Orang lain sibuk balik kg sehari
sebelum raya haji haritu kan, eh kitorang pun sama. Tapi kitorang balik kg
dekat je…Sg Besi hehehe. Encik husband saya masih bekerja hari khamis (sehari
sebelum raya haji tu), tapi petang tu plan nak balik rumah maknye kat Sg Besi.
So takkan dia nak balik amik kitorang kat Pajam and pergi Sg Besi sebab dia
memang dah ada kat Cheras kan. So……..inilah masanya nak perkenalkan kepada
anak-anak iaitu KOMUTER. Yeay!! balik kg naik komuter yeay!!.. Diorang ni
memang sangat excited, first time kan. Dah kecoh start dari rumah lagi.
Ini kat Stesen Komuter Batang
Benar. Dari rumah nak ke stesen ni dalam 1.5km je. Baru je tunggu tak sampai
seminit dah kecoh mana komuter tak sampai2 lagi ni.
Penat berdiri, duduk kat bangku
tepi tu.
tapi tak
sampai 5 minit pun tunggu..komuter pun sampai..yeay!! and the journey begins….
Kat dalam
coach ada seat yang kat tepi2 tu je yang kosong. Ammar duduk sebelah kanan saya. Dia cakap takpe duduk
sorang kat sini. Mula2 masuk tu diorang senyap jap sebab terkesima kot.
Then barulah
Ammar bukak mulut…
‘bestla mama
naik komuter…sejuk je..ingatkan panas.’
‘Mama..kenapa
ramai orang..diorang nak pergi mana?’
‘Kenape
tempat duduk ni banyak?’..
’Macam mana keretapi ni jalan mama..?’
dan banyak lah lagi soalan kenape..kenape..kenape..
Saya tak
bagitau pun dan tak perasan sangat yang kitorang masuk kat coach for ladies.
Bila sampai kat stesen mana ntah,ada penumpang masuk.
Ammar tanya…
‘mama, kenape dia masuk kat tempat girl? ni kan tempat girl..’ sambil
tunjuk kat lelaki tu.
I was like..hah? ‘errr.. mcm mana Ammar tahu ni tempat girl?’
‘Tu kan ada gambar girl je…untuk
girl je la kan mama..’
‘Owhhh..ya…betul untuk girl je’.
walaupun coach utk wanita saje
tapi ada gak lelaki yang masuk tapi kena halau dengan polis bantuan.
Adam pulak dengan hal dia sendiri dan tiba-tiba dia tanya..
‘Mama, sape nama dia?’
‘Siapa?’sambil tengok sekeliling..ada jugak budak2 kat situ.
‘Ala…sape nama dia? Mama kan tahu..’
Lepas puas tanya Adam, siapa yang dia tanya tu..at last dia cakap..
‘Mama..sape yang bawak keretapi ni? Sape nama dia?’
Hahahahahaa…tergelak
saya kat situ. “mana mama tau dik nama orang yang bawak keretapi ni, tapi dia
adalah driver keretapi..’
‘Owhhh..cakapla driver
keretapi..mama ni asyik tak nak cakap je..’
Hahaha….mcm2 hal kan…penat nak
layan soalan-soalan bijak diorang ni....
Yeay!! dah sampai Stesen Bandar
Tasik Selatan (BTS). Perjalanan
dari Batang Benar-BTS lebih kurang dalam 30 minit. Kalau dulu, tertunggu2 jugak
bila la nak bawak budak2 ni naik komuter..kali ni for one solid reason. Dan
diorang sangat happy!
Thank you for reading this blog!
hehehe sonok baca soklan2 anak akak ni.. :)
ReplyDeletebiasa nisah lalu aje ke depan Batang Benar ni, x penah singgah.. sesekali nak cube jgk lah naik.. nak intai jgk.. sapelah nama Driver Komuter ni hikhikhik.. Take Care kak...
hihihihi..
ReplyDeletesampai skrg dok ingat soalan sape nama driver komuter ni..dan mesti gelak..
nisah tinggal kat mana?
thanks nisah..u take care too
nisah tinggal kat Langkawi kak, tp umah adik ipar kat Beranang.. jadi bile kami ke sana, exit tol Nilai.. so lalulah dpn Pajam.. Batang Benar ni.. (^_~)
ReplyDelete