Assalamualaikum..lama rasanya tak
menulis. Sibuk uruskan rumah baru dan juga kehidupan seharian. Nak cerita lepas
dapat kunci rumah haritu (baca SINI), apa yang telah kitorg buat. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak masuk rumah baru lepas ni. Lepas buat
defect checklist untuk setiap ruang, kitorg pun meronda la satu rumah dan tanda
setiap kecacatan yang ada: crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong,
bocor dan mcm2 lagilah. Rumah baru tak semua perfect kan.
So,
kitorg sediakan marker pen dan juga masking tape untuk tandakan setiap
defect tu, so senang la org maintainance datang buat nanti tak adalah
tercari-cari kan. Jangan lupa bawak tangga ye, senang nak capai yang area tinggi. Bila nak tanggalkan masking tape tu, cat akan terkeluar sikit,
tapi takpe sebab diorang akan cat sekali dengan tempat yang diorang betulkan
tu. Tapi yang bagusnya, ada juga yang bahagian yang kitorg terlepas pandang,
diorang buat kan jugak.
Pihak maintainance datang betulkan
defect ni ikut giliran siapa yang hantar report dulu. So, sesiapa lepas ni nak
masuk rumah cepat, kena la hantar report cepat2. Kitorang kena tunggu 2 minggu
untuk sampai giliran dan diorang amik masa jugakla nk buat. Sekarang ni yang
retak- retak semua dah repair, cuma suis rosak je tak ganti lagi. Mana-mana
yang retak tu diorang plaster dan cat balik. So far Alhamdulillah, bila hujan
lebat dah tak bocor.
Sibuk menanda defect dengan masking
tape. Sempat pulak Ammar snap gambar ni..
Contoh retak kat siling….
Tanda tiles yang lompong (hollow).
Cara nak kenalpasti lompong, ketuk tiles tu guna duit syiling, kita boleh kenal
pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat. Ketuk pada setiap kepingan tile tu, biasa tiles dipasang di dapur dan juga bilik air. Lepas diorang siap buat, test
balik guna duit syiling, kalau tak puas hati boleh komplen lagi, dan diorang
akan datang buat lagi. Ini datang waktu malam sebab haritu tak sempat habiskan. Ni pun ada kontraktor cina datang yang bgtau sebab kitorg plan nak tutup tingkap yang belakang tu. Saya pon bgtau kak Syikin jiran belakang rumah (wah dah tau nama jiran!) buat benda yang sama, dia ckp dia pun tak aware benda ni.
Untuk cek elektrik, on
kan suis utama... dan cek satu persatu suis lampu, kipas dan sebagainya. Test
Soket 3-pin guna tester paling baikla..tapi kitorg masa tu ada charger
handphone je..bolehla..
Bila meter
air dah pasang, boleh cek saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya takut
ada yang tersumbat. Sebab rumah baru, biasanya akan ada lebihan simen yang
termasuk dalam saluran tu yang boleh tersumbat. Ada pulak jiran tu toilet bowl tersumbat,
bila masukkan kamera kat saluran tu rupenye saluran tu dah kemek (flat), habis
terkeluar semua balik. Cek juga kepala paip dan kepala shower, satu kepala
shower kat bilik air kitorg patah bila nak adjust, boleh mintak diorang tukar
baru. Cek sambungannya betul, tak ada yang tercabut atau pun longgar. Buka air
kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat
tengok tangki dulu manalah tahu tangki bocor kan. Bila air dah penuh dalam
tangki, bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tak, ada paip yang bocor
sebelum air sampai ke tangki.
Bila dah siap betulkan defect ni,
baru kita boleh buat apa yang sepatutnya kita buat kat rumah ni. So, tunggu
next entry ye.. bye!
Thank you for reading this blog!
bagusnya post ni....tq for sharing
ReplyDeleteInfo yang bagus untuk share. Saya dulu tahu pun dari penyewa rumah saya tu. Skrg rumah tu dah jual. Beli rumah yang orang dah duduk pula ;)
ReplyDeletesharing is caring..seronok rasa ape yg kita tulis dapat beri manfaat pd org lain kan..
ReplyDeletelike entry ni 100,000 times! yaye nasib ada orang boleh tulis details cam ni..
ReplyDeletetapi i masih tak paham camner nak on meter kasi tangki penuh tu, tadi baca 2 kali da nanti nak ulang baca lagi haha! tak paham juga standby saya nak tanya ya! ekeke... zura
Easy Read @ Zura,
ReplyDeletetq sudi baca blog ni! haha..seronok sbb ada org suka..ingt nk menulis ni sbb nk track record je..nnti lama2 dh xingat ceritanya..
pasal meter tu, nanti bila developer dah pasang meter, on paip kat meter tu bg air naik tangki..itu je. nnti kalau buka paip dlm rumah kalau takde air, tapi meter kat luar bergerak,maknanya ada bocor la tu.. tanya je kontraktor/plumber developer tu nnti..jgn risau.
Hi, assalam.
ReplyDeleteterima kasih atas info ni. saya tak pernah terfikir langsung pasal semua ni. dulu masa mak beli rumah baru saya cuma igt diorg check crack je. tp oleh kerana saya eksaited nak masuk rumah baru, saya search macam2 info, terjumpalah blog akak.
will definitely read ur entire blog once i have time.thanks again.