Owh.. cerita pasal rumah memang tak
habis-habis kan. Kali ni nak cerita pasal autogate. Sebenarnye autogate ni satu
keperluan jugak tapi bila dah berlebih-lebih tu lebih kepada kehendak
sebenarnye .. tapi bila dah ada autogate memang senang, selain
memudahkan keluar masuk, ada ciri-ciri keselamatan juga.Boleh je tambah motor pada gate yang sedia ada, tapi nak juga yang cantik. Kehendak ni..kehendak...:)
We chose clover autogate from
Grilles.My. Memang masa mula-mula tengok memang sudah jatuh cinta pandang
pertama. Clover ni ada makna tersendiri dalam psychology of home decoration (ni reka sendiri haha!)
"The four-leaf clover is a symbol of hope,
faith, love and luck. Its appeal lies in its rarity and simplicity. Add a touch
of allure to your home today".. Grilles.My
Grilles.My is part of CS Group.
Their products designs are owned by CSA (CS Alloy Design Sdn. Bhd.). So sesape yang pernah tengok autogate CSA, material diorang ni sama ye. CSA ada banyak design cantik2..memang rambang mata tapi poket tak cukup penuh nak beli..
Kitorang beli autogate ni masa
Perfect Livin 2012. Saya pernah cerita kat entry ni dulu. Abah sibuk discuss, Ammar sibuk menulis as usual..
They claim
autogate diorang dibuat daripada besi tempa (wrought iron), aluminium dan jugak
alloy. Kalau ikut sejarah, besi yang digunakan
oleh Blacksmith, sehingga 1700, mempunyai kandungan
karbon yang sangat
rendah (0.04%) dan boleh dianggap sebagai
besi yang hampir
tulen. Ia adalah sangat
mulur dan mudah dibentuk, tetapi agak lembut,
dengan struktur bergentian
kekotoran dan hanya
boleh keras selepas
meningkatkan kandungan karbon. Grilles.My menggunakan aloi karbon besi
yang dikenali sebagai "Sweet" atau "ringan"
Keluli dengan kandungan
karbon yang lebih tinggi di antara 0.2%
dan 0.6% dan dengan
kekuatan yang unggul. Tukang besi moden akan
menggunakan kimpalan elektrik untuk gabungan lebih cepat dan lebih
dipercayai.
Untuk
meningkatkan kekerasan, penampilan terhadap logam asas dan daya tahan terhadap
karat, besi ni disadur atau electroplating dengan chromium atau dipanggil ‘Chrome
plating’. Lepas tu sadur atau galvanize dengan zink to produce a product of
coating zinc-iron alloy.
As a summary, diorang nak cakap besi diorang ni tahan karat dan kuat.
Kerja-kerja
pemasangan ni sebenarnya before kitorang pindah lagi. Yang bestnye, masa ukur 2 minggu sebelum tu yang datang ialah bos sendiri, pakai kereta Toyota Camry, pakai smart kemeja tuck in dan kasut berkilat. Kagum seminit haha! Ingatkan dia nak suruh staff dia ukur, rupanya dia sendiri yang buat. Tapi kejap je ukur tu, 5 minit dah siap. Good perception kan!
Auotage
kitorang ni jenis folding dan ada track. Ada pilihan swing gate kalau nak. Biasa
swing gate untuk gate yang luas bukaan nye kecil. Teringat masa kitorg nak beli
autogate ni. The minimum size gate yang diorang ada adalah 12 kaki panjang. Kitorang
punye la cakap gate kitorg tu size kecik je..10 kaki kot. So dia kata still
kena beli yang 12 kaki then nanti potong ikut panjang gate kitorg. Alamak,
rugila kan.. sebab bayar harga 12 kaki, tp nak pakai 10 kaki je. Balik tu
kitorang ukur sendiri..pastu dang!!! Panjang gate kitorg adalah 15 kaki
haha!..extra money lagi kena keluar adala...
Selain
autogate, kitorang beli jugak lampu tiang dan juga plate number design Clover.
Cuma pintu tong sampah je tak..
Clover yang membuatkan saya tak
sabar nak balik rumah..haha poyo.
Our doa moga the symbol of four-leaf clover: hope, faith, love and luck menyebelahi
kami Ameen.
Tips dan
pesanan khidmat masyarakat saya:
1)
Make sure autogate tu dah tertutup
sepenuhnya barulah keluar dari kereta atau gerakkan kereta kalau nak keluar
rumah lah. Sebab takut ada penceroboh menyelinap masuk tanpa kita sedari
especially bila kita balik malam kan gelap. Nanti tanpa kita sedar, dah ada orang acu pisau kat leher...Sangat bahaya..
2)
Selain berfungsi sebagai autogate, ia
boleh jugak sebagai alat penggera/alarm. Kalau nampak orang tak dikenali dan
mencurigakan, tekan je button alarm untuk menakutkan orang tu. Nak halau
salesman pun boleh hahaha.. So far tak pernah buat lagi ni..;)
3)
Kalau takut anak-anak main bukak
tutup autogate ni, ada function button lock, so takdela diorang dok tekan2
remote control tu.
Please
contact jika berminat. Sekali lagi pesan saya belilah masa exhibition, ada
diskaun sket.
GRILLES.MY
SDN BHD
1-3, Jalan 1/114,
Kuchai Business Centre,
Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
1-3, Jalan 1/114,
Kuchai Business Centre,
Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Please call at
Tel: 1800 88 3989 (Hotline) / +603 7984 5359
Fax: +603 7980 8063
Or Email at
Contactus@grilles.my
Tel: 1800 88 3989 (Hotline) / +603 7984 5359
Fax: +603 7980 8063
Or Email at
Contactus@grilles.my
Thank you for
reading this blog!
nice-looking gate! keep the posts coming. good reference utk saya. ;-)
ReplyDeletethanks michael,
ReplyDeletenice to have a loyal reader like you.
hope to see you in PCH nanti :)
sis, berapa yer kos autogate nih
ReplyDeleteTak brp ingat harga sbnr..tapi dlm anggaran rm7000++. Tapi ni discounted harga sbb beli masa promotion. Harga sbnr mgkn lbh mahal
ReplyDelete