Entry ni adalah rentetan daripada
kisah Ammar yang kena tumbuk tu. Dalam minggu ni asyik dok fikir-fikir je pasal
ni. Sebenarnya saya pelik jugak dengan budak-budak yang nakal ni. Ada beberapa
kejadian yang saya tak boleh maafkan yang budak-budak nakal buat kat anak saya
dan benda ni berlaku depan mata saya.
1.
Masa
Ammar 2 tahun, saya pernah bawak dia pergi alumni sekolah. Kitorang pergi
berdua je, while abahnye jaga Adam yang masa tu baby lagi. Kat sana,
masing-masing bawak anak la kan. Then suddenly, ada sorang budak ni tiba-tiba datang
belasah Ammar. Like seriously…belasah tau!! Dia tolak Ammar, Ammar jatuh..pastu
tumbuk-tumbuk.. Melalak la Ammar. Terkejut saya masa tu. Ammar masa tu tengah
main sorang-sorang. Dia tak kacau sape2 pun.. Luluh hati saya masa tu tengok
dia. Rupa-rupanya dia anak seorang us****h kat situ. Mak dia cakap, dia tak
boleh tengok budak comel-comel ni, dia geram katanya. Aduhhh..jangan la macam
tu. Ajarla anak tu bukan macam tu caranya.
2. Masa kat Genting, Ammar dan Adam
beratur nak main kat kids section. Kat belakang Ammar ada sorang budak C*** ni
dok cubit-cubit, tolak-tolak Ammar. Ammar mengelak-elak macam tu je, budak tu buat Adam pulak. Ammar
protect adik dia. Bila saya jegil mata kat budak tu dia stop kejap je, pastu
dia buat balik. Geram betul kitorg. Parents dia ada je kat situ tapi tak tegur
pun anak dia. At last hasben saya beratur sekali.
3.
Masa
kat Jusco dulu, tengah tengok pameran kereta. Kitorang dok sibuk2 belek kereta,
then datang sorang budak C jugak, pukul Ammar. Ammar lari, dia buat Adam pulak.
Yang bagusnye Ammar mesti akan protect adik dia. Bila saya datang dekat baru
budak tu blah.
Why ha??? ada budak-budak macam tu?
Kenape diorang punye ‘salam perkenalan’ macam tu? Sampai sekarang saya tak
faham. Kalau kenal or diorang ni tengah main sama2 ke, then bergaduh tu saya
faham la. Ni datang dari mana ntah…datang je nak pukul orang. Mak bapak nye tak
tengok ke anak-anak diorang macam tu?
Maaf, saya agak emosi. Bila ia
berkaitan dengan anak-anak, ibulah yang paling sensitive kan.
Mari cuba amalkan doa ini untuk
anak-anak kita, boleh untuk semua tak semestinya untuk anak nakal sahaja. Moga
dilembutkan hati, dan diterangkan hati dengan perkara-perkara yang baik dan
menjadi anak yang soleh solehah.
Thank you for reading this blog!
betul tu, sometime saya rimas budak yang mcm tu...rasa tak selamat jer anak kita....
ReplyDeletetu la kan. sy mmg tak boleh la dengan bdk2 nakal ni.. anak2 saya pun nakal jugak tapi bukan nakal yg jenis nak buat orang ni..
ReplyDelete