Thursday, 10 May 2012

Langkah-langkah masuk rumah baru: Apa perlu buat?



Macam-macam perlu buat bila nak masuk rumah baru. Semua kerja-kerja ni kena lah disusun dengan teratur supaya tak mendatangkan masalah dikemudian hari. Biasa kita akan buat mana yang priority dulu iaitu keperluan then baru kehendak. Tapi kadang-kadang tu kehendak yang lebih, benda yang perlu tapi kehendak nak yang cantik la, nk mcm tu la mcm ni la..boleh lari budget. So, apa2 hal sediakan budget dahulu dan buat anggaran perbelanjaan untuk setiap item. Actually boleh start survey harga sebelum rumah siap, so baru boleh buat anggaran harga.

Kami taklah terikat sangat sampai kena tunggu siap satu benda baru boleh buat yang lain. Ada perkara yang boleh jalan serentak.

Kami pilih kontraktor yang spesifik untuk setiap tugas contohnya, kontraktor grille lain, tinted dengan org lain, wiring dan plaster ceiling orang lain. Kos akan jadi lebih murah tetapi kualiti dijamin sebab diorg ni mmg pakar dengan kerja tu je kan. Mula-mula kami cari sorang kontraktor untuk buat semua, tapi bila kita tanya pasal grille dia sibuk call sana call sini kejap cakap boleh, kejap cakap tak boleh..lepas tu dia quote harga pon jadi mahal sbb dia sub dekat org lain, dan dia mark up kat dia jugak.

Di kawasan perumahan baru, biasanya akan berkeliaran kontraktor2 cari customer, yang datang approach cakap dia provide service tu service pasang ni..so kena betul-betul pilih. Bila kami deal dengan aunty Wendy dan Uncle Ben yang pasang tinted rumah, dia perkenalkan orang yang dia kenal untuk buat wiring, cabinet, grille. Bagus org2 cina ni berniaga, saling tolong menolong. Orang kat Perdana College Heights memang kenal la dengan diorg ni sebab saya tengok ramai yang ambil diorang ni untuk buat kat rumah diorng. So, kitorang pon deal la dengan Ah Wuen pasang grille, Ah Choong buat plaster ceiling dan wiring, Ah Yap buat TV cabinet dan wardrobe dan ayah Ah Wuen buat kerja-kerja naik tembok dan tutup tingkap. Diorang ni adalah kawan masa sekolah dan pakar dalam bidang masing-masing. Bukan kami nak diorg control semua projek kat PCH ni tapi kita consider dengan kerja-kerja yang diorg dah buat dan puas hati dengan hasil kerja mereka.


Pihak pemaju minta kita pasang grille dulu, baru dia akan pasang kepala paip dan meter sebab takut hilang. Terpulanglah kepada pembeli, kalau nak diorang pasangkan jugak boleh ambil langkah dengan mengunci meter dan sebagainya. Bila meter dah pasang, kita boleh check ada paip bocor ke, tersumbat ke kan. Ada tips dari forum, kita boleh banjirkan lantai tingkat atas semalaman, dan tengok keesokan harinya ada tak kebocoran di tingkat bawah. Itu pentingnya bila dah ada air kat rumah awal2.

Tapi memandangkan kami nak pasang tinted, so tak boleh pasang grille lagi. Kalau dah pasang grille susahla nak tinted, nanti kena buka balik grille tu. Biasanya kontraktor2 ni tahu, diorang akan tanya kita dulu sebelum diorg pasang.

So, let’s check it out apa yang perlu di buat untuk masuk rumah baru.
 


1

Pasang glass tinted/window film. Memandangkan rumah kami ni corner yang mengadap matahari terbenam, memang sangat panas. So, kami pun tinted dengan Sun Gard/Glass Gard dengan 5 tahun warranty warna silver/black. Dari luar nampak mcm cermin (silver), dari dalam warna hitam. Kalau tengahari kan panas, sejuk la sikit. Kalau pasang aircond nanti takla teruk sangat aircond tu bekerja nak sejuk kan ruang. So, boleh jimat elektrik dan langsir pun tak cepat lusuh. Uncle Ben dan Aunty Wendy ni dah lebih 20 tahun buat kerja ni. Harga tinted satu rumah corner RM1600. Rumah tak banyak tingkap mesti lagi murah. Boleh contact diorang:
Ben-Cool Marketing Enterprise
Ben 019-2381 577
Wendy 019-2986 077

2
Pasang grille. Nak pasang wrought iron untuk satu rumah tak mampu, tambahan warna wrought iron (warna macam karat) tak masuk tema rumah kami. Kami nak design yang simple sebab rumah modern kan, tak nak la yang kerawang2. Design modern kebanyakan nya horizontal line je dan bunga sikit2 kat tepi. Kami minta Ah Wuen custom made grille untuk sliding door dan beberapa tingkap, yang lain2 pakai horizontal line sahaja. Harga dia charge RM4600.
Han Wuen Iron Workshop
Ah Wuen 012-636 8223


3
Pasang alarm wiring. Ada orang buat ni dulu sebelum grille, tapi sebab kami deal lambat dengan orang alarm, so lambat la sikit. Tapi takpe as long as sebelum orang plaster ceiling buat kerja. Nak pasang alarm wiring ni, diorang akan hack dinding, tapi diorang takkan tutup balik, so kita kena cari kontraktor lain. Kontraktor yang buat plaster ceiling nanti yang akan tutup balik dinding yang diorang hack tu. Reason nya, orang alarm wiring tu tak ada kepakaran nak plaster dinding, so kita serahkan pada yang pakar ye. Lagi satu reason kenapa pasang grille dulu ialah nnti org alarm system ni nk masukkan magnetic sensor kat grille tu, so bila ada vibration kalau ada orang umpil grille ni, alarm akan berbunyi.

Alarm system ni kami pilih Paradox dari Ions Technologies Sdn Bhd. Deal masa kat Homedec 2012 haritu. Ada member husband saya yang recommend Paradox ni. Ada juga survey ADT tapi lebih kurang sama je dengan Paradox tapi ada pulak monthly fees RM75. So, kami pilih Paradox jela. Kitorang ambil pakej yang paling murah (SP 5500), normal price RM1480, tapi harga exhibition RM1180. Kos pasang RM700, tambah RM60 untuk 3 magnetic, RM200 (xingat plk untk ape) dan RM250 untuk maintainance selama 2 tahun. So total adalah RM2390.

4
Buat wiring. Kita kena tentukan kat mana suis atau plug tambahan yang kita perlukan kat setiap bilik dan ruang. Macam kami banyak jugakla yang perlu ditambah, contohnya wiring kipas, lampu tambahan kat bilik, nak ubah kedudukan lampu/suis. Wiring untuk aircond pun boleh buat serentak walaupun kontraktor berbeza. Kipas dan lampu tu boleh minta diorang pasangkan sekali tapi kita kena pergi beli barang2 nya sendiri. Pening jugak la survey kipas, lampu dan aircond. Setiap kali pergi cari lampu chandelier kan kena mendongak..pastu bila dah bnyak sangat tak tau nak pilih yang mana satu..haru!

5
Buat plaster ceiling. Actually rumah ni dah siap dengan plaster ceiling dengan downlight tapi sangat simple. Alang-alang nak tambah lampu, kitorg fikir buat la sekali, tapi sikit je tambah dekat living dan dining hall. Dekat dining hall tu ada 2 beam yang tak simetri kedudukannya dan jadi tak center kalo nak letak meja makan. So, terpaksa ratakan dan rendah kan sikit ceiling tu. Kerja-kerja wiring dan plaster ceiling adalah orang yang sama.

Contact Chiew Chee Choong (Ah Choong) 012-2717195

6
Mengecat rumah. Satu rumah kena cat balik selepas diorang hack sana tebuk sini untuk pasang wiring. So, alang2 nak cat balik tu, boleh pilih terus cat yang spotless sebab kat rumah ni kan ada 2 hero kecik. Haritu masa Homedec 2012 ada pergi booth Nippon paint. So dah kenalpasti warna yang nak, lepas ni kena pergi beli kat kedai yang berhampiran jela..

7
Pasang build in cabinet. Kitorang hanya pasang build in TV cabinet dengan wardrobe kat masterbedroom je dulu..ni pon dah mahal. So, bilik budak boleh pakai almari lama dulu, nanti ada duit sket2 tambah la. Kalau yang nak budget mungkin boleh beli loose furniture, murah sket dan boleh tukar2 kedudukan bila suka. Nasib baik rumah ni dah dilengkapi dengan kitchen cabinet, hood dan hob, so jimatla sket kan. Cuma kena tambah tall unit dan cabinet untuk oven/microwave dan peti ais, tapi boleh buat kemudian. Yang ada ni pun dah cukup sekarang. Buat mana yang priority dulu.

LM Woodwork
Yap Boon Loong (Ah Yap) 013- 373 3737


8
Pasang autogate dan alarm. Perkara terakhir yang perlu buat. Kalau pasang awal2 susah nanti kontraktor nak buat keje. Bila kita nak duduk baru panggil diorang pasang. Tapi kita boleh panggil diorang awal untuk datang ukur sebab diorang pun ambil masa jugak nak siapkan. Autogate ni kitorang beli masa Perfect Living 2012 haritu..sampai 3 hari berturut-turut pergi PWTC tu then balik fikir nak beli ke tak nak. Design yang kitorg pilih ni lain la sket dari yang lain. Tapi bukan Unigate ye..Unigate sangat mahal, paling murah RM9900. Dah siap pasang nanti baru boleh tunjuk gambar ok.
9
Tukar semua kunci pintu. Semasa kita buat kerja2 dengan pihak maintaince dan juga kerja2 pemasangan, kita bagi diorang kunci sebab kita bukan ada masa boleh datang dan tunggu diorang buat kerja. Bila selesai semua, kita tukar semua kunci untuk tujuan keselamatan.

10
Pindah masuk rumah baru yeay!..
bolehla pasang langsir dulu sebelum betul2 pindah dan duduk..



Ada apa-apa yang saya tertinggal? Boleh share kat sini ok.

Thank you for reading this blog!





62 comments:

  1. wah....banyak eh pakai duit untuk umah baru.....bagus info ni....umah saya pun dah hampir nak siap....boleh lah jugak tambah2 ilmu di dada....

    ReplyDelete
  2. bila mcm2 nk buat2, mmg byk nk pakai duit..biasa apa yg di kita bajet kan mesti akan jd lebih..so, kena buat margin untuk setiap item. Atia beli rumah kat Klang kan? wah..mesti xsabar nk masuk rumah baru kan..sama mcm kitorg! tiap2 minggu msti nk pergi tgk..

    ReplyDelete
  3. eh.. bagus ni.. thanks for sharing...

    ReplyDelete
  4. eh madam..cepat nye you dtg sini..i br lps terjah your blog haha..

    ReplyDelete
  5. Wah bestnyer Husna, tahniah. Nanti boleh le akak refer bila dah jumpa rumah idaman nanti. :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah, sy dulu pun pening mencari kontraktor utk itu ini. Tp our priority ialah kontraktor islam. Grill, kabinet, alarm semua yg dr org islam. Sbb sy ni pun bisnes, maka smgt tlg org islam n melayu tu lebih. Kkdng mahal sikit tp puas hati dpt tlg org kita.

    ReplyDelete
  7. Anon,
    bagusla jumpe kontraktor islam..masalahnye kitorg tak jumpe..bukan tak mencari..yg ada keje ala kadar aje nk tolong mcm mn..bolehla rekomen kontraktor islam tu..baru namanye betul2 menolong kan?

    ReplyDelete
  8. like this entry 1000 x ,teruskan berblog pasal rumah dan tips2 yer! zura

    ReplyDelete
  9. thanks zura :)insya Allah, sket mana yg saya tau, nnti org kata show off plk kan...
    nk masuk rumah baru ke?
    kat mana tu? nnti share yours plk ok..

    ReplyDelete
  10. sapa yang tak excited pindah rumah baru esp first time beli rumah... langsung tak show off... kalau ada yg ingat show off tu weng la tu.

    it is hard to find good deal sebenarnya. lagi2 tak ada masa nak berjalan2 survery...so of course lebih senang google baca experience orang...

    ReplyDelete
  11. Thank u sgt2 for the info..

    ReplyDelete
  12. thanks zura@easy read and noor shaila for your comment..really happy sbb ia bermanfaat

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. nk tnya..plaster ceiling + wiring agak2 bapa anggaran kos dier ye?

    ReplyDelete
  15. mamaqari,
    dalam RM4000++,
    boleh refer kat entry ni ye:

    http://husnamn.blogspot.com/2012/06/home-progress-plaster-ceiling-and.html

    ReplyDelete
  16. Tadi cuba call number contractor plaster ceiling tp katanya salag number. Boleh tak tolong double checkkan. Thanks...!

    ReplyDelete
  17. @AZAN,
    saya dah update 012-2717195

    ReplyDelete
  18. bestnya blog nie...boleh saya jadikan panduan masa nak masuk rumah baru nanti...insyaallah....

    ReplyDelete
  19. like..like..like...! nak nanges tengok semua amount tu kalo esok baru nak pindahkann..anyway..e.sok nk khatamkan lagi ilmu2 pindah rumah baru ni..thanks for the very the detail info yeww :-)

    ReplyDelete
  20. wow! speechless.. terima kasih kongsi ilmu ni.. gosh!! saya baru dapat rumah, so banyak terjun sana sini tengok pendapat n tips blogger2.. seriusly zero knowledge bab2 ni. but anyway, mekasih ye :)

    ReplyDelete
  21. @mizzura and nina
    tq sudi baca blog ni..
    selamat masuk rumah ye semua

    ReplyDelete
  22. Ok thank a lot.. Memang membantu, especially dapat budget harga..

    ReplyDelete
  23. Ok thank a lot.. Memang membantu, especially dapat budget harga..

    ReplyDelete
  24. Salam..sangat membantu...saya google then jumpa blog ni...terima kasih..btw cantiknya rumah

    ReplyDelete
  25. @effasignature and idayumahadi..

    sama2..selamat masuk rumah baru..

    ReplyDelete
  26. Info yang berguna. Saya pun dalam proses nak masuk rumah baru. :)

    ReplyDelete
  27. TQ sangat2 kat Husna. banyak sgt keje kena buat bila nak masuk rumah baru kan. nurw... kita sama la. Dalam dilema, hati mau cantik tapi bajet tak berapa kemas...kena puasa dulu, buat sikit2..... TQ Husna

    ReplyDelete
  28. @Nurv and @Nurlaili Roslan
    tq datang baca blog ni. Harap dapat manfaat. Ape yg saya tahu dan dari pengalaman sendiri saya memamng suka share. Sharing is caring!

    ReplyDelete
  29. salam..sory nak promote sikit..hehe..kalau ada sesapa yang berminat nak pasang awning boleh la contact sy...014-6109880-zul..boleh kasi special price untuk melayu... ;) bukan apa..kadang2 kesian tengok prang melayu kena bodoh2 dengan kontraktor cina...lagi2 yang tak tahu apa2...diaorg mmg suka lawan harga..murah..tapi tengok besi frame yang diaorg guna..besar jari kelingking kadang2..kalau orang yang tak tahu apa2..bila benda siap rasa da lawa sangat..padahal kalau orang yg tahu bab2 ni diaorg ketawakan aje..hehe..

    ReplyDelete
  30. Tq yer. Sangat2 membantu. ;-) Banyak info yang penting2 baru teringat bile baceni.

    ReplyDelete
  31. HAI SIS cantik rumah nanti singgah blog kiter k.....new blogger

    ReplyDelete
  32. Kak Husna, thanks for the tips. Nak tanya, kedai Han Wuen tu kat mana? Di Nilai ke? Thanks.

    ReplyDelete
  33. salam,
    Thx very much for the info kak.
    Saya baru nak masuk rumah seri pajam jugak and memang call number2 kontraktor yg u recommend.Ade appointment dgn ah wuen petang ni and another one dgn ah choong petang esok.hehehe.

    ReplyDelete
  34. macam menarik je ni...
    rumah saudari dekat mana ni?
    service tu area salak tinggi ada buat tak?

    ReplyDelete
  35. prabut skrg mahal2 la. bln depan nk masuk rumah baru. ye la sbb lepas kawen kan. kesian pulak kat bini rumah kosong. nanti dah nk raya pulak. kalau bli prabut 2ndhand elok tak?

    ReplyDelete
  36. wew, mulakan kehidupan yg baru ni broo.. Perabot2, alat2, sume kena la baru jugak.. Hahaha soo beli yg baru!

    ReplyDelete
  37. aku dulu bli kat courts je brg2 prabot smua. okay je. byr je ansur2 smpai abis. lgpon diorg ada jaminan utk customer. takyah nk bimbang sgt.
    http://www.courts.com.my/promise.html

    ReplyDelete
  38. takde duit tak yah beli. ada duit baru beli. senang.

    ReplyDelete
  39. baik tak yah beli ansuran.nanti kau makin bnyk hutang. baik beli cash je.

    ReplyDelete
  40. boleh usha ni. tgk kat iklan pon dh start promosi courts utk raya. diskaun smpai 80% tu katanya. hurm.. leh la bli brg2 yg pnting dulu mcm pti sjuk ke msin basuh ke.

    ReplyDelete
  41. pening la skrg ni nak beli aircond dan tv semua sbb nak pindah rumah baru, isteri i x nak pakai benda lama.. bazir wang je. kerja dah la susah.. skrg ni kat mana ade promosi utk tv aircond semua??

    ReplyDelete
  42. @John Liew

    kalao ko nak cari aircond murah baik minggu akhir gi pesta aircond courts. byk brand yg dia org bawak tu. 16 kot aq rasa. semua pon diskaun byk2 sampai 50%. aq sudah beli hari tu, x pernah aq tgk harga cam tu hahaha. pemasangan pulak cume 1 ringgit je hahahahaha.

    ReplyDelete
  43. biar btul seringgit je harga? murah nau2.. kat mna ada jualan murah aircond ni?

    ReplyDelete
  44. @HalleyLeong

    cume aircond je? xde tv semua?? haha 16 brand tu byk haha. model2 yg dia org bawak tu mode lopek ke?? xkan semurah ni kan.. courts nak clear stock la agaknya..

    ReplyDelete
  45. @kaki skodeng

    betul seringgit je, tp pemasangan tu hari berikut la. kena register semua utk jadual pemasangan tu. yg aq gi tu kat usj 1, courts megastore subang. betul hampir semua 50% diskaun. mula2 aq pon mcm x caya la bila dgr dr member, sampai gi sana tgk sendiri hahaha.

    ReplyDelete
  46. @John Liew

    haha cume ade aircond je, kan nama dah pesta aircond haha! 16 brand tu semua pon brand besar la, cam daikin, elba semua. xde yg lopek2. lagipon satu brand aq tgk byk model yg ade kat pesta tu. bukan cam promosi yg ko tgk kat kedai luar semua hanya model yg lopek. pesta ni byk model yg hot jugak, tapi habis pon lagi cepat la. kalao nak baik gi sebelum 20th sept

    ReplyDelete
  47. @kaki skodeng

    hari tu baru i beli, lepas satu hari org pon dtg utk pasang. efficient betul budak courts ni. pasang pon ambik 1 jam je buat semua cantik2. aq tgk bil yg budak tu bagi utk sign, betul kos pemasangan RM1 je. tergelak i tp berbaloi la utk gi pesta ni. aircond beli pon murah, pemasangan pon murah dan senang.

    ReplyDelete
  48. @HalleyLeong

    wahh semua pon brand bagui, aq ingat brand yg ade kat pesta tu semua yg x femes punya haha. hahah okey jugak ade aircond murah, blh lah budget aq utk TV tinggi sikit hahaha. senang sikit nak pujuk isteri utk kasi aq beli tv yg canggih2 haha. okay la nanti aq gi, tq !

    ReplyDelete
  49. Saya nak clearkan barang2 rumah sbb nak pindah oversea. Siapa yg nak barang2 rumah elok lagi boleh bagitau, sy bagi alamat boleh dtg tgk barang.

    ReplyDelete
  50. boleh tahan kos seme...tu tahun 2012 tu...skang, 2015/2016 ni, x tau la bape dah...
    mau terbeliak bijik mata kang nih....hihihihi..

    ReplyDelete
  51. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  52. Sy pakar kje memasang plaster siling mosek paip partition dan lain2....harga boleh runding sampai jdi area k.k sabah...01131613651

    ReplyDelete
  53. Renovation specialist area k.k sabah 01131613651

    ReplyDelete
  54. Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
    if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    ReplyDelete
  55. Salam... saya baru pas reno rumah saya... area paya rumput melaka... rumah semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan... besar la gak.. banyak cermin plak tu :)
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit utk dry kitchen (agak luas), table top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring & door bell, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kualiti... dia cover area melaka seremban hingga ke kl... bley minta quotation for free n compare dgn kontraktor lain... manela tau bley save $$$ :)
    if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    ReplyDelete
  56. Saya ada menjalankan pemasangan tinted rumah US kualiti di sekitar kl dan selangor. Boleh wasap saya 019-6406282 untuk quotation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga like facebook page kami. Project Tint Malaysia

      Delete
  57. Assalam.. Blackpearl Construction.. kami menyediakan perkhidmatan renovate rumah grill pagar wiring.. harga berpatutan dan berkualiti.. in shaa Allah on time.. base di meru klang.. kwsan selangor.. blh hubngi sy whatsapp or call hafiz - 01152882023

    ReplyDelete
  58. Harga kami paling murah, jangan marah ✌️😎.
    Servis pemasangan & membekal tinted cermin rumah / pejabat / bangunan.

    Specialist For Glass Protection Film.

    Professional Production : Solar Film, Explosion-Proof Insulation Film, Safety & Security Film, Building Film.

    Team kami 36 orang cover pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.

    www.wasap.my/60182627765

    #HafizGlassTint
    (IP0464367-M)

    Facebook Official Page : https://www.facebook.com/HafizGlassTint/

    ReplyDelete
  59. Rumah saya lps plster siling baru pnggil org awning buh bumbung.lps tu bocor pula plster siling.apa yg perlu buat ye?rumh setingkat 😣

    ReplyDelete
  60. Org bgla hrga sekali br informatif

    ReplyDelete