Salam semua.
Dah saya lama tak menulis kan. Sibuk
katanya. Ada yang bertanya bila nak update blog? Rindu lettew…hehehe. Saya tau,
blog ni tak seberapa, so saya sedar diri tak ada sape yang rindu hihiii…. Untuk
entry pertama saya di tahun 2014 ini, saya nak cerita pasal sekolah anak-anak
saya Ammar dan Adam.
Tahun 2014, Ammar masuk darjah 1
manakala Adam baru 5 tahun. Di Perdana College Heights ni memang tak ada lagi
sekolah. Tapak sekolah ada la depan rumah saya ni. Entah bila nak bina sekolah
tak tahulah. Kena ikut populasi penduduk dan juga demand. Mungkin dalam 3-4
tahun lagi kot. Harap-harap la ye..
Sekolah rendah yang terdekat ialah
Sek. Keb. Batang Benar. Dekat jugak dari
rumah, dalam 2km macam tu. Saya dok fikir macam mana nanti transport pergi dan
balik pastu petang nak ke sekolah KAFA pula. Dalam pada tu, dapat tahu pula ada
Sek. Ren Sri Al Amin di Nilai. Tak boleh nak decide lagi masa tu, saya
daftarkan je Ammar kat dua-dua sekolah tu.
Nak masuk Sri Al-Amin ni ada exam
bertulis untuk student, manakala parents ada temubual dengan guru. Lulus
kedua-dua ujian ni baru diterima masuk. Awal jugak ujian kemasukan darjah 1 Sri
Al-Amin ni, kalau tak salah saya dalam bulan 7 tahun lepas kalau nak
dibandingkan dengan Sek. Keb. diorang buat hujung tahun. Ujian kemasukan ni nak
tengok tahap pencapaian penguasaan membaca dalam BM, BI, Jawi dan AlQuran dan
juga menulis. Alhamdulillah, dalam bulan 9 dah dapat surat tawaran.
Selepas dapat 2 surat tawaran
kemasukan kedua-dua sekolah, baru kitorang decide which school dan of course la
kena tanya tuan punya body jugak. Lepas berfikir semasak-masaknya, saya pun dah
buat solat istikharah, kami decide Sek. Ren. Sri Al-Amin, dan tuan punya body
yang nak sekolah tu pun pilih sekolah ni.
Kat Sri Al-Amin ni, sesi persekolahan
dari 8.30am-4.00pm. Actually, sekolah ni adalah cawangan dari Sri Al-Amin
Bangi. So, nama penuh sekolah ni Sek. Ren. Sri Al-Amin Bangi (Nilai). Tahun
2014 ni adalah tahun kedua sekolah ni beroperasi kat Nilai. Lokasi sekolah ni
kat shoplot sebelah Majlis Perbandaran Nilai. Diorang tak ada bangunan lagi, so
menyewa kat shoplot ni. Soon, diorang akan bina juga bangunan sekolah tapi saya
tak sure bila dan kat mana. Ada dengar dulu nak bina kat Bandar Enstek. Kalau
confirm, jauhla sekolah Ammar nanti. Ammar dia dah biasa dengan environment
sekolah kat shoplot sebab dulu kan dia sekolah kat Genius Aulad BTHO. Cuma,
bila sekolah kat shoplot dan baru plk beroperasi, so serba sedikit nampakla
kekurangan; tak ada padang sekolah, ada kantin tapi share dengan dewan dan juga
tempat solat/assembly tapi secara keseluruhan tetap dapat menjalankan fungsinya
sebagai sebuah sekolah.
Syllabus kat Sri Al-Amin sama je
dengan sekolah kebangsaan dan guna system penilaian PBS yang sama dari Kementerian.
Cuma ada tambahan syllabus dari Ikram- Musleh untuk subjek-subjek agama. Keseluruhan
subjek yang diajar di Al-Amin ialah BM, BI, Math, Sejarah, Sains, PJ, Pen.
Seni, Kajian Tempatan, Aqidah, Akhlak, Sirah, Feqah, Jawi, Tajwid, Bahasa Arab
dan Al-Quran. Selain PBS, Al-Amin ada system penilaian pelajarnya sendiri
iaitu Pentaksiran Konstruk Pelajar Ikram (PKPIM). PKPIM ini menilai student
secara keseluruhan meliputi semua aspek pembentukan insan sebagaimana yang
tertera dalam Falsafah Pendidikan Islam. Skor Penilaian dari 1-5, di mana skor
5 ialah melakukan secara istiqamah dan mengajak orang lain melakukannya dan
menurun hingga ke skor 1 iaitu tidak melakukan walaupun diperingat berulang
kali.
Since sesi sekolah dari pagi sampai
petang, untuk tengahari sekolah ada sediakan lunch (termasuk dalam yuran
bulanan). Yang bestnya students semua makan dalam dulang, baru ikut sunnah kan.
Saya suka jugak macam ni sebab Ammar ni dia sangat memilih makanan (picky
eater), so bila makan dalam dulang, bila tengok kawan2 makan dia pun akan
makan. Kalau makan pinggan sendiri, puas jugak la dia nak habiskan makanan. Dan
lepas makan, diorang akan solat berjemaah. Lepas tu terus sambung untuk sesi
petang.
Solat Jumaat hanya diwajibkan untuk
pelajar tahap 2 sahaja, diorang akan berjalan ke Masjid Putra Nilai kat
belakang sekolah tu. Yang tahap 1 solat zohor kat sekolah. Untuk tahap 2 juga, Unit Pembangunan Insan menganjurkan program berpuasa sunat
pada hari khamis (secara berkala), so bila puasa makanan tak disediakan untuk pelajar tahap 2. Siapa yang tak berpuasa boleh bawa
bekal.
Ada yang nak tau bayaran untuk masuk
Sri Al-Amin? Mungkin korang boleh plan untuk hantar anak dan boleh jugak buat
bajet kan.
Untuk yuran pendaftaran adalah
sebanyak RM530 dan yuran awal tahun termasuk Januari ialah RM650. So, total
RM1180 untuk permulaan masuk. Yuran bulanan pulak sebanyak RM270 dan makan
RM50, so total RM320 sebulan. Buku-buku teks pula kena beli ikut senarai yang sekolah bagi, anggaran dalam RM300. Pakaian seragam, kopiah semua boleh beli kat kedai buku sekolah kecuali seluar untuk budak lelaki kan standard warna biru gelap so boleh beli kat luar. Kalau nak daftarkan anak untuk sesi tahun depan 2015, saya cadangkan dalam bulan 4 cuba tanya pihak sekolah untuk borang permohonan.
First day of school…bersemangat Ammar.
Suasana
dalam kelas. Ammar duduk depan sekali dan tepi tingkap
Macam nilah suasana makan tengahari,
makan dalam dulang. Kredit gambar dari FB Sek Ren SRI Al-Amin NILAI, gambar dia ambil masa hari orientasi pelajar.
Alhamdulillah. Bila dah sesi sekolah pagi sampai petang, setel masalah pasal transport tengahari nak ambil ammar balik rumah, setel pasal lunch, setel pasal transport nak hantar ke KAFA. Kira, senang cerita la ni kan. Beban saya nak mengajar bab-bab agama dan pembentukan peribadi muslim ni kiranya saya share dengan pihak sekolah sebab rasanya saya tak termampu nak buat semua sendiri dengan keadaan sekarang ni kalau kita tengok runtuhnya akhlak anak-anak dengan pelbagai kes-kes yang kita tak sedap dengar dan tengok.
Ingatkan nak cerita pasal sekolah Adam dalam entry ni jugak, tapi entry ni pun dah panjang. So saya share kat next entry ye. Bye
Thank you for reading this blog!
10 comments:
Salam.nak tanya.susah ke entrance exam utk budak2 nak masuk skolah ni?temu bual ibu bapa tu dia tanya apa? Br je dpt surat nk kena g enterance exam 😊
Ws. Kalau anak boleh membaca, insya Allah boleh buat.
Mula2 ujian membaca one to one dgn guru. BM, BI, Jawi
Then ada ujian bertulis: BM, BI, BA, Jawi, math, mewarna ikut arahan.
Utk parents plk, temubual tu just nk tanya kenapa kita nk masukkan anak ke AL Amin, and diorg nk pastikan pembetukan anak2 di sek sama dgn ibu bapa cthnya solat, akhlak dsbg nya.
Jgn risau, ujian ni hanya nak tentukan kelas kalau anak berjaya masuk. Insya Allah..rasanya anak puan pun akan diterima
bahasa arab camana plak ye...sbb bila tanya anak dia buat tatau je..risau pulak.
Dia ada bljr bhs arab tak kt preschool? Tapi soalan basic je..rasanya dulu numbering shj 1-10
Salam. Macam mana dengan performance sekolah dan anak puan so far? Saya plan nak hantar anak aaya utk sesu 2015.tq
Alhamdulillah..
So far environment sekolah ok. Saya tgk semua students dpt adapt dan seronok bersekolah. Kurangla dengar komplen dr parents
Perfomance anak pun Alhamdulillah. As long as dia dpt catch up semua subjek yg cikgu2 ajar dlm kelas, hafazan ayat2 lazim, solat, akhlak nya pun ok..saya puas hati. Cuma di rumah kita as parents tak boleh lps tgn..kena take part juga.
Antara penekanan saya ialah..anak2 msti blh baca jawi..sbb soalan exam utk subjek2 agama dlm jawi. Tp utk darjah 1, bila exam guru akan bacakan soalan dan jwpn, murid boleh terus tanda. Bila naik darjah 2 nnti, murid mesti boleh baca sendiri.
Kalau nk bertanya lg..silakan. mana yg saya boleh jwp insya Allah sy cuba ye
Thank you husna for your feedback. One thing I am worried is part yg mkn dlm dulang. ..my son ni cerewet sikit. Harap harap dia boleh adapt. Tp kan...I pun ada reservation pasal ni.. about health issue. No doubt it is a sunnah...
your son pergi sekolah mcm mana ya. I kena cari transport.
tqsm puan, entry yg sgt membantu :)
Terima kasih diucapkan kepada ibu Ammar, saya baca entry ini rasa sebak bila ammar susun meja semua secara lurus...clever betul dia...by the way saya di fasa ini, doakan saya semoga anak saya dapat masuk Sekolah Al Amin juga utk sesi 2019...amin
Salam puan..boleh saya tau selalunya soalan apa yg cikgu akan tanya bile interview /exam bertulis pd student2? Sbb anak sy sebelum ni sekolah international. Pendedahan jawi tu takde. Tapi sy ada lah ajar sikit2. Harap puan dpt berkongsi sedikit sebanyak. Trima kasih
Post a Comment