Ini adalah cerita pengalaman
saya menulis thesis hari tu dan mungkin boleh jadikan tips untuk sesiapa
yang sedang menulis.
1) Do it everyday. Memang hari-hari kena buat walaupun
sikit. Sebab once kita stop writing, then nak start balik..memang susah. Kalau
boleh pc or laptop tu jangan off. Biar sentiasa nampak je kat depan mata. Kalau
balik kg ke, curi-curi buat sket jadila. At least buat editing ke, betulkan
grammar ke, margin ke..do something yang tak perlu nak perah otak sangat. Ini
membantu momentum supaya still keep on moving.
2) Have a daily aim/objective. Hari ni nak siap kan
bahagian analisis ke, hari ni nak menulis at least 10 pages ke..macam tu la. By
the end of the day..mesti capai that aim ok. Jangan ngelat!
3) Minimise the distraction like facebook, email,
Instagram..now dengan Keek bagai kan... Nasib baik kat rumah takde internet dan
at that time saya takde smartphone lagi. Nasib baik sangat2! Memang melekakan
la smartphone ni. Tapi to start wring up PhD thesis needs 500% motivation tau
tak!! So shopping online dulu hahaha!
5) Buat dateline sendiri untuk siapkan thesis. Contohnya:
Saya buat dateline untuk Bab 1 habis pada sekian-sekian tarikh. Bab 2, 3 dan
seterusnya....
6) Update your reference as frequent as possible. Cari
new article regarding your work. Weekly or monthly. Percayalah..akan sentiasa
ada je update new article tau. Tapi jadi habit jugak saya ni...download je tapi
tak baca-baca hehehe..bila nak buat reference barula cari balik. Jangan tiru
yang buruk ni tau..
7) Pastikan istilah-istilah yang digunakan dalam
penulisan adalah standard penulisan yang betul. Gambarajah dan jadual mestilah
berlabel dengan baik dan dinyatakan di dalam text. Format rujukan juga mesti
berpandukan format yang betul.
8) Selalulah berhubung dengan supervisor. Saya hantar
chapter by chapter kepada supervisor saya supaya mudah dia nak semak. Bila
semua dah ok baru compile kan semua, then bagi semula pada supervisor.
9) Perkara yang terakhir sekali buat bila supervisor
dah puas hati baru buat pagination dan isi kandungan. Kalau buat awal2 nanti
nak kena edit pulak kalau ada pembetulan.
10) Then, masa yang dinanti-nantikan iaitu PRINTING!! Yeay!
Saya bawak laptop ke dapur sambil-sambil tunggu kari masak ke, air mendidih ke, masak burger untuk anak-anak ke..Saya suka macam ni sebab tak nak saya lost momentum. Kalau tengah bersemangat nak menulis tu orang lain takleh kacau sebenarmya..tapi nak buat macam ni saya ni kan isteri dan juga mak budak..Tapi ni buat editing je bahagian reference, tak pun check ejaan.
Kat sini la spot saya kalau kat library. Saya ambil gambar ni sebagai kenangan, tempat saya tulis thesis saya selama 3 bulan. PC no 16!
Tiga
bulan terakhir sebelum saya hantar thesis tu memang saya pulun habis-habisan.
Sebelum ni melepak banyak sangat. Saya buat jadual, dari pukul 8am-5pm saya ke
library dan habiskan writing yang perlukan saya guna internet, then balik rumah
lepas masak dan uruskan anak-anak dan suami makan dan segala hal kebajikan
diorang,. Lepas tu saya buka laptop dan buat kerja2 yang takyah nak perah otak pun
macam editing or review jurnal yang baru saya download ke. Bila kat rumah, ada
gangguan anak-anak. Dahla kita pun penat kan, so tak yah nak concentrate sangat
writing tu sebab dah habiskan masa siang kat library kan. Kalau saya tidur
awal, saya akan bangun awal dalam pukul 4am dan sambung menulis lagi. Tapi,
kadang-kadang jela kalau badan tak penat. Dan alang-alang bangun malam, sebelum start keje tu Alhamdulillah saya sempat solat sunat dulu.
Masa
tiga bulan terakhir ni jugak la banyak kenduri kendara la..adik nak kawen la..mak
abah datang rumah la..memang sangat mencabar. Saya curi-curi juga masa buat
segala hantaran adik saya tu..ulang alik pergi Nilai 3 (nasib baik tak sampai
10 minit dari rumah). Bila ada tetamu kat rumah kita of course la kena masak sarapan,
tengahari..malam lagi..dan segala keperluan lain.
Tapi
Alhamdulillah. Bila dah hantar rasa batu besar kat bahu ni hilang macam tu je.
Serius! Ringan sangat kepala. Sampai saya tak tahu nak buat apa masa tu bila
rasa lapang sangat. Yang bestnya, masa saya hantar thesis tu, dapat pulak
baucer buku BB1M tu, apa lagi..borong novel la hehehe.... Keesokan hari selepas sahaja hantar thesis tu dapat
reward dari En. Suami jeng jeng jeng..Samsung Galaxy Note II!
Thank
you for reading this blog!
Thank you for the inspirations. Only people who have undergone the same situation will understand the state of finishing up a PhD. I stumble a couple of times but now I am gearing up towards the finishing line. InsyaAllah. Doakan saya jugak ye. :)
ReplyDelete@Amirah..
ReplyDeleteyeah..you can do it!! I know your feeling right now. I pernah rasa sangat down dulu sampai rasa nak quit. Macam mimpi skrg ni yg I dah submitted the thesis. now waiting for viva. So all d best to you and wish me luck too!