Monday, 31 October 2011

Pengsan..bangun dan pengsan lagi… Moga masih bernyawa...

Sebabnya…..
-
-
-
-
-

Jatuh hati pandang pertama..
-
-
-
-











October Sale @


(klik sini)



 
help!!


 dah banyak yang SOLD OUT…. mari meroyan secara berjemaah dengan saya...whoaaahhhhhh!!!






*pang....kirikananmukalapanplohkali..*
habiskan blaja dulu bleh??? sibuk nak pakai barang mahal-mahal..



ok, back to reality.


 

Pegi tulis PhD thesis sekarang!!!!






p/s hope Mr. Husband read this. Boleh jd my wishlist untuk hadiah our wedding anniversary bulan 12 nnti…tapi kena tahan telinga dulu sebab dia akan cakap mcm ni.. ‘student mana boleh pakai barang mahal-mahal..tunggu dah keje ada gaji sendiri beli la nak berapa pun..’ uhuk uhuk..memang pedih telinga..tapi memang dah kenyataan..




Thank you for reading this blog!




Saturday, 29 October 2011

Segmen: HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru


Assalamualaikum semua..
Jom join Segmen: HASRULHASSAN.COM Mencari Blog Baru (klik untuk join dan syarat-syarat)

Adalah satu penghormatan blog ni dipromote di blog HH. Thanks a lot.

Hari ni adalah Hari Penyampaian Hadiah anak sulungnya, Hasif Amri yang dapat nombor 1. TAHNIAH!!


Thank you for reading this blog!


Friday, 28 October 2011

Senjata bila buat Molecular Research Experiments


Inilah senjata wajib bila buat research especially in molecular work, e.g working with DNA, RNA and protein.  These are what we call micropipettes. Ala, yang mcm dalam CSI tu (for those yang tak tahu). This is what I’m up to for these few weeks to finish up all my lab work, before I can sit down and start fully writing my thesis. Wish me luck ok! Semoga ALLAH permudahkan urusan saya. Ameen.

Thank you for reading this blog!


Sunday, 23 October 2011

Educational Investment + Saham Akhirat

Apakah persediaan anda untuk pre-school anak-anak anda bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4-6 tahun? So far, adakah pre-school pilihan anda tu menepati sasaran yang yang dijanjikan contohnya anak-anak ni mendapat pendidikan selari dengan peningkatan umurnya? Banyak pilihan pre-school atau kindy untuk ibu bapa memilih yang ada basic Montessori, Chinese, English and Islamic (Q-Dees, Smart Reader..just to name a few) di pasaran tapi yang mana satu yang bagus? Mungkin ada yang pening kepala fikir sebab masing -masing mahukan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah saya. Tapi saya tak ada lah sampai kindy hunting, hanya tengok2 apa yang ada di sekitar tempat tinggal di area Alam Damai dan BTHO dan memudahkan untuk pergi dan balik. As for myself, saya nak Ammar ada basic selain 3M, saya nak ada penekanan  Islamic dan English education sebagai persediaan untuk melangkah ke Tahun 1 nanti.

Salah satu pre-school yang ada berhampiran dengan rumah saya adalah Genius Aulad di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Kurikulum yang ditawarkan menarik berasaskan Islamic Fun dan sesuai untuk kanak-kanak 4-6 tahun.



Genius Aulad was established in December 2000. The founder was Puan Zaliza Alias, who was an English Language lecturer for many years, is responsible for syllabus design, and implementation of corporate and academic training courses. She heads the Creative Department and is actively involved in writing and producing creative works.

Genius Aulad is an Islamic based Child Development Centre that provides pre-school Muslim children with a quality and reputable learning environment based on the principles of Islam. Structured on an English based curriculum, children are nurtured to view and understand Islamic teaching through creative and fun filled activities.

Learning Programme:
·        Islamic Fun works
·        Math and Mind
·        Theatre Tricks
·        Reader Readiness
·        English at Ease
·        Bijak Bahasa
·        Little Qari

Setiap bulan parents akan dapat laporan kemajuan anak-anak dan kita boleh monitor bahagian mana yang anak kita lemah dan bantu dia di rumah. Untuk bulan seterusnya kita boleh tengok sama ada anak kita dah boleh atasi kelemahan tersebut atau tidak. Kelas membaca yang mereka sediakan adalah menggunakan teknik ‘one-to-one’.

For more info visit their website at http://www.geniusaulad.com.my/home/


Dari segi yuran, bila saya bandingkan dengan yuran pengajian PhD saya, yuran pre-school Ammar untuk Genius Aulad untuk setahun lebih mahal. Itu belum termasuk day care Ammar (balik dari Genius Aulad) lagi.


Ok let’s do the maths:


As for my fees ialah RM 3670 untuk 2 semester.

As for Ammar:

Genius Aulad (9-11am)- 2 semester
Yuran tahunan: RM788
Yuran bulanan: RM238

Total: Rm788+ (RM238X12 bulan)= RM3644
(Belum masuk harga uniform, buku-buku, dan transportation)

Day Care Nursery Umi (11-6.30pm)
Yuran bulanan: RM 180
(yuran termasuk makan dan fardhu ain)

Total: RM180X12 bulan= RM 2160

Grand Total untuk pendidikan dan penjagaan Ammar untuk setahun:

RM 5804.00!!


Inilah pelaburan pendidikan untuk Ammar dan jumlah ini akan double up bila Adam masuk umur 4 tahun nanti. Tapi saya tidak ralat sangat sebab pelaburan ini juga termasuk pelaburan untuk ‘saham akhirat’ dengan ilmu-ilmu agama yang bakal Ammar belajar nanti, Insya Allah.


Apa pilihan yang kita buat, buat la pilihan yang terbaik. Jika tidak tahu pre-school yang mana, mungkin kita boleh tengok bakat, kecenderungan dan minat anak-anak anda. Perkembangan kanak-kanak tak semuanya sama tapi mereka tidak boleh dibandingkan antara satu sama lain. Sebab itulah teknik pembelajaran yang berbeza-beza dan berkesan diperlukan. Sebab itu jugalah wujudnya pelbagai pusat perkembangan kanak-kanak yang menawarkan pelbagai program untuk menarik bukan sahaja ibu bapa malah kanak-kanak itu sendiri.

“Children are not to be compared to one another. Each and every child’s brain and body development has been gifted in many unique ways by Allah s.w.t, so what’s the hustle and bustle? Just take your time and have heaps of fun”-
Puan Zaliza Alias, Genius Aulad Founder.





This is Ammar’s new school. Genius Aulad Bandar Tun Hussein Onn is still under renovation. Will be fully operated January 2012.


Thank you for reading this blog!



Thursday, 20 October 2011

Coupon Mc Donald Quater Pounder with Cheese

PRINT OUT THE COUPON & REDEEM AT YOUR FAVORITE McD's RESTAURANT
(Black and white also acceptable)



Thank you for reading this blog!

Tuesday, 18 October 2011

Ammar had Comprehensive Dental Procedure under General Anaethesia!

 
Tahun ni Ammar 4 tahun, tapi masa Ammar umur 2 tahun lagi kami perasan yang gigi dia dah start rosak especially 2 gigi depan. Kakak saya kata, memang ada budak yang gigi cepat rosak macam anaknya yang sulung, dan ada yang elok je sampai gigi kekal tumbuh. Tapi, this is multifactorial jugak la kan bergantung cara penjagaan gigi.. Ammar ni, most of the time dia kat nursery..dan cikgu dia cakap dia gosok gigi sendiri..salah kami jugak tak check semua ni dulu..saya perasan yang dia ckp sakit bila gosok gigi..dan as expected memang gigi dia byk lubang dan rosak. Disebabkan saya ni ’bekerja’ di hospital (PPUKM), saya kenal dengan one of the dentist/pensyarah yang juga sama-sama buat PhD dengan saya kat institut ni. So, after check up, we agreed to put Ammar on surgery under General Anaesthesia (GA). Yela kan, budak-budak memang susah nak bukak mulut untuk check up gigi..so kenala bius penuh. As for anaesthesiologist (my husband), to put Ammar under GA adalah amat merisaukan, sebab dia lebih tahu risiko2 GA, lagipun dah biasa tengok budak yg under GA ni..kesian tau..

So, procedure yang nak dibuat ni dinamakan Comprehensive Dental Procedure under General Anaethesia dan dibuat pada 13 Oct 2011. Prosedur ini tak perlu masuk wad, pagi buat petang dah boleh balik..


Tiba di Day Care PPUKM @7.40am



Ammar tak suka pakai gelang tangan ni..tapi bila balik rumah dia tanya pulak, sib baik saya masih simpan..buat kenangan



Sementara tunggu doktor datang, ajak Ammar main Angry Bird and layan movie..nak jaga mood dia supaya ok je, tak meragam dan tak mintak makanan! Kena puasa dari malam ye..



Susah nak ajak Ammar tukar OT Attire ni..puas jugakla pujuk..masa ni dia layan movie Ultraman..nasib baik dia nak jugak sebab saya pujuk nak bawak dia pergi playground.



Posing dulu…


Saya tak masuk ke dalam OT sebab tak nak nanti pesakit lain pun nak parents diorang masuk. Kalau ikutkan boleh je, at least biarla sampai Ammar dibius. So husband saya dapat masuk dan tengok procedure tu sampai habis atas tiket dia sebagai doktor. Kalau orang awam, seorang je boleh temankan masuk sampai pesakit dibius, lepas tu kena keluar. So, saya bernasib baik husband saya masuk, at least kurang risau saya.

Masa abahnya dukung Ammar, saya sempat pesan kat Ammar:

Ammar jangan nangis ye..Ammar kan hero..kena kuat’..dan dia pun ok je saya tengok masa tu..

Tapi bila kat dalam husband saya cerita dia tak nak duduk, husband saya riba dan peluk dia barula doktor dapat bius dia, dan dia pun tidur.

So, apa jadi lepas tu..layan gambar je la ye..


Ni doktor dah bius dan intubate..tiub tu untuk salurkan oksigen



Kesian kan tengok ammar masa ni..saya dulu pernah jugak GA masa bersalinkan dia..






Masa ni dah ready untuk lakukan procedure..


Disebabkan gigi dia banyak berlubang yang tak boleh ditampal macam biasa tu, doktor pasang ’crown’ atau kita panggil gigi besi..




Akibat daripada ditolak2 dengan besi tu, keesokan harinya ada kesan luka, calar-calar kat tepi bibir Ammar dan dalam mulut penuh ulcer!



Ni la besi yang pasang kat 8 gigi molar Ammar! Nanti bila gigi susu tu tanggal, besi-besi ni pun tanggal la jugak..



dua gigi depan yang tak elok tu dicabut..


Ni post operation..dia lemah lagi..dan ubat bius masih ada lagi..overall procedure dalam 3 jam..



Mulut Ammar bengkak sket..



Ni abah pujuk Ammar makan..tapi dia tak nak..bagi aiskrim pun dia tak nak..



Sementara tunggu discharge, Ammar main dulu kat playland kat situ dan dapat kawan baru...pukul 3.00pm dah boleh balik rumah..



’Tengokla saya ada 8 gigi besi! Sape kacau saya, saya gigit!



Si kecik Adam pun sibuk nak tunjuk gigi dia..kihkihkih..menyibuk je kan..


So, sekarang ni senang bila ajak gosok gigi pagi dan malam sebelum tidur..Ammar dah serik nak buat dental operation lagi.. ni adalah pengajaran untuk Ammar dan Adam, dan pada sape2 yang ada anak yang susah nak gosok gigi..tunjuk gambar ni sure takooottt!!!!


Thank you for reading this blog!

Sunday, 16 October 2011

Happy Birthday to My Favourite Hero!!


15th Oct 2011 adalah birthday  my favourite hero and so called my other half..HUSBAND. Disebabkan dia oncall pada hari jadinya, so tak adalah celebrate ape2.. tapi saya bangun pukul 3am untuk masak rendang, nasi impit dan kuah kacang untuk dia makan bila balik esok paginya… nak buat kek, tak ada oven.. so apa yang mampu jela kan..So..

To my dearest husband..

Happy Birthday..

Welcome to the 3 series club..hehehe..

Birthday come only once a year, but a person like you brings life to hundred every single day!


Fly in the plane of ambition,
and land on the airport of success,
Luck is yours,
wish is mine
may ur future
always shine. . .
With LOTS OF LOVE

Happy BIRTHDAY TO YOU!
Dan moga bertambah iman dan amal..



This is my favourite hero..This picture was taken after Ammar had his dental operation at PPUKM 4 days ago..Luckily I have a doctor husband and he knows what’s the best for us!


Thank you for reading this blog!


Monday, 10 October 2011

PRE-LOVED ITEMS TO LET GO. COACH ON SALE!!



A good friend of mine wanted to let go her pre-loved items, and I help her to publish out here. Do check it out and contact me if you are fall in love in one of these super awesome bags.




AVAILABLE
COACH POPPY LEATHER HIGHLIGHT STRAWBERRY MILK
#16283

14'  X 13.25' X 4.25'
Bought in February 2011 for RM1250
Comes with dustbag and care card
Letting go at RM900
Bag still in good condition, with minor defect when bought it back then. Please refer next image for the defect




*defect*







SOLD
COACH SIGNATURE STRIPE TOTE
#17433
13" X 10" X 4"
WITH COACH LOGO BUTTON MEDALION
Comes with care card and dust bag
Bought in Niigata, Japan in January 2011 for
¥25,000 (RM1028)
Letting go at RM500
                             (note: Actual image) - comes with dustbag and care card





p/s you can ask if you have any question but fussy buyers will not be entertained. Thank you





Thank you for reading this blog!


Wednesday, 5 October 2011

Wordless Wednesday: Jom Tengok Pelakon-Pelakon THE THREE MUSKETEERS!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-


WhooOOpsss…..sorry bukan Three Musketeers rupenye.. hehehe….



Mode: Sangat happy rumah dah nak siap..(sambil lompat-lompat)


Thank you for reading this blog!









Monday, 3 October 2011

Blog Dr Halina: Barely Supermommy


Sejak saya buat entry mengenai Sophea Isabella, baby of Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina yang kiut miut tu (klik sini), keyword yang datang kat blog ini adalah ‘blog Dr. Halina’.




Walaupun statistic takla tinggi sangat, tapi setiap minggu malah boleh dikatakan setiap hari mesti ada keyword ‘blog dr halina’ kat blog ni.




Actually, Dr. Halina baru je came out with her own blog ‘Barely Supermommy’ (klik). Saya suka baca blog dia sbb I am also a supermom hehe, plus bila baca blog dia setiap penulisan tu rasa enjoyable. Walaupun baru 3-4 entry, tapi saya dapat merasakan menjadi seorang ibu adalah sangat membanggakan dan menyeronokkan.

Blog Dr. Halina ‘Barely Supermommy’ (klik), header gambar Sophea Isabella yang super duper cute


Kadang-kadang tersenyum bila baca sbb merasai pengalaman yang sama. So, pesanan khidmat masyarakat saya, kepada bakal-bakal ibu: welcome to the parenthood world bersedialah untuk merasai the excitement of being a mother and less sleep hehehe…and enjoy your motherhood.



Thank you for reading this blog!