Dah lama pasang impian nak ada bilik sendiri
yang cantik untuk anak-anak. Selama ni memang diorang tidur dengan kitorg. So,
dah sampai masanya kena pisahkan sebab Ammar dah 7 tahun, Adam pulak dah nak
masuk 5 tahun. Ada geng la kan nak tidur sebilik. Bila ada bajet sikit so
kitorg pun start la sket seberapa yang boleh. Mula-mula discuss warna cat untuk
feature wall dan keseluruhan bilik. Ammar suka warna biru, dan awal2 lagi dia
dah pilih langsir warna biru haritu. Boleh baca pasal langsir tu kat SINI. Bila
tunjuk Nippon paint chart tu, dia pilih Story Blue. Then, we all pun decide,
Story Blue untuk feature wall dan Sky Blue untuk dinding keseluruhan.
Untuk design feature wall, kitorang
buat stripe blue-white. Ni layout yang En, Husband lukis (note: warna biru tak
menggambarkan biru yang dikehendaki)
Mula-mulanya, plan nak cat sendiri.
Bila compare nak membeli barang2 mengecat lebih kurang sama dengan upah orang
mengecat, ok fine..upah jela. Kitorang pakai kontraktor yang sama yang cat
rumah ni masa mula-mula masuk rumah dulu iaitu Ah Ho (0139414443). Boleh baca kat SINI cerita saya cat living hall dan SINI senarai
kontraktor lain yang saya ada.
So nak tengok hasilnya….taraaaaa…
-
-
-
-
-
DONE! tak cukup nak impress awak2
semua..ok..tunggu bila dah masuk katil ok.
Masa nak beli katil pun pening jugak.
Banyak tempat jugak survey. Mula-mula berangan nak beli 2 katil single. Sebab
fikir biarlah diorang pakai sampai besar. Tak nak beli yang kartun-kartun tu. Tapi bila fikir harga
pun mahal kalau beli 2 terus. Saya memang ada experienced dengan double decker
so, yang ni memang out of list terus. Mula2 je excited nak tidur atas, nanti
bila dah mengantuk sangat memang malas nak panjat katil. Then, saya fikir
budak2 ni perlukan space untuk bermain. Lepas discuss and discuss so, we
decided beli satu katil single dengan pull out. Jimat sikit dari beli 2 katil
dan jimat banyak dari segi ruang. Hoorey! Boleh buat play zone/study dalam
bilik. Kitorang pun placed order untuk satu katil single dengan pull out, kena
la tunggu 4-5 hari jugak sebab takde ex-stock. Punya la tak sabar budak-budak
ni, hari-hari tanya bila lori datang hantar katil.
Tapi, tak sampai 4 hari pun, tokey
kedai call the next 2 days tu cakap nak hantar katil. Wah! Mamanya yang tak
sabar ok.. Kitorang saje tak bagitau kat Ammar dan Adam, konon nak buat
surprise.
Tengokla..happy sangat bila lori
datang hantar katil. Priceless tengok expression diorang ni.
Kitorang ada pergi Ikea sebab nak
cari rak nak letak dalam stor, yang ni kita story lain kali ye. Rak memang
dapat, tapi dapat jugak benda lain nak letak kat bilik budak2 ni.
Clothes Stand. Sebab cantik so terus berkenan. Harga RM79
Lamp Stand. Sebab murah terus beli.
Harga RM59. Boleh jadi lampu tidur dan lampu membaca.
Inilah hasilnya yang cukup membuatkan
budak2 ni seronok nak tidur dalam bilik baru dengan katil baru. Mama dan
abahnya bertambah-tambah la seronok, nasib baik outcome cantik dan
barang-barang yang di beli puas hati.
Malam pertama tidur di bilik sendiri
berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Walaupun mamanya yang takleh tidur,
kejap2 bangun pergi tengok anak2 haha!..
Ada banyak lagi projek deko kat bilik
ni tapi hold dulu. Nanti ada bajet kita buat lagi ok!
Thank you for reading this blog!
cantik!! sama biru macam bilik my boy!!
ReplyDeletebagusnya...senang jugak ek nak asingkan anak2....cantik bilik....biru tu menarik
ReplyDelete@Kemn Azmaili..
ReplyDeleteTQ! kita kan sama pencinta biru yang tegar..hehe
@Atia Adina
ReplyDeleteTQ! Alhamdulillah..senang diorang tido bilik sendiri. Excited bilik cantik agaknya. Tak sangka senang nak asingkan anak2. Alhamdulillah..moga diorang disiplin jaga bilik
cantik... :)
ReplyDeletesalam sis. Boleh tahu harga katil & beli dimana?
ReplyDeleteW'slm Farahida..
DeleteTak ingt dh brp harga hehe..tp estimate dlm rm600 lbh kurang la tak termasuk tilam. Ni beli kat kedai Perabot Wira kat Nilai
Nice color...suka tengok outcome dia. Good job to you and hubby ;)
ReplyDeleteThanks Naa..itu pun puas fikir hehe...
Deletecantiknya..rumah puan kat mn?
ReplyDeleteAs salam sis. dekat mana beli katil tu ya.
ReplyDelete