Monday, 5 November 2012

Isu Kawalan Keselamatan di Perdana College Heights (PCH)


Kepada penduduk Orchid, Bayan, Suria Residence, Camelia, Camelia Extra, Rafflesia, dan Ivory Villas.
 


Malam 21/10/12 selepas isyak ada satu perjumpaan dengan jiran-jiran di taman ni. Tak ramai yang hadir mungkin tak ramai jugak yang tahu pasal meeting ni. Isu utama ialah guard keselamatan. Seperti yang saya pernah saya ceritakan dulu, Perdana College Heights (PCH) ni terdiri daripada beberapa fasa perumahan iaitu Orchid, Bayan, Suria Residence, Camelia, Camelia Extra, Rafflesia, dan Ivory Villas. Fasa yang dah ramai orang duduk sekarang ni ialah Orchid dan Bayan dan diorang ni memang ada guard dah lama dah. Suria Residence tolak tepi jap sebab diorang ni perumahan gated and guarded. Bila penduduk sikit-sikit dah mula pindah masuk ke Camelia dan Camelia Extra, guard keselamatan juga diperlukan. Jadi isunya ialah kita semua penduduk PCH berkongsi jalan masuk utama yang sama yang selama ni guard dibayar oleh penduduk Bayan dan Orchid hanya pada waktu malam. Manakala penduduk di Camelia dan Camelia Extra ada guard keselamatan sendiri tetapi hanya bertugas pada waktu siang sahaja di pintu masuk fasa tersebut tapi still keluar/masuk guna pintu masuk utama yang sama di Bayan dan Orchid. Secara tak langsung, mendapat tempias kawalan keselamatan yang dibayar oleh Bayan dan Orchid pada waktu malam. Tempias ni juga akan turut terkena kepada penduduk yang bakal pindah ke Rafflesia dan Ivory Villas. So, bakal-bakal penduduk Rafflesia dan Ivory Villas, hopefully kita semua dapat bekerjasama dengan baik. Sekarang ni jalan-jalan masuk ke Ivory Villas ni ditutup lagi, tapi once dah buka nanti as dah ada penduduk yang pindah memang jadi masalah untuk kawalan keselamatan.

So, kata sepakat harus dicapai oleh semua penduduk di PCH untuk membayar guard keselamatan 24 jam di pintu masuk utama di Bayan dan Orchid memandangkan banyak sangat kes-kes pecah masuh rumah berlaku hingga ada yang berani meletakkan parang di leher mangsa pada waktu siang!  Pada waktu siang biasanya ada kanak-kanak, suri rumah dan warga tua yang tak berupaya kalau terjadi apa-apa. Kes pada malam so far tak pernah dengar lagi (spjng pengetahuan saya). Guard keselamatan ini dicadangkan diletak pintu berdekatan ofis Seri Pajam dan juga pintu di fasa Bayan. Tak ada jalan lain dan hanya jalan ini je untuk ke jalan besar. Dan semua orang kena lalu jalan ni so semua patut terlibat.

 
 Cadangan kawalan keselamatan di letakkan di tempat bertanda merah (saya suka bercerita guna gambar..barulah faham kan hehe)

 

Memandangkan kawalan keselamatan yang di bayar oleh penduduk Orchid dan Bayan sekarang akan tamat hujung tahun ini, jadi lebih kita semua duduk berbincang untuk kawalan keselamatan yang terbaik untuk keseluruhan taman perumahan ini. Untuk mencapai kata sepakat ni, mesyuarat malam tu mencadangkan satu SESI DIALOG di antara semua penduduk PCH pada 24 September 2012 dan masa akan diberitahu kelak. Saya amat berharap sangat dapat kerjasama semua dari semua penduduk. Sekarang ni pun memang agak susah sebab mungkin ada yang belum pindah masuk, ada yang hanya week end sahaja datang menginap, mungkin rumah disewakan kepada orang lain, mungkin ada yang tak plan nak tinggal di sini dan rumah hanya dijadikan aset,  mungkin ada yang claim rumah dah siap pasang alarm system, atau rumah dah ada anjing.  Tapi, suka untuk saya berpesan-pesan, kita kan hidup berjiran dan berkomuniti. Jangan biarkan orang lain hidup dalam ketakutan dan terancam disebabkan kita tak nak bagi kerjasama. Janganlah kita bertindak kejam sebegitu ok.

Isu-isu lain yang akan dibincangkan nanti ialah aktiviti-aktiviti kejiranan yang akan dibuat.

 

P/s: kepada semua penduduk dan bakal penduduk PCH, bolehlah masuk ke Facebook  group Perdana College Heights untuk mengetahui info-info terkini


Thank you for reading this blog! 
 
 
 

No comments:

Post a Comment