Friday, 28 February 2014

HOME DECO: KIDS BEDROOM


Dah lama pasang impian nak ada bilik sendiri yang cantik untuk anak-anak. Selama ni memang diorang tidur dengan kitorg. So, dah sampai masanya kena pisahkan sebab Ammar dah 7 tahun, Adam pulak dah nak masuk 5 tahun. Ada geng la kan nak tidur sebilik. Bila ada bajet sikit so kitorg pun start la sket seberapa yang boleh. Mula-mula discuss warna cat untuk feature wall dan keseluruhan bilik. Ammar suka warna biru, dan awal2 lagi dia dah pilih langsir warna biru haritu. Boleh baca pasal langsir tu kat SINI. Bila tunjuk Nippon paint chart tu, dia pilih Story Blue. Then, we all pun decide, Story Blue untuk feature wall dan Sky Blue untuk dinding keseluruhan.

 
Untuk design feature wall, kitorang buat stripe blue-white. Ni layout yang En, Husband lukis (note: warna biru tak menggambarkan biru yang dikehendaki)
 

Mula-mulanya, plan nak cat sendiri. Bila compare nak membeli barang2 mengecat lebih kurang sama dengan upah orang mengecat, ok fine..upah jela. Kitorang pakai kontraktor yang sama yang cat rumah ni masa mula-mula masuk rumah dulu iaitu Ah Ho (0139414443). Boleh baca kat SINI cerita saya cat living hall dan SINI  senarai kontraktor lain yang saya ada.

 
Bila diorang start buat bahagian yang stripe tu berdebar giler haha..surprise sangat sebab takut tak cantik haha! Pasrah jela masa tu kan..

So nak tengok hasilnya….taraaaaa…

-

-

-

-

-

DONE! tak cukup nak impress awak2 semua..ok..tunggu bila dah masuk katil ok.

 

Masa nak beli katil pun pening jugak. Banyak tempat jugak survey. Mula-mula berangan nak beli 2 katil single. Sebab fikir biarlah diorang pakai sampai besar. Tak nak beli  yang kartun-kartun tu. Tapi bila fikir harga pun mahal kalau beli 2 terus. Saya memang ada experienced dengan double decker so, yang ni memang out of list terus. Mula2 je excited nak tidur atas, nanti bila dah mengantuk sangat memang malas nak panjat katil. Then, saya fikir budak2 ni perlukan space untuk bermain. Lepas discuss and discuss so, we decided beli satu katil single dengan pull out. Jimat sikit dari beli 2 katil dan jimat banyak dari segi ruang. Hoorey! Boleh buat play zone/study dalam bilik. Kitorang pun placed order untuk satu katil single dengan pull out, kena la tunggu 4-5 hari jugak sebab takde ex-stock. Punya la tak sabar budak-budak ni, hari-hari tanya bila lori datang hantar katil.

 

Tapi, tak sampai 4 hari pun, tokey kedai call the next 2 days tu cakap nak hantar katil. Wah! Mamanya yang tak sabar ok.. Kitorang saje tak bagitau kat Ammar dan Adam, konon nak buat surprise.

 

Tengokla..happy sangat bila lori datang hantar katil. Priceless tengok expression diorang ni.

 

Kitorang ada pergi Ikea sebab nak cari rak nak letak dalam stor, yang ni kita story lain kali ye. Rak memang dapat, tapi dapat jugak benda lain nak letak kat bilik budak2 ni.

 


 
Clothes Stand. Sebab cantik so terus berkenan. Harga RM79
 
 
 
Lamp Stand. Sebab murah terus beli. Harga RM59. Boleh jadi lampu tidur dan lampu membaca.


 



Inilah hasilnya yang cukup membuatkan budak2 ni seronok nak tidur dalam bilik baru dengan katil baru. Mama dan abahnya bertambah-tambah la seronok, nasib baik outcome cantik dan barang-barang yang di beli puas hati.


 


 


 
Malam pertama tidur di bilik sendiri berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Walaupun mamanya yang takleh tidur, kejap2 bangun pergi tengok anak2 haha!..


Ada banyak lagi projek deko kat bilik ni tapi hold dulu. Nanti ada bajet kita buat lagi ok!

 

Thank you for reading this blog!

 

Thursday, 27 February 2014

Pre-school di Dzul Iman Smart Khalifah

Salam semua..

Entry kali ni nak cerita pasal sekolah Adam sebab dah janji kan kat entry yang lepas. Kami start kindy hunting untuk Adam pun dah bulan 12 tahun lepas, sebab masih dok berfikir-fikir nak hantar ke tak nak since saya tak bekerja buat sementara waktu ni. Adam dah biasa duduk nursery so dia memang excited la kalau nak pergi sekolah. Kalau boleh nak hantar Adam kat Genius Aulad macam abang Ammar, tapi area Pajam/Nilai ni tak ada lagi.

 

Di Perdana College Heights ni ada Tadika KEMAS dan ada juga tadika2 lain kat taman yang berdekatan seperti Krista dan Pasti. Tapi saje masa tu nak tengok2 yang lain juga. Tapi kebanyakannya di Bandar Seri Putra (BSP). Kami fikir kalau sekolah di BSP ok jugak sebab En. Husband akan guna highway PLUS untuk ke Cheras. Di antara tadika yang kami singgah ialah Brainy Bunch International Montessori, Al-Fateh Intergrated Preschool, As-Syakirin Pra Tahfiz Elite Kids’, The Little Caliphs Kindergarten (Tadika Mukmin Kreatif, Nilai) dan Dzul Iman Smart Khalifah.

 

Saya ada 2 kindy yang saya suka iaitu Al-Fateh dan Dzul Iman, tapi memandangkan Al-Fateh takde kekosongan dekat pusat yang kami nak tu (Al-Fateh ada 4 pusat di BSP), so kami pilih Dzul Iman dan Adam pun suka dengan sekolah ni walaupun kalau ikutkan dia nak pergi Brainy Bunch. Sebenarnya dia suka sebut Brainy Bunch tu je..hehe..

 

Di Dzul Iman ni, mereka guna Khalifah method untuk didik anak-anak, didik cara nabi yang penuh dengan kelembutan. So, tak akan dengarla jeritan cikgu2 kat budak2 kan..memang penyabar sungguh cikgu2 kat sini. Founder Khalifah method ni ialah Prof. Dr. Muhammad Al Mahdi. Boleh baca ceritanya di SINI. Beliau dahulunya seorang atheis, tak percaya kewujudan tuhan. Tapi apabila beliau mendalami ilmu sains especially teori fizik, beliau percaya Tuhan itu wujud! Akhirnya beliau memeluk Islam. Allahuakbar!

 

“Appreciating every child as an uncut precious jewel, it is our responsibility as parents and teachers to shape them into a beautiful form, pleasing to the eye of Allah” ~ Prof Muhammad al-Mahdi, founder of Khalifah Method

 

Penubuhan Dzul Iman Smart Khalifah adalah semenjak tahun 1995 dan ada banyak cawangan di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, KL, dan Johor. Boleh pergi ke website Dzul Iman di SINI untuk selanjutnya. Ini juga salah satu sebab kenapa saya pilih sekolah ni sebab mereka memang dah established.

 

 
DZUL IMAN- one who posses the iman/belief


 
Yang bestnya, bila mendaftar anak kt Dzul Iman ni, parents ada satu kursus keibubapaan yang wajib dihadiri (Khalifah Parenting Course). Masa kursus ni, saya sempat berjumpa dengan salah seorang founder Dzul Iman iaitu Puan Badariah Ismail. Sangat lembut suaranya. Lepas balik dari kursus ni, saya pun banyak slow down sikit suara saya hehehe..takde nak marah2 budak2 ni sangat.


 Khalifah Parenting Course 2014
 
 
 
 
Ini jadual harian di Dzul Iman. Alhamdulillah, solat dhuha setiap hari. Mama pun kena la juga cuba istiqamah buat.





Dzul Iman Smart Khalifah Bandar Sri Putra
 
 

 Masa datang survey, Adam terus suka dengan sekolah ni.

 
First day of school.. Isnin-Khamis pakai baju sukan sekolah.

 

Hari Jumaat pakai uniform sekolah. Dapat beg sekolah percuma masa daftar haritu.

 
 
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan sekolah ni. Ada perubahan pada Adam dari segi percakapan dia, kefahaman dia, dan yang best dia dah mula menghafal bacaan di dalam solat, beberapa surah lazim dan beberapa ayat dari Surah Yasin. Alhamdulillah. Tapi ingatlah, walau sebagus mana pun sekolah tu, kalau anak-anak kita tak dapat adapt dan tak belajar dan kita sebagai parents pun tak mainkan peranan di rumah, tiada guna juga kan. Jadi, sekolah lah di mana pun, kita as parents yang membentuk anak-anak, jangan mengharapkan pihak sekolah 100%.



Thank you for reading this blog!
  
 

Monday, 10 February 2014

Darjah 1 di Sek. Ren. Sri Al Amin Nilai

Salam semua.

Dah saya lama tak menulis kan. Sibuk katanya. Ada yang bertanya bila nak update blog? Rindu lettew…hehehe. Saya tau, blog ni tak seberapa, so saya sedar diri tak ada sape yang rindu hihiii…. Untuk entry pertama saya di tahun 2014 ini, saya nak cerita pasal sekolah anak-anak saya Ammar dan Adam.
 

Tahun 2014, Ammar masuk darjah 1 manakala Adam baru 5 tahun. Di Perdana College Heights ni memang tak ada lagi sekolah. Tapak sekolah ada la depan rumah saya ni. Entah bila nak bina sekolah tak tahulah. Kena ikut populasi penduduk dan juga demand. Mungkin dalam 3-4 tahun lagi kot. Harap-harap la ye..

Sekolah rendah yang terdekat ialah Sek. Keb. Batang Benar.  Dekat jugak dari rumah, dalam 2km macam tu. Saya dok fikir macam mana nanti transport pergi dan balik pastu petang nak ke sekolah KAFA pula. Dalam pada tu, dapat tahu pula ada Sek. Ren Sri Al Amin di Nilai. Tak boleh nak decide lagi masa tu, saya daftarkan je Ammar kat dua-dua sekolah tu.

Nak masuk Sri Al-Amin ni ada exam bertulis untuk student, manakala parents ada temubual dengan guru. Lulus kedua-dua ujian ni baru diterima masuk. Awal jugak ujian kemasukan darjah 1 Sri Al-Amin ni, kalau tak salah saya dalam bulan 7 tahun lepas kalau nak dibandingkan dengan Sek. Keb. diorang buat hujung tahun. Ujian kemasukan ni nak tengok tahap pencapaian penguasaan membaca dalam BM, BI, Jawi dan AlQuran dan juga menulis. Alhamdulillah, dalam bulan 9 dah dapat surat tawaran.

Selepas dapat 2 surat tawaran kemasukan kedua-dua sekolah, baru kitorang decide which school dan of course la kena tanya tuan punya body jugak. Lepas berfikir semasak-masaknya, saya pun dah buat solat istikharah, kami decide Sek. Ren. Sri Al-Amin, dan tuan punya body yang nak sekolah tu pun pilih sekolah ni.

Kat Sri Al-Amin ni, sesi persekolahan dari 8.30am-4.00pm. Actually, sekolah ni adalah cawangan dari Sri Al-Amin Bangi. So, nama penuh sekolah ni Sek. Ren. Sri Al-Amin Bangi (Nilai). Tahun 2014 ni adalah tahun kedua sekolah ni beroperasi kat Nilai. Lokasi sekolah ni kat shoplot sebelah Majlis Perbandaran Nilai. Diorang tak ada bangunan lagi, so menyewa kat shoplot ni. Soon, diorang akan bina juga bangunan sekolah tapi saya tak sure bila dan kat mana. Ada dengar dulu nak bina kat Bandar Enstek. Kalau confirm, jauhla sekolah Ammar nanti. Ammar dia dah biasa dengan environment sekolah kat shoplot sebab dulu kan dia sekolah kat Genius Aulad BTHO. Cuma, bila sekolah kat shoplot dan baru plk beroperasi, so serba sedikit nampakla kekurangan; tak ada padang sekolah, ada kantin tapi share dengan dewan dan juga tempat solat/assembly tapi secara keseluruhan tetap dapat menjalankan fungsinya sebagai sebuah sekolah.

Syllabus kat Sri Al-Amin sama je dengan sekolah kebangsaan dan guna system penilaian PBS yang sama dari Kementerian. Cuma ada tambahan syllabus dari Ikram- Musleh untuk subjek-subjek agama. Keseluruhan subjek yang diajar di Al-Amin ialah BM, BI, Math, Sejarah, Sains, PJ, Pen. Seni, Kajian Tempatan, Aqidah, Akhlak, Sirah, Feqah, Jawi, Tajwid, Bahasa Arab dan Al-Quran. Selain PBS, Al-Amin ada system penilaian pelajarnya sendiri iaitu Pentaksiran Konstruk Pelajar Ikram (PKPIM). PKPIM ini menilai student secara keseluruhan meliputi semua aspek pembentukan insan sebagaimana yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Islam. Skor Penilaian dari 1-5, di mana skor 5 ialah melakukan secara istiqamah dan mengajak orang lain melakukannya dan menurun hingga ke skor 1 iaitu tidak melakukan walaupun diperingat berulang kali.
 

Since sesi sekolah dari pagi sampai petang, untuk tengahari sekolah ada sediakan lunch (termasuk dalam yuran bulanan). Yang bestnya students semua makan dalam dulang, baru ikut sunnah kan. Saya suka jugak macam ni sebab Ammar ni dia sangat memilih makanan (picky eater), so bila makan dalam dulang, bila tengok kawan2 makan dia pun akan makan. Kalau makan pinggan sendiri, puas jugak la dia nak habiskan makanan. Dan lepas makan, diorang akan solat berjemaah. Lepas tu terus sambung untuk sesi petang.

Solat Jumaat hanya diwajibkan untuk pelajar tahap 2 sahaja, diorang akan berjalan ke Masjid Putra Nilai kat belakang sekolah tu. Yang tahap 1 solat zohor kat sekolah. Untuk tahap 2 juga, Unit Pembangunan Insan menganjurkan program berpuasa sunat pada hari khamis (secara berkala), so bila puasa makanan tak disediakan untuk pelajar tahap 2. Siapa yang tak berpuasa boleh bawa bekal.

Ada yang nak tau bayaran untuk masuk Sri Al-Amin? Mungkin korang boleh plan untuk hantar anak dan boleh jugak buat bajet kan.

 

Untuk yuran pendaftaran adalah sebanyak RM530 dan yuran awal tahun termasuk Januari ialah RM650. So, total RM1180 untuk permulaan masuk. Yuran bulanan pulak sebanyak RM270 dan makan RM50, so total RM320 sebulan. Buku-buku teks pula kena beli ikut senarai yang sekolah bagi, anggaran dalam RM300. Pakaian seragam, kopiah semua boleh beli kat kedai buku sekolah kecuali seluar untuk budak lelaki kan standard warna biru gelap so boleh beli kat luar. Kalau nak daftarkan anak untuk sesi tahun depan 2015, saya cadangkan dalam bulan 4 cuba tanya pihak sekolah untuk borang permohonan.
 

First day of school…bersemangat Ammar.




Suasana dalam kelas. Ammar duduk depan sekali dan tepi tingkap
 


 
Masa first day sekolah tu, kitorang tunggu jugak nak tengok Ammar macam mana. Nak make sure dia boleh adapt, nak beli kat kantin macam mana, nak pergi toilet macam mana. So, lepas makan waktu rehat tu, kitorang hantar dia kat kelas. Kitorang duduk2 kejap pastu sebelum balik tu, saya pergi jenguk kejap Ammar. Rupa-rupanya, dia tengah dok susun-susun meja bagi lurus. Hahaha!.. saya ketawa dalam kagum. Bagus Ammar, you are being so well on your first day of school!





Macam nilah suasana makan tengahari, makan dalam dulang. Kredit gambar dari FB Sek Ren SRI Al-Amin NILAI, gambar dia ambil masa hari orientasi pelajar.


Alhamdulillah. Bila dah sesi sekolah pagi sampai petang, setel masalah pasal transport tengahari nak ambil ammar balik rumah, setel pasal lunch, setel pasal transport nak hantar ke KAFA. Kira, senang cerita la ni kan. Beban saya nak mengajar bab-bab agama dan pembentukan peribadi muslim ni kiranya saya share dengan pihak sekolah sebab rasanya saya tak termampu nak buat semua sendiri dengan keadaan sekarang ni kalau kita tengok runtuhnya akhlak anak-anak dengan pelbagai kes-kes yang kita tak sedap dengar dan tengok.


 Ingatkan nak cerita pasal sekolah Adam dalam entry ni jugak, tapi entry ni pun dah panjang. So saya share kat next entry ye. Bye
 
Thank you for reading this blog!