Wednesday, 26 September 2012

Ammar kena tumbuk dengan kawan, apa perlu buat?

 
 
 
Ammar balik sekolah hari Jumaat lepas dengan muka dia bengkak bawah mata sebelah kanan. Saya tanya dia kenape? Ammar ada gaduh kat sekolah ke? Dia cakap takde pape.

Takde pape? Hmm..for me bila dia jawab mcm tu biasanya ada ape2.

Puas pujuk dia tak nak cerita. Selalunya, kalau dia taknak cerita tu, maknanya itu salah dia atau benda tu jadi berpunca dari dia (based on pengalaman sebelum ni).

Saya pujuk lagi dengan cara berhemah dan tidak memaksa. Peluk-peluk dia, cium-cium dia and tanya lagi. Dengan Ammar ni kita tak boleh paksa dia, nak cakap ape2 pun kena slow talk then baru dia take note. Kalau cakap sambil marah2, dia buat tak tahu je. Alih2 dia cakap..mama ni, asyik marah je.

 

The next day nye, muka dia lagi teruk. Petang sabtu tu baru saya tahu the whole story lepas saya ugut2 sket hehehe. Tapi sepatah kita tanya and teka-teka baru dia angguk and cerita sket. Dia cakap kawan dia tumbuk. Saya ni tak nak la cepat melatah..tp bila anak sendiri kan jadi camtu kita mesti tersentuh. Tapi, one thing saya lega sangat yang dia ni bukan jenis yang suka mengadu. Tapi, tak bagusnya dia macam nak sorok dari kita, kalau kita tak tanya takdela dia sendiri yang datang cerita.

 

Dengan adiknye Adam, Ammar ni memang selalu mengalah dan tak balas balik kalau adik pukul dia. Antara Ammar dan Adam ni, Adam yang selalui buli abangnya Ammar. Pernah tanya, kenapa tak balas balik adik pukul, dia cakap takpelah nnti adik sakit. Aduh..baiknya abang Ammar. Ciri-ciri abang tu ada tapi saya kena betulkan dan nasihatkan yang abang kena tegur adik kalau adik buat salah. Ingat tak macam mana Rasulullah tegur Hassan dan Husin, walaupun si adik yang salah, Rasullullah terus cari abang, sebab abang patut jd contoh terbaik dan tegur kesalahan adik.

 

Berbalik pasal Ammar kena tumbuk dengan kawan dia, the real story is..berebut mainan. Ammar ada bawak mainan kat school, dan kawannya mintak. Ammar tak bagi..dalam dok berebut tu, kawan dia tertumbuk kat muka..mungkin masa kejadian tu cikgunya tak perasan plus Ammar cakap dia tak nangis, tu yang agaknya cikgu dia tak alert. Tapi kalau dah bengkak macam tu, kuat la kan dia tumbuk, dan memang purposely nak tumbuk la kan, bukannye sengaja. Boleh tak saya fikir mcm tu. Saya tanya balik, Ammar tak balas balik ke? Dia cakap tak. Saya tanya lagi, yeke Ammar tak balas? Kenape tak balas? Ammar cakap, Ammar tolak dia sikit je tapi badan dia besar. Sebab bergaduh berpunca dari dia, tu yang dia tak nak cerita kat saya. Biasanya kalau kawan-kawan ada buat dia masa main dia akan cerita.

 

Saya sebenarnye risau. Risau dan takut Ammar nanti kena buli je kalau kat school. Ammar ni fizikal dia memang agak kecil berbanding kawan-kawan dia. Kalau beratur dalam kelas, dia antara yang berdiri depan sekali. Dan dia agak soft, tak tahan lasak sangat kalau compare dengan adik dia. Macam-macam pesan kat dia, kat school nnti macam ni..macam tu..kalau kawan pukul bagitau cikgu. Bila cakap je bagitau cikgu terus dia cakap..taknak la bagitau cikgu..tak payah. Pening jugak saya dengan Ammar ni. Kalau dengan adik memang la kena bertolak ansur dan mengalah tapi dengan kawan-kawan dia patut dia kena ada pendirian yang lain.

 

Pernah terfikir nak je hantar Ammar ni pegi kelas mempertahankan diri. Bukan nak suruh dia berlawan. At least, nak bagi badan dia tahan lasak dan kuat. Kalau orang nak buat dia, dia boleh pertahan kan diri. Takdela asyik kena buli je. Tapi..ntahla, betul ke tindakan ni? Kena discuss balik and cari pros n cons.. Saya ada baca tentang Puan Lina Pengasas Islamic Parenting Network yang saya pergi kursus Mengajar Al-Quran pada Bayi dan Kanak-Kanak. Boleh baca cerita saya kat sini. Puan Lina pun ada pendapat sendiri mengenai seni mempertahankan diri ni. Mula-mula memang beliau tak benarkan anaknya Darwish yang teringin nak belajar taekwondo. Tapi Allah tunjuk sesuatu yang mengubah tanggapan buruk beliau lalu bersetuju menghantar Darwish ke kelas. Boleh baca cerita penuh kat blog beliau disini.





Menurut Puan Lina, seni mempertahankan diri adalah satu aktiviti yang mempunyai nilai tambah dalam membentuk karektor anak kita jika mereka didedahkan dari kecil.

 

Antaranya :

1.      Membina Kekuatan Dalaman

2.      Membina Kekuatan Luaran

3.      Disiplin

4.      Koordinasi Pergerakan Tubuh

5.      Fokus Pada Sasaran Lawan

6.      Menjangka Pergerakan Lawan

7.      Mempertahankan Diri

8.      Menghormati Hieraki

9.      Patuh Arahan Guru

10. Sentiasa Bersedia (always alert)

11. Tidak Leka

12. Melatih Kecekapan Refleks

13. Memupuk Kecekalan Untuk Berjaya

14. Kemahiran Bersosial Dengan Kumpulan Berlainan.

 
Buat masa ni, saya banyak bercakap dengan Ammar, pesan macam2 dan tanam dalam diri supaya dia perlu bijak handle perkara-perkara yang out of hand. Dia boleh bagitau cikgu kalau kawan pukul tapi mesti dengan cara berhemah supaya kawan-kawan tak benci dia pulak. Tak perlu berebut atau bergaduh, cakap dengan kawan elok-elok. Tapi ada jenis jugak budak-budak ni kan. Kalau yang nakal tu, akan terus rampas je dari tangan kalau nak jugak.

 

Pesanan khidmat masyarakat saya, kawal dan pantau lah anak-anak kita, kita mungkin tak perasan, ada sesetengah anak-anak ni kadang-kadang depan parents macam tikus kan. Kita as parents selalu lah bertanya apa yang diorang buat kat sekolah, berkawan macam mana, ada bergaduh ke, dengan siapa berkawan……..etc etc. Kanak-kanak sebaya Ammar dan Adam ni tak pandai nak menipu lagi, so bila kita tanya diorang akan cakap hal sebenar. So masa ni lah kita latih, didik diorang yang baik-baik. Anak-anak adalah cermin ibu bapa. Biarlah anak-anak menangis sekarang kerana dirotan, jangan kemudian hari kita yang menangis sebab kenakalan dan kedegilan mereka. Masa tu dah terlambat kita nak betulkan. Nasi dah jadi bubur..bubur hangit pulak tu.

 
 
 
 

Thank you for reading this blog!
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. Sian Ammar ...

    Memang patut dihantar ke kelas pertahanan diri ... Ammar akan lebih pandai berdikari ..
    bdk mcm Ammar pd Chenta dia bukan sorang yang mudah angkat tangan ..
    jadi jgn risau dengan sedikit kemahiran yang diberikan kpdnya

    Pasal Ammar kene tumbuk tu .. please make sure Cikgunya tau .. and lepas ni bleh bagi perhatian dalam situasi yang sm bukan pada Ammar sorang tapi pd yang lain2 lain juga ...

    Jangan lupa bw Ammar berjumpa doktor .. memang bengkak di luar nampak biasa .. tapi di dalm .. sipa yang tahu .. yer lah urat anak2 kecil ni masih lembut & effect nyer mungkin di masa akan datang bukan sekarang ...


    ^__^

    ReplyDelete
  2. Thanks Chenta..
    Insya Allah..tgkla jd ke tak nk hantar Ammar ke kelas..

    Sekarang ni dok pesan jela kat dia macam2..

    by sunday, muka dia dah ok dah..

    btw, thanks for your advice..

    ReplyDelete