philadelphia), susu pekat, dan susu cair. Bahan2 lain adalah sebagai sampingan dan perasa bagi kek ni. Saya guna serbuk milo, chocolate oatmeal dan nestum. Kalau anda kreatif, boleh letak kacang, caramel, kismis etc etc. Tapi saya guna barang2 kat atas tu sahaja. Bagi saya, once dah tahu principle atau basic, the rest is up to you. Tekak masing2 yang nak makan kan….
 


Mula-mula, campurkan cream cheese (1 blok tu) dengan susu pekat menggunakan mixer. Saya guna susu pekat tu tak sampai separuh tin pun dah ok rasa dia. So, saya suggest masuk kan susu pekat tu sedikit demi sedikit then rasa. Kalau tak ok, tambah susu lagi tapi jangan manis sangat. Kena balance kan rasa susu dengan cheese tu. Kalau banyak susu, nanti rasa cheese tu tenggelam…rasa manis susu je tak sedap plk kan..  Saya agak2 dalam suku daripada tin tu la. Ok, siap bahagian yang ni.
 


Ambil satu bekas, tuang sedikit susu segar. Tak ada susu segar, susu lain pun tak apa, susu full cream ke, tak pun bancuh susu tepung anak pun boleh. Susu ni tujuan nya untuk rendam biskut, so susu apa guna pun tak jadi masalah. Rendam jangan lama sangat. Sekejap je, cukup sekadar biskut tu basah.
 


Susun biskut yang telah direndam tadi dalam bekas atau loyang. Kena la patah kan biskut nak bagi penuh satu bekas tu.
 


Lepas dah susun biskut, kita sapukan campuran cream cheese yang kita sediakan awal2 tadi ke atas biskut. Ratakan dan sapuan tu nipis je.
 
 


Dah siap ratakan cream cheese, saya taburkan nestum, choc oatmeal dan juga serbuk milo. Part ni yang saya kata ikut selera masing-masing nak letak apa. So dah siap satu layer, kita buat layer kedua dengan susun biskut lagi. Ulang balik step tadi sampaila cream cheese tadi habis. Saya dapat dalam 5 layer kot. Dan bahagian atas sekali saya letak cream cheese tebal sikit. Simpan dalam fridge, bila dah sejuk boleh potong dan makan. Bila potong tu, macam potong kek sebab biskut tu dah lembut.
 
 
Nak tengok hasilnya?
 
Taraaaaaaa
-
-
--
-



Sangat sedap! Macam tak percaya, dari biskut boleh turn out jadi kek macam ni. Untuk sesiapa yang takde oven mcm saya ni, kita still boleh buat kek ok hehehe…  Terima kasih la kepada orang cipta resepi ni. Cuba la.. week end mesti ada lagi tetamu yang nak datang beraya kan. Selamat mencuba!
 
 
 
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga
 
Post gambar kat Instagram, cikepal pun komen hehehe…(saje nak tunjuk lalalala..)

 
 
Thank you for reading this blog!


 

Tuesday, 9 July 2013

Enjoying My Glowing Green Smoothies-Beauty Detox Food


Saya baru sahaja mula minum green smoothies ni dalam 2 minggu lepas. Pernah dengar kan? Kawan saya cakap saya minum air sayur hehehe..  Memang betul, air sayur yang sedap.. nak bagi mat saleh sket bunyinye jadila green smoothies. Ni pun sebab saya baca dan tengok youtube  Kimberly Synder- celebrity nutritionist and author of The Beauty Detox Solution and Beauty Detox FoodsKonsepnya, 70% vegetables, 30% fruits.  Actually, green smoothies ni just nak cover up our daily vege intake. Macam saya, kalau makan nasi berlauk kat luar, kalau tengok sayur tu diorang masak layu semacam je..terus tak makan sayur tu. Tak pun pergi makan pizza ke burger or any fast food yang tak ada vege, so this smoothies really help me. Boleh juga membantu for those yang ada masalah constipation sebab green smoothies ni packed with fiber. Ala-ala popeye la makan bayam ni haha!

My first smoothie on 27thJune 2013. Contain spinach, celery, mango, green apple and banana. My first impression, sedap! Memang tak ada rasa bayam, celery a bit tapi rasa tu di cover dengan fruits. Normally, a batch yang saya buat saya buat stock dalam fridge for about 2-3 days. The taste is  still good. So, istiqomah la saya dengan minum ni every morning, 30 minutes before taking any food.

  

Habis je batch pertama, saya buat lagi for another 3 days stock. I'll keep the spinach and celery in the recipe with any additional fruit that I have in fridge. Spinach, celery, mango, green apple and mango.




I just played around with the mixture of fruits. For those yang takut dengan warna hijau, this is the best solution. It changed the green colour to purple but not much in taste. For those yang susah nak makan pitaya or dragon fruit macam tu je, but still nak kan benefit from it pun boleh buat macam ni.



Purple smoothie...




This is what I had this morning. Normally, I prepare my ggs ni waktu malam sebab takut tak sempat kan pagi-pagi tu. Tak pun saya bangun awal just to make sure I get the benefits of green smoothies every morning.


So, are you ready? Let's start your green smoothies today!



Thank you for reading my blog!



Monday, 8 July 2013

Pancake Oh Pancake

Semenjak dua menjak ni suka sangat makan pancake. Itu je snack yang saya rasa semua orang dalam rumah ni makan termasuk the kids. Susah sebenarnya nak masak nak bagi budak-budak ni makan. Selalu sangat mintak nak makan burger, burger dan burger. No. NO!! Sekali sekala kita bagi la jugak tapi kalau selalu memang tak menyihatkan. So, saya cari-cari resepi, ubah sana-sana ikut apa yang ada kat dapur so saya dah cuba 3 jenis pancake sekarang ni. Plating lebih kurang sama je kan sebab guna bahan yang sedia ada. Saya tak ada resepi spesifik. Semua saya campak-campak je ikut suka hati. The main ingredients adalah nama pancake tu sendiri ye.
 


 
Milo Oat Pancake. Pancake pertama saya haha! Plating amboi... Anak-anak saya suka pisang, so hias dengan pisang. Ada almond and honey. Habis licin. Laku pancake yang pertama ni.
 
 
 
 
 Banana Oat Pancake. Kali ni hancurkan pisang campur dengan oat chocolate. Makan pulak dengan  ice cream Wall's Strawberry Cheese Cake..wa lah.. sedap banget!
 

 
Cheesy Cauliflower Pancake. Yang ni rebus cauliflower dan hancurkan. Masukkan mozarella cheese. Rasa masin cheese tu cover dengan ice cream yang manis-manis masam tu. Sedap juga. Tak rasa pun that cauliflower tu. Actually, pancake ni inspired daripada cauliflower pizza crust yang orang dok buat tu. Saya teringin nak buat pizza tapi tak ada oven lagi kan. So buat pancake la.
 
Boleh la buat idea berbuka puasa nanti ke kan. Siapa yang follow instagram saya mesti pernah nampak ni. Kebanyakan aktiviti bergambar saya ada di Instagram sebab takkan semua benda masuk kat blog kan. So selamat mencuba!
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Wednesday, 3 July 2013

PhD Writing Up

 

Ini adalah cerita pengalaman saya menulis thesis hari tu dan mungkin boleh jadikan tips untuk sesiapa yang sedang menulis.

1)     Do it everyday. Memang hari-hari kena buat walaupun sikit. Sebab once kita stop writing, then nak start balik..memang susah. Kalau boleh pc or laptop tu jangan off. Biar sentiasa nampak je kat depan mata. Kalau balik kg ke, curi-curi buat sket jadila. At least buat editing ke, betulkan grammar ke, margin ke..do something yang tak perlu nak perah otak sangat. Ini membantu momentum supaya still keep on moving.
 

2)     Have a daily aim/objective. Hari ni nak siap kan bahagian analisis ke, hari ni nak menulis at least 10 pages ke..macam tu la. By the end of the day..mesti capai that aim ok. Jangan ngelat!


3)     Minimise the distraction like facebook, email, Instagram..now dengan Keek bagai kan... Nasib baik kat rumah takde internet dan at that time saya takde smartphone lagi. Nasib baik sangat2! Memang melekakan la smartphone ni. Tapi to start wring up PhD thesis needs 500% motivation tau tak!! So shopping online dulu hahaha!

 4)     Saling ingat-mengingati dengan kawan-kawan yang sedang menulis thesis jugak. Kawan-kawan rasa down, kita up kan balik. Bila kita rasa down, of course diorang akan tolong bagi semangat balik.
 

5)     Buat dateline sendiri untuk siapkan thesis. Contohnya: Saya buat dateline untuk Bab 1 habis pada sekian-sekian tarikh. Bab 2, 3 dan seterusnya....

 
6)     Update your reference as frequent as possible. Cari new article regarding your work. Weekly or monthly. Percayalah..akan sentiasa ada je update new article tau. Tapi jadi habit jugak saya ni...download je tapi tak baca-baca hehehe..bila nak buat reference barula cari balik. Jangan tiru yang buruk ni tau..

 

7)     Pastikan istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan adalah standard penulisan yang betul. Gambarajah dan jadual mestilah berlabel dengan baik dan dinyatakan di dalam text. Format rujukan juga mesti berpandukan format yang betul.
 

8)     Selalulah berhubung dengan supervisor. Saya hantar chapter by chapter kepada supervisor saya supaya mudah dia nak semak. Bila semua dah ok baru compile kan semua, then bagi semula pada supervisor. 

9)     Perkara yang terakhir sekali buat bila supervisor dah puas hati baru buat pagination dan isi kandungan. Kalau buat awal2 nanti nak kena edit pulak kalau ada pembetulan.
 

10) Then, masa yang dinanti-nantikan iaitu PRINTING!! Yeay!

 






Saya bawak laptop ke dapur sambil-sambil tunggu kari masak ke, air mendidih ke, masak burger untuk anak-anak ke..Saya suka macam ni sebab tak nak saya lost momentum. Kalau tengah bersemangat nak menulis tu orang lain takleh kacau sebenarmya..tapi nak buat macam ni saya ni kan isteri dan juga mak budak..Tapi ni buat editing je bahagian reference, tak pun check ejaan.
 
 
 
Kat sini la spot saya kalau kat library. Saya ambil gambar ni sebagai kenangan, tempat saya tulis thesis saya selama 3 bulan. PC no 16!
 
 
Tiga bulan terakhir sebelum saya hantar thesis tu memang saya pulun habis-habisan. Sebelum ni melepak banyak sangat. Saya buat jadual, dari pukul 8am-5pm saya ke library dan habiskan writing yang perlukan saya guna internet, then balik rumah lepas masak dan uruskan anak-anak dan suami makan dan segala hal kebajikan diorang,. Lepas tu saya buka laptop dan buat kerja2 yang takyah nak perah otak pun macam editing or review jurnal yang baru saya download ke. Bila kat rumah, ada gangguan anak-anak. Dahla kita pun penat kan, so tak yah nak concentrate sangat writing tu sebab dah habiskan masa siang kat library kan. Kalau saya tidur awal, saya akan bangun awal dalam pukul 4am dan sambung menulis lagi. Tapi, kadang-kadang jela kalau badan tak penat. Dan alang-alang bangun malam, sebelum start keje tu Alhamdulillah saya sempat solat sunat dulu.

Masa tiga bulan terakhir ni jugak la banyak kenduri kendara la..adik nak kawen la..mak abah datang rumah la..memang sangat mencabar. Saya curi-curi juga masa buat segala hantaran adik saya tu..ulang alik pergi Nilai 3 (nasib baik tak sampai 10 minit dari rumah). Bila ada tetamu kat  rumah kita of course la kena masak sarapan, tengahari..malam lagi..dan segala keperluan lain.

Tapi Alhamdulillah. Bila dah hantar rasa batu besar kat bahu ni hilang macam tu je. Serius! Ringan sangat kepala. Sampai saya tak tahu nak buat apa masa tu bila rasa lapang sangat. Yang bestnya, masa saya hantar thesis tu, dapat pulak baucer buku BB1M tu, apa lagi..borong novel la hehehe.... Keesokan hari selepas sahaja hantar thesis tu dapat reward dari En. Suami jeng jeng jeng..Samsung Galaxy Note II!

 

Thank you for reading this blog!
 
 

Tuesday, 25 June 2013

Berminat nak buka franchise Genius Aulad?

 
 
Semalam saya berkesempatan menghadiri satu majlis ceramah  iaitu ‘Branding with Genius Aulad’ bersempena Minggu Perusahaan Kecil Sederhana di PUNB Plaza Sentral Kuala Lumpur. Objektif ceramah ini adalah untuk membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi keluarga Genius Aulad dengan membuka franchise di tempat anda. Seperti yang dinyatakan di dalam media sebelum ini, industri pendidikan adalah industri kedua terbesar selepas industri makanan sebab tulah kita boleh lihat trend sekarang begitu banyak pusat-pusat perkembangan dan pendidikan kanak-kanak macam cendawan tumbuh selepas hujan.


 
Di awal majlis tu, ucapan pembukaan oleh Puan Zaliza iaitu founder GA. Beliau menceritakan bagaiamana beliau bermula dengan biz ni. Starting dengan jual rumah untuk buat modal, then recruit students dengan pergi dari rumah ke rumah sebab pada tahun 2000, Islamic preschool ni dikira agak baru jadi tak ramai orang expose dan juga berani nak hantar anak ke tempat macam ni sebab tak ada pengalaman. Tapi Alhamdulillah, beliau dapat 20 org students pada masa tu. Berani tak parents masa tu sebabnya semasa beliau mengedarkan flyers iklan tu, tetapi fizikal tempat untuk Genius Aulad tu tak ada lagi. Selepas itu barulah beliau sewa satu unit shoplot dan kat situ lah beliau tinggal sekeluarga dan dibahagian hadapan dibuat ruang sekolah.  Beliau cerita susah payah pada masa tu yang pada ketika itu sarat mengandung dengan 2 orang anak yang masih kecil. Yeah…nak buat biz memang bukan mudah. Tapi disebabkan passion terhadap education dan juga kerana Allah Taala, Alhamdulillah Genius Aulad telah mempunyai 40 centres by 2014 (Malaysia’s Leading Islamic Preschool) di KL, Selangor, Melaka, Seremban, Johor, Perak, Kedah dan Pahang (termasuk Australia, Indonesia dan Arab Saudi in the pipeline of learning box program.
 
So, if you have that kind of passion, dan teringin nak buka satu preschool yang telah mendapat tempat di hati kebanyakan ibu bapa di Malaysia dengan pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Islamic education dan bahasa Inggeris sebagai pengantar, Genius Aulad mengalu-alukan anda untuk menyertai mereka. Selepas menjalani interview dan anda terpilih, mereka akan latih anda dan observe sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi Centre Manager.
 
Di bawah ni ada roadmap dan tarikh-tarikh penting yang perlu anda tahu.
26/6/2013- Submit the application form + resume to franschisemgt@geniusaulad.com.my
1/7/2013- shortlisted candidate will be informed
4&5, 8&9 /7/2013- Interview session
15/8/2013 - pre qualified training at HQ
13/9/2013- Results
17/9/2013- Attachment and Management Trainees
October & November 2013- Observation and monitoring period for Management Trainees
2/11/2013-pre opening for all new centers
27/11/2013- Management Trainees attachment at new centre
1/12/2013- absorbed under employment as Centre Manager
-          Observation and monitoring period for new Centre Management
-          Open Day for all GA Centres
January 2014- GA opening
                       - Observation and monitoring period for new Centre Management
March 2014- Results from Observation and monitoring period for new Centre Management. If excellent-continue as different entity. If average/below: proceed as Centre Manager.
 
 p/s if you have further question, please forward to franschisemgt@geniusaulad.com.my
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Monday, 17 June 2013

Nada Alam: Nature Resonance @Pajam

Salam semua



Sedikit update dari Seri Pajam Development, kepada sesiapa yang masih mencari rumah baru boleh register untuk kawasan perumahan baru iaitu NADA ALAM. Sound good, right? Kawasan ni adalah berhadapan dengan stesen komuter Batang Benar dan juga exit Pajam/Nilai melalui LEKAS highway.




Yang bestnya, nanti ada landscape cantik, ada wetland, 3 tier security ada jogging track. Bestnya! sebab kat Pajam/Nilai ni tak jumpa lagi jogging track.




Jenis rumah teres 2 tingkat, semi-D 2 tingkat dan banglo. Register kat website Seri Pajam, nanti any update mengenai Nada Alam, diorang akan diorang mail anda.






p/s bolehla contact saya nanti bila nak beli ye!



Thank you for reading this blog!