Monday, 24 September 2012

Teruja dengan perkembangan Perdana College Heights, Pajam



Saya teruja kalau bercerita tentang perkembangan kemajuan di Pajam ni especially di Perdana College Heights. Ingat tak post saya sebelum ni. Sekarang ni, kerja-kerja meratakan tanah dihadapan rumah saya ni sangat rancak dijalankan. Boleh dikatakan diorang ni buat kerja 7 hari seminggu. Bunyi traktor, lori dan bulldozer memang jelas la sebab dah rumah tepi jalan. Tapak depan rumah saya ni kalau ikut plan adalah tapak pembinaan sekolah rendah seluas 8 ekar.

Disebabkan teruja, kitorang suka duduk kat balkoni ni tengok ape yang bulldozer, lori tu semua buat. Korek sebelah sana, tambak kat sebelah sini... pastu lori keluar masuk angkut tanah. Ammar n Adam ni memang dari kecik suka tengok construction site, agaknye kagum kot tengok benda besar-besar tu buat kerja. Pengaruh ‘Bob The Builder’ la ni. Ni adalah hari sabtu yang masa cuti Hari Malaysia 16 Sept 2012.




Ni keadaan sabtu lepas (seminggu selepas tu). Tanah semua dah rata. Zink yang selama ni jadi penghadang antara jalan utama dan juga jalan depan rumah ni pun dah dibuka. Cepat-cepatla diorang bina sekolah, hopefully sempatla Ammar sekolah kat sini dan satu lagi bila sekolah dah siap rumah takdelah berhabuk lagi.


Jom tengok plan besar keseluruhan Perdana College Heights ni. 




Perdana College Heights mengandungi beberapa perumahan iaitu Suria Residence, Bayan, Camellia, Rafflesia dan Ivory Villas.
Berdasarkan gambar di atas, sila tengok gambar sebenar dan description kat bawah ye.   Kita start dari bawah iaitu dari kiri shoplots dan ofis Seri Pajam Development (SPD) ke atas ok! 


 Kat tepi shop lot/Ofis Seri Pajam Development ni adalah tapak stesen minyak. Sape la yang beli n nak bukak kat sini kan.. bukak la cepat2 hehe..

Kat corner sebelah tapak stesen minyak tu adalah kolam takungan. Penting ni sebagai kawasan tadahan bila banjir.
Ini pula adalah jalan berhadapan kolam takungan tadi, dan berhadapan dengan Ivory Villas. Kat sebelah kolam takungan ni ada TNB house dan kat sebelahnya adalah tapak sekolah tadika. Tepi tadika ni adalah kawasan lapang (yang masih tidak dinyatakan pembangunan di situ) terus sampai ke tangki air PCH. Saya nak cadangkan  kat kawasan lapang tu buat dewan serbaguna boleh? Nak buat event/wedding senang kan). Tepi tangki tu adalah tapak sekolah yang saya ceritakan kat atas tadi. Jalan pun semua dah berturap balik dan dah ada bonggol. Nampak cantik dan tenang je kan sebab takde orang lagi.


Sebelah tapak sekolah ni diorang buat jalan utama untuk keluar masuk. Nampak tak flow arrow merah keluar dari jalan depan rumah saya, lalu guardhouse then ke kiri untuk lalu jalan yang akan diorang buat ni. Buat masa sekarang ni penduduk sini guna jalan di celah-celah perumahan Bayan (nampak kan perumahan kat depan tu) so in terms of safety penduduk bahaya walaupun ada guards yang berkawal. Boleh refer map yang kat atas tu (yang ada arrow warna kuning). Saya lebih suka guna jalan ni untuk ke jalan besar instead of guna jalan yang utama kat depan SPD tu sebab kena lalu banyak perumahan dan banyak bonggol. 



Actually, Perdana College Heights dan Citra Hills dipisahkan oleh LEKAS Highway.

Kita tengok sket progress kat Citra Hill ye walaupun bukan dalam kawasan Perdana College Heights dah. Tapi still under projek SPD, dan penting untuk kita ambil tahu ialah dengan membangunnye projek-projek perumahan ni, hopefully akan ada banyak peluang-peluang pekerjaan dan juga service untuk orang ramai kat area Pajam ni.




Projek pembinaan rumah kat Citra Hill pun so far still progressing. Rumah sape la tu ye.. tahun depan mesti korang dah dapat duduk. Kat Citra Hill ni nanti bahagian depan ni nanti akan ada sekolah rendah/menengah dan juga tadika juga.






Kat hujung yang nampak lapang sket tu adalah Aria Park.






Hopefully entry ni bermanfaat dan akan memberi sedikit info untuk bakal2 penduduk di PCH dan Citra Hill. Kalau tak pun, biarlah ianya menjadi catatan peribadi saya yang akan jadi kenangan bila dah tua kelak.





Thank you for reading this blog!






6 comments:

  1. Wah jalan ke rafflesia from supermarket 99 dah siap skrg ek...err btw we all akan duduk kat rafflesia tak lama lagi...all this while nak kesana kena masuk d'camellia and selalu gak la lalu umah u :)

    ReplyDelete
  2. jln semua dah diturap semula..tp diorg tutup lg yg kt speedmart tu..maybe tggu org ivory villas amik kunci..selamat pindah nnti n jd warga PCH

    ReplyDelete
  3. Wow.. Menarik. Hehehe aritu pegi tgk umah, tertanya2 gak apa plan kat kola takungan tu. sbb diorg buat pagar yg proper..ingatkan nkbuat apa.. Hehehe tp rasanya they shud build 1 tmn permainan kanak2 jugak kan. So far xnampak lg, ke ada kat mana2 yg sy tatau?

    ReplyDelete
  4. Actually ada kids playground in between rumah teres d' camellia and d' camellia extra (my house)..kecik je. Kalau nama dlm brochure kemain sedap..Linear Park kikiki... tp tak taula kalau diorg nak buat yg lain kat area Rafflesia and Ivory Vilas. Tanah kat tepi tangki air tu panjang dan luas..tak tau ape plan diorang.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Saya adalah seorang pembeli bagi projek Aria Park (Type A). Saya dapati blog Puan adalah amat bermanfaat buat saya untuk mengetahui keadaan/ status sebenar projek. Selain itu, banyak maklumat tentang 'the state of life in Pajam and its neighbourhood' yang dapat saya ketahui. Terima kasih dan 'keep on blogging'.

    p/s: Sedikit risau tentang masalah 'babysitter', 'pre-school' dan 'school'. :)

    ReplyDelete
  6. Salam.. dh ada sekolah ke ?

    ReplyDelete