Salam semua..
Dah lama tak update blog ni. Memang
ada niat nak update. Ada banyak sangat cerita tapi tak berkesempatan. Kali ni
nak cerita satu moment yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup saya.
Alhamdulillah, tahun ni saya berkonvo utk ijazah Phd dan buat julung kalinya institute
meraikan graduan dengan mengadakan Majlis Pengiktirafan Penyelia dan Pemakaian
Jubah Graduan (31 Oktober 2014). Majlis ni sehari sebelum konvo dan di buat di institute. Best
sangat sebab penyelia yang sarungkan jubah untuk kita.Rrasa nak nanges dan
terharu sangat masa tu. Dengan muzik yang syahdu, dan the whole dewan meraikan
kejayaan kita. Masa pemakain jubah tu En. Husband record video, so boleh tengok
la macam mana caranya dan agak sedikit kelakar sebab saya terkial-kial nak
button up jubah tu. Sepatutnya, tak perlu pun, just pegang dan rapatkan je
jubah hehe..orang pertama dan tak pergi rehearsal memang buat silap kikikiii….
Majlis ni formal, bermula dengan
perarakan masuk akademik. Penyarah semua pakai jubah konvo.
Saya jadi wakil graduan menyampaikan
ucapan penghargaan kepada pensyarah, staf, ahli keluarga dan rakan-rakan. Masa
saya dok praktis baca skrip tu, sebak sangat dan saya takut masa atas stage pun
saya nanges..tapi nasib baik tak la kan. Nanti terbuat drama air mata pulak kat
atas tu hehehe….
5 orang graduan UMBI 2014.
Bergambar dengan pensyarah selepas
tamat majlis.
With my backbone, my En. Husband.
Thank you very much B. Love you so much!
Dengan rakan-rakan seperjuangan.
Inilah tempat saya berjuang dulu.
Alhamdulillah dan terima kasih semua.
Thank you for reading this blog!
tahniah... syahdu tul dengan background music masa pakai jubah tu...
ReplyDeletethanks Anil..memang syahdu. Dok tengok ulang2 pun feeling nya sama je..msti berfenang air mata
ReplyDelete