Wednesday, 11 September 2013

Bila tiada gadget, apa anak-anak buat?

 
Anak-anak saya memang lasak, nama pun lelaki kan. Tambahan pula, anak-anak saya bukan anak-anak gadget yang ada ipad, PSP or any tablet yang boleh buat diorang duduk diam. Betul cakap Wardina, anak-anak yang tiada gadget ni lebih lasak berbanding yang ada ipad dan segala benda tu. Diorang ni biasanya suka explore benda-benda di sekeliling mereka. Biasa kan kita tengok sekarang kat mana-mana sahaja dengan smartphone ataupun tablet. Nak bagi anak makan, sementara tunggu makanan sampai dalam kereta, kat rumah, masa beraya hari tu mesti banyak kita lihat kan. Sampai iklan raya Maxis keluar tagline ‘Disconnected to get connected’. Kami pun pernah la jugak sekejap dalam fasa tu bila baru-baru ada smartphone, tapi cepat sedar yang benda ni tak bagus pun. Bukan bermakna gadget ni tak ada kebaikan langsung. Sekali sekala anak-anak nak main ok, kita yang control bila dan lama mana diorang boleh main. Kadang-kadang tu kesian juga, Ammar akan minta ambil dia lewat kat transit sebab dia main PSP dengan kawan dia. Ada sistem barter dengan kawan dia, dia bawak mainan ultraman ke kereta ke, so tukar dengan kawan yang bawak PSP. Dapat main sekejap pun jadila katanya.
 
Bila tak ada gadget, satu cara yang biasa saya buat ialah, ke mana sahaja pergi, mesti ada pen dan kertas dalam kereta atau pun dalam beg sebab diorang memang suka melukis dan menulis. Kami tahu yang diorang pun nak sesuatu untuk mengekspreskan perasaan diorang. Kadang-kadang anak-anak ni nak pergi mana-mana akan bawak mainan sendiri untuk main dalam kereta. Tapi end up diorang akan minta pen dan kertas juga. Dah biasa macam tu. Kalau terlupa bawak kertas, korek-korek juga kat dalam beg, jumpa kertas resit pun boleh buat diorang conteng-conteng kat bahagian belakang tu.
 
Dalam smartphone, hanya games tertentu shaja boleh download itu pun dengan kebenaran since diorang pandai download sendiri kat playstore tu kan…
 
Ni salah satu game yang diorang download sendiri. Cita-cita nak jadi doctor kan…pandai pulak download game ‘Virtual Knee Surgery’…
 
Di bawah ni adalah video anak-anak saya melukis dalam kereta, dalam perjalanan nak pergi sekolah. Saya kagum dengan bakat melukis dan bakat bercerita diorang. Sometimes, lukisan tu conteng-conteng je tapi ada cerita disebaliknya yang sangat menarik dan buat kita hargai lukisan tu. Enjoy!
 
 

Satu scene yang biasa dalam kereta…Ammar melukis sambil bercerita..
 



Ada cerita disebalik lukisan ini..
 
Ammar dan Adam melukis sambil bercerita, dan saya cuba bertanya soalan untuk mereka kembangkan lagi cerita tu..
 
 
Saya mungkin bukan calon ibu terbaik bagi orang lain, tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk anak-anak saya. Bolehlah kongsikan kat sini kalau ada gadget, apa applications yang anda benarkan untuk anak anda bermain, dan kalau tiada, apa yang anda buat? Boleh bagi idea pada saya nanti.
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

2 comments:

MissSugar D said...

Salam Kak Husna,

Lama akk tak post cerita baru kan. Kak, nak tanya soon sy nak berpindah ke Pajam, dekat mana nursery yg dekat @ bagus yer? Mcm anak2 akk akk hantar kemana yer?

Husna said...

@MissSugar D

salam,
sorry sangat2 sbb lambat reply. saya tak hantar anak saya kat nursery since saya tak keje skrg ni..lps sekolah saya terus amik diorang. Tapi kat PCH ni ada satu nursery di no. 544 jln PCH14. boleh try contact Pn Siti 0193546684 k.