Saya pernah berjanji nak buatkan playdough untuk Ammar dan Adam tapi tak
buat-buat. Sampailah satu hari tu masa ke rumah mak ude nye kat Sungai Buaya,
diorang main kat situ dan Ammar nak bawak balik. Saya cakap tak boleh ambil
barang orang, nanti mama beli atau buatkan.
Esoknya masa ambil Ammar di nursery, soalan pertama yang keluar dari
mulut dia ‘mama dah beli tanah liat?’
Alamak..
Sampai je rumah cari-cari resepi nak buat playdough sebab ingat dulu
pernah salin dan simpan. So resepi ni saya ambil dari Mama Homeschool dan beliau pun
ambil resepi ni masa tonton Martha Stewart Show. Resepi ni sama
lebih kurang dengan resepi dekat Firstpallete tapi yang diorang tak masak atas
api.
Resipi playdough.
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream of tar-tar
pewarna makanan
Cara
membuatnya: Campurkan semua bahan (kecuali pewarna) kemudian panaskan atas api.
Kacau constantly sampai jadi seperti mash potato. Lps tu bolehlah dibahagikan
utk diletakkan pewarna. Saya pakai pewarna yang biasa saya guna untuk masak
nasi minyak hujan panas. Uli dough sampai warna jadi sekata. Dah siap.
Masa untuk
bermain..
Sangat
jimatkan, semua barang dah ada kat rumah
sama ada rajin atau malas sahaja nak membuatnya. So, selamat mencuba.
Thank you
for reading this blog!
kak, nisah baru tahu yang menda ni boleh buat sndiri, ingatkabn susah.. rupenye bahan dlm umah je kan.
ReplyDeletesuke main ni mase kecik2 dulu :)
good idea! thanks for sharing
ReplyDelete@NIsah
ReplyDeletekan...
selama ni asyik nak membeli je..
kena cari alternatif ada yang boleh buat sendiri kat rumah..
@Hanis
sama2..selamat mendeko dan masuk rumah baru :)
NAk buat laa balik nie...tak tahu pluk boleh buat sendiri...tq for sharing...Jom laa singgah rumah saya
ReplyDeletehttp://warneewarnii.blogspot.com/
@bai zura
ReplyDeleteSelamat mencuba...tq dtg singgah sini