Bila pindah kat
tempat baru ni, rutin kita pun turut bertukar dan salah satunya ialah tempat
nak service kereta which normally I go to Perodua Service Centre Cheras,
Balakong or Bangi. Kalau mula-mula dulu mmg selalu buat appointment dekat
Cheras tapi sebab ramai orang, so lebih suka walk in kat Bangi. So far, dah 8
tahun saya pakai kereta Perodua saya ni, tak de major kerosakan sebab memang
jaga baik punye, tapi ada la tukar sket2 spare part dan enjin still in good
condition. Last week, saya pergi ke Perodua Service kat Nilai which recommended
by my husband’s friend. And without any doubt, saya pergi on Saturday 21st
July 2012 due to masalah brake yang kritikal and at the same time boleh service
terus. Tapi diorang minta datang balik on Monday lepas buat appointment. I
insist diorang check the brake tp diorang kata datang sekali nanti terus buat
walaupun saya cakap brake berbunyi teruk. Ok fine. Tapi dah start merungut masa
ni.
Isnin tu on our
third day puasa, saya sampai tepat 8.30am saya dah ada kat sana. The chronology
and detail perbualan saya, saya cerita semua kat sini.
Masa
registration and nak serah kunci tu, saya ada buat 3 komplen pasal kereta which
are:
1)
brake berbunyi and most
probably brake pad kena tukar dan saya minta diorang tukar (based on our
experience before)
2)
ada abnormal bunyi kat bahagian
belakang kereta, eeeek ekkkk bunyi memang sangat annoying ok kalau drive, boleh
tolong check?
3)
lampu yang kat bumbung (door
lamp) tu menyala kelip2 especially bila kat selekoh..kalau malam2 seram je kan.
Ada kena mengena sensor dah loose ke, boleh tolong check tak?
Masa nak serah
kunci tu, saya cakap kat SA tu nnti panggil saya bila nak bawa masuk kereta
sebab kereta tu ada security system bila nak start enjin. And he noted.
Tapi sampai
pukul 9.30am, saya pelik apsal tak panggil2 ni. Bila jenguk keluar rupanya
kereta dah bawak masuk workshop. Menyirap la kan darah ni. Dah pesan tadi suruh
panggil.
Tak lama lepas tu, foreman call cakap kereta ada leaking kat power
steering and kena ganti. Saya cakap, ‘boleh tak masuk jumpe saya kat sini,
cakap telefon tak paham la’.
Bila dia masuk
dan dah explain semua, saya tanya la, ‘ tadi macam mana start kereta? Tadi saya
pesan suruh panggil saya bila nak bawak masuk kereta?’ tercengang-cengang la
orang tu.
Dia cakap, ‘tak
taula, tadi diorang cuba2 boleh start'.
Saya cakap,
‘kalau rosak, you all ganti ye.’ Muka saya memang marah la masa tu. Nampak dia
takut jugak.
Dah nak pukul
11am lebih tu sekali lg dia datang jumpa tanya macam mana nak start kereta tu.
Saya terus pergi kereta nak tunjuk, tapi on the way nak pergi tu dah dengar
alarm berbunyi, which diorang force to start the engine. Sampai sana, saya
marah la diorang.
Habis lewat
jugak sebab buat major service plus mungkin diorang nak settle kan komplen saya
tu. Bila dengar je nama panggil, terus diorang suruh buat bayaran. Saya cakap
mana report service and complain, saya nak tengok dulu. Kalau service sahaja,
then ok la kita terus bayar tapi sebab saya ada buat komplen, saya nak la kan
tengok report. Saya pergi jumpe SA kat kaunter, dia pun terkial-kial la cari
report tu.
SA: semua ok Puan.
Saya: apa yang ok? Dia sibuk dok belek2 report tu
nak baca. Macam mana brake?
SA: Kalau ikut report kat sini, brake tu ok
lagi, boleh pakai sampai next service.
I was like.. ‘haa? dah bunyi teruk pun boleh pakai lagi?’
SA: itu foreman kita dah test drive. dia
kata ok lagi.
saya: Ni yang lampu pintu menyala ni, ada
masalah? Dah settle?
SA: Errr..pintu Puan tak tutup rapat kot?
Kat sini dia cakap ok je
Saya dah buat muka tak puas hati,
Saya: kalau pintu tak rapat mestila lampu indicator kat dashboard tu menyala!’
Dia diam
Saya: Lagi satu komplen yang bunyi kat belakang
tu, dapat detect kenapa?
SA: Ok je Puan. foreman cakap tak ada bunyi
pun.
saya memang marah masa tu, sampai terlupa nak tanya kenapa tak
panggil bila nak bawak masuk kereta tu.
Saya: Mana boleh tak ada apa2.
SA: Kalau Puan dengar ada bunyi lagi, Puan
datang buat second complain ye.
Saya bayar dan
amik kunci, terus keluar. Start enjin, jalan sikit je dah dengar eeeekkk eekkk.
Hangin la saya kan, ni service ke tak ni?
Masuk balik
office, jumpa SA tu.
Saya: Ada bunyi la, macam mn boleh tak ada bunyi.
Awak ikut saya naik kereta sekarang!
SA: kejap Puan, saya panggil foreman.
saya terus
tunggu kat kereta.
SA: Puan, foreman kita keluar test drive
kereta customer.
Saya: takpe, saya tunggu.
Dia masuk dalam,
pastu keluar balik.
SA: Puan, masuk kejap kat dalam office
Dia bagi report
yang dia pegang tu kat kawan dia, kawan dia pun terpinga-pinga apahal kan. SA ni nampak
sangat tak tau ape2. Main pas pas pulak. Macam mana la korang keje ni.
Dia pun tunjuk
kat saya, kat belakang report yang saya pegang tu, ada tulis senarai alat ganti
yang saya kena tukar (rear both bearing,
rear lower Arm (both), rear both absorber dan Axel bar), sebab tu ada
bunyi-bunyi kat belakang.
Saya: Banyaknye? Tadi kenapa tak cakap?
SA: Tak perasan tadi Puan.
Saya: Saya nak salinan report ni boleh?
SA: tak boleh Puan, ni salinan untuk kami
je.
Saya: Kalau tak bagi, mcm mn saya nak tau apa
yang saya kena tukar?
Diorang diam
Saya: Tulis untuk saya atas kertas. Macam mana la
korang ni buat keje. Macam tak serius je.
Diorang mintak
maaf je la. Nak kata apa lagi kan, dah memang salah diorang.
Esoknya pegi
keje, makin teruk bunyi brake tu. Macam takut brake tak makan je..tapi pagi tu
sampai PPUKM dengan selamat, tapi bila saya nak keluar tengahari tu, nak
menangis saya drive dah fikir yang bukan2.
Saya call
Perodua Service Nilai, dan komplen la kan pasal brake tu. Dia cakap mungkin
greasing oil tak cukup diorng letak semalam. Dan mintak saya datang balik sana.
Saya cakap mana boleh pergi sana, nak bawak pun tak sanggup dah ni, lagipun
husband saya tak habis keje lagi, anak-anak kat sekolah lagi. Lepas saya marah
the way diorang buat keje yang tak teliti tu saya call husband.
Atas nasihat
husband, saya call Perodua Service Cheras, mintak diorang tengokkan. Bila call nasib
baik diorang terima sebab kalau bab keselamatan ni dikira kes kecemasan. Bila
diorang check brake tu, CONFIRM BRAKE DAH HAUS KENA TUKAR BRAKE PAD!. Dan
bunyi2 kat belakang kereta tu adalah disebabkan spare tyre yang tak ketat, tak
perlu pun tukar semua-semua yang macam dioarng cakap tu!
Lepas je tukar
brake pad tu, sedap je bawak kereta tanpa rasa takut-takut lagi. Aduhhh, memang
saya bengang betul dengan Perodua Service Nilai ni. Buat keje tak serius.
Daripada
penilaian saya:
SA yang saya jumpa tu tidak
menjalankan kerja dia dengan baik. It’s like tak ada communication between SA
dan foreman. Tak macam Perodua service yang lain, apa2 masalah, yang datang
bgtau kat customer segala masalah atau perlu ganti alat adalah SA, bukan
foreman tu. Ni, bila saya tanya SA, kejap2 tanya foreman. Sepatutnya, dia patut
tahu bila customer tanya. Dahla semua SA yang kat kaunter tu, duduk je melangut
tunggu customer, mcm free sangat diorang ni. Ni kes malas buat keje la ni. Foreman pun buat keje tak serius dan dia tak check betul-betul.
To Perodua
Service Nilai (PRIMA KEMBARA SDN. BHD.):
-
Saya ingin tahu kenapa terdapat
percanggahan diagnosis terhadap komplen yang saya buat?
-
Kenapa saya perlu ganti 4 alat
ganti seperti dinyatakan di atas sedangkan tiada symptom yang menunjukkan
alat-alat tersebut rosak atau berada di dalam keadaan yang tidak baik?
-
Apa ujian yang dijalankan untuk
menguji kerosakan seperti yang saya nyatakan di atas?
-
On what basis yang menunjukkan
brake pad kereta tu masih elok sedangkan saya dah nyatakan masalah, dan ini
melibatkan keselamatan dan nyawa orang.
-
Saya perlukan penjelasan dan
juga permohonan maaf daripada staf yang telah mencuba-cuba menghidupkan enjin
kereta tanpa pengetahuan saya (yang saya anggap kes pencerobohan).
Saya amat
terkilan, kecewa dan sangat marah dengan kejadian ni. FYI Perodua, kami adalah
pengguna setia kereta Perodua, dan sepatutnya as a loyal customer we deserve to
have good treatment. Atas apa yang berlaku pengalaman yang tak pernah saya hadapi
masalah dengan Perodua Service selama 8 tahun yang lalu, bagi saya NO MORE
PERODUA SERVICE NILAI!! Silap besar la korang buat hal dengan blogger, kan dah
tersebar cerita ni kan.
thank you for
reading this blog!