Tuesday, 9 October 2012

Review: Induction Cooker Sangat Best!

 

Lagi beberapa bulan nak pindah rumah Pajam dulu, dapur gas kitorang rosak. Bila fikir-fikir balik tak guna beli dapur gas baru sebab kat rumah baru tu Seri Pajam dah bagi dapur gas hood and hob sekali dengan kitchen cabinet. So, En. Husband cakap kita beli dapur electric or induction jela. As usual, En. Husband saya ni kalau nak beli barang, dia mesti study dulu dengan En. Google and survey kat kedai pastu balik study lagi pros and cons, takut la kan barang yang kita beli tu tak berbaloi. Plus, kitorang takde experience pun pakai induction cooker ni. Hampir sebulan jugak la dok study dan berfikir-fikir, and end up kitorang beli yang single induction cooker brand Electrolux. Tapi bila pindah Pajam, induction cooker ni dok diam dalam kotak je as kitorang dah ada dapur gas. Bila start nak guna balik dapur gas ni mula lah kekok sket. Tapi 2 minggu lepas gas habis masa nak start memasak week end tu, saya pun bawak keluar balik induction cooker tu. And now I really appreciate this induction cooker. Nak tau kenape?

 

Tapi sebelum tu, saya nak bagitau macam mana sebenarnye induction cooker ni berfungsi. Bila kita tau how it works, then only we can appreciate the beauty of induction cooker.

Bila memasak menggunakan induction cooker ni, tenaga dialirkan terus kepada periuk menggunakan magnetic field. Kalau guna dapur gas atau conventional electric cooker, tenaga mula-mula ditukarkan kepada ‘heat’ dan baru dialirkan kepada periuk dan banyak tenaga pemanasan ini di bazirkan untuk memanaskan dapur (termasuk la kita pun rasa panas), instead of heating up the food. Tapi dengan induction cooker ni, tiada tenaga dibazirkan. Tenaga yang dialirkan tu hanya dalam lingkungan kawasan yang ada magnetic sahaja. Induction cooker ni dia ada sensor untuk detect berapa banyak material besi di kawasan magnetic tu would occupy. Kalau kita turn on sampai maximum, kita letak tangan and ada cincin kat jari tak rasa panas pun.

 

So, ape yang saya suka sangat dengan induction cooker ni:

 

1)     Saya takde la rasa dok dalam sauna masa memasak. Kalau pakai dapur gas, api tu kan boleh buat dapur panas, nak pasang kipas pun tak boleh. Boleh la tapi kena hala kipas arah lain masa memasak. Tu pun rasa bahangnye. Tapi, kalau pakai induction ni, boleh pasang kipas laju-laju.
 
 

2)     Bukan sahaja environment kat dapur tak panas, dapur tu sendiri pun tak panas. Even anak-anak saya pun boleh tolong memasak dan duduk dekat dengan dapur tu.
 
 
Buat burger sendiri..siap naik atas cabinet hahaha..
 
 

 
Periuk Supor yang saya pakai ni pemegangnye adalah besi, tapi tak panas kalau kita pegang direct macam tu. Tak payah pakai kain pun. Periuk tu kecik je kan, kat area yang tak ditutupi periuk dalam bulatan tu, kalau kita letak tangan pun takpe, tak panas langsung. Ingat saya cakap tadi, mcm mana fungsi induction cooker, dia hanya panaskan besi di dalam kawasan bermagnetic tu sahaja.
 
 

3)     Jimat masa. Masak guna induction memang sangat cepat. Sebab induction kan focus panaskan makanan je, saya rebus tulang buat sup pun 1 ½ jam dah siap sup, dulu kalau guna dapur gas 2 jam hanya untuk merebus tulang, lagi ½ jam baru siap supnya.



 4) Pemanasan makanan di dalam periuk/bekas memasak adalah seragam dan sekata sama ada kat tengah, tepi dan bahagian atas periuk mendapat tenaga yang sama. Kalau pakai api, kat bahagian tengah api je yang paling panas dan akan hangit dahulu kan. Ini jugak salah satu faktor sebab apa makanan cepat masak kalau guna induction cooker
 
 

5)     Boleh set masa, pastu tinggalkan boleh buat kerja lain. Biasa kerja-kerja merebus, contoh nasi impit ke, sup tulang ke, masak air ke, then bila siap dia akan turn off sendiri. Saya ni kadang-kadang terlupa ada periuk atas dapur, so sangat membantu la function ni.
 
 

6)     Saya pakai induction jenama Electrolux, actually kita boleh adjust kepanasan dari nombor 1-9. Dalam manual ada bgtau  untuk boiling no. 9, frying no.5 atau 6 etc etc… tapi bila kita dah biasa guna, macam dapur gas jugak, just adjust the number je..tengok pada keperluan. Electrolux yang saya beli ni takde pre-setting temperature. Lagi senang macam ni sebab kita tak pening nak pilih nak guna suhu apa. Lagi satu saya suka Electrolux ni, dia bukan soft pad yang mcm keypad handphone dulu2 tu, sebab saya cek jenama lain yang pakai soft pad, nanti soft pad tu boleh terkopek dan rosak. Yang saya pakai ni hanya pusing sahaja sama macam dapur gas punya knob.

 
Inilah induction cooker saya. Bila beli ni, dia didatangkan sekali dengan periuk. Dulu masa mula-mula pakai, masak ape semua pakai periuk nan satu ni shj, tp sekarang saya dah ada beberapa la cookware yang boleh guna dengan induction cooker ni. 
 
 

7)     Mobile, portable, ringan dan boleh bawak pg mana-mana. I love this idea sebab kalau nak buat makan-makan dan ada food yang perlu keep warm, boleh guna ni. Tak payah pakai lilin and chafing dish tu. Tak pun nak buat steamboat kat dining table pun boleh. Atau nak pergi vacation especially family gathering ke, masak sendiri jimat kan kalau dah ramai2 tu. Janji ada electric supply.

 
 
8)     Takdela kerap sangat nak menggosok periuk. Kalau guna dapur gas rasanye setiap kali lepas masak mesti periuk hitam jenuh nak menggosok. Dalam sebulan sekali pun belum tentu nak kena gosok periuk. Memang tak hitam periuk tu.
 
 

9)     Sesuai untuk adik-adik yang dok menyewa sendiri, tak yah nak fikir nak beli gas kalau gas habis. Nak masak pun sekali sekala je kan (eh yeke? hihihi jgn marah). Masak dalam bilik pun boleh..whooops! Kalau rumah sewa ada space kecik je, ok la pakai yang mobile and portable induction cooker ni.
 
 

10)     Orang kata, nanti bil elektrik tinggi. Actually NO. Bil elektrik saya lebih kurang sama je bila bandingkan masa tak pakai dan masa pakai induction cooker.

 


 

Tapi, mesti ada jugak cons nye kan…

 

1)      Hanya boleh guna periuk/kuali/pan dari material yang ada besi dan flat bottom saje. So, untuk orang yang ada cookware mahal macam glass, pyrex, mostly expensive aluminium etc etc tak bolehla pakai kat induction cooker. So lepas ni kalau korang nak beli cookware mungkin boleh consider yang boleh pakai untuk induction cooker. Bolek cek label sebelum membeli.
 
 

2)      kalau ada electric failure pun tak leh la nak masak kan. Tapi jarang electric failure lama-lama, kalau ada pun diorang akan inform kita kan. Tak pun korang tak bayar bil heheheh..
 
 

3)      tak boleh nak buat activity bakar-membakar (no char flame), cth nak bakar ikan, ayam etc. Setakat nak efek grill atas pan tu boleh la..

 

Untuk further reading pasal induction cooker ni, bolehla baca kat link ni:


 


So, as a conclusion saya suka pakai induction cooker ni. Lepas ni kena invest beli cookware yang boleh guna untuk induction cooker juga. Agak pricey tapi ada jugak yang murah, saya ada pan jenama Jusco ok je pakai untuk goreng ikan.. wink!
 
 

 

Thank you for reading this blog!

 

 

36 comments:

  1. yes...induction cooker ni memang berbaloi kalai beli dan pakai....

    memang selamat kalau nak masak sebab tak perlu risau melecur bagai..hehe...

    ReplyDelete
  2. betul tu...now anak2 saya suka tolong kat dapur, so far Alhamdulilah takde jadi perkara yang tak diingini, tapi kita still kena monitor diorang buat. Yang penting keje kita senang dan cepat guna induction ni.

    ReplyDelete
  3. Hurm....elok juga eh....saya selalu agak was2 untuk mencuba sesuatu yang baru.....

    ReplyDelete
  4. biasa kitorg akan survey n dapatkan maklumat dulu sblm beli..cr review n komen org psl produk tu.. kalau kena caranya apa salahnye mencuba kan

    ReplyDelete
  5. Tanx sbb share your own experience bout induction cooker ni...de rs nk bli n tgh google cri pro n con die la so klau jd ape2 kt dh expect kn..
    rs cm nk bli satu la..cm handy..

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya mana nak beli ni

    ReplyDelete
  7. @Aku Wani
    Beli kat Harvey Norman ritu. Kat Sen Heng and mana2 kedai elektrik ada..

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Saya selalu travel over sea. Bila asyik takde di rumah, maknanya kami selalu makan di luar. Ingat nak cari juga induction cooker mcm ni supaya boleh masak2 simple kat bilik hotel.

    Terima kasih atas info yg diberi. Kalu tak keberatan, agak2 berapa RM peralatan ini.

    ReplyDelete
  9. Harga bape ea?? Hehe.. yg trmahal d jual pd hrga bape ea n brand ape ea??

    ReplyDelete
  10. Saya beli pensonic thru senheng online.. bole dpt rm120 je... tp da setahun lps.. now baru gne sbb gas abis... huhu.. mmg cepat bila memasak...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun dah terjatuh cinta dgn induction cooker..
      i love it..sgt2 memudahkan kerja d dapur..ruang dapur x panas..nk cuci dapur tersgtlah mudah.

      Delete
  12. Tq for th info. .the same step survey dulu . .in sya allah xsbr nk beli. .

    myseriarmourezs.blogspot

    ReplyDelete
  13. bpe harga dapur ni?? tengah mencari² dapur ni

    ReplyDelete
  14. macam mne nak pilih induction cooker nie sesuai untuk kite

    ReplyDelete
  15. macam mne nak pilih induction cooker nie sesuai untuk kite

    ReplyDelete
  16. Tefal pan boleh guna atas inductn ni x?

    ReplyDelete
  17. Thanx dear. Post awak ni sgt membantu org macam sy yg baru guna induction cooker. Skrg tgh mencari cookware yg sesuai utk dapur ni. Agk mhl tp berbaloi kn.

    ReplyDelete
  18. Thanx dear. Post awak ni sgt membantu org macam sy yg baru guna induction cooker. Skrg tgh mencari cookware yg sesuai utk dapur ni. Agk mhl tp berbaloi kn.

    ReplyDelete
  19. Thanx dear. Post awak ni sgt membantu org macam sy yg baru guna induction cooker. Skrg tgh mencari cookware yg sesuai utk dapur ni. Agk mhl tp berbaloi kn.

    ReplyDelete
  20. Salam.. Sis sy nk tanye cikit mne nk riper dapur induction cooker ni ae??? Boleh bg tau x??

    ReplyDelete
  21. Salam.. Sis sy nk tanye cikit mne nk riper dapur induction cooker ni ae??? Boleh bg tau x??

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum sis...sy nak tanya...kebiasaannya harga dia berapa??

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikum sis...sy nak tanya...kebiasaannya harga dia berapa??

    ReplyDelete
  24. Tuan/Puan, boleh tak kita gunakan induction cooker untuk lembutkan sotong besar yg liat tu dan daging lembu ?

    ReplyDelete
  25. Sapa2 yg berminat guna dapur induction ni bole beli brand sugawa sbb ada 2 panel sebelah hanya bole guna induction cookware yg satu bole guna pelbg cookware mcm kita guna cookware yg nk masak kt gas cuma mcm admin ckp kena guna flat bottom cookware

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kk. Nak tanya beli kat mna brand sugawa ni

      Delete
    2. Kk. Nak tanya beli kat mna brand sugawa ni

      Delete
  26. Assalamualaikum sis.. Terima kasih share pasal induction cooker ni. Tgh pening nak buh dapur apa kat rumah baru.. Sbb jenis pangsa..

    ReplyDelete
  27. salam . boleh tk puan share kan step nk guna . dri awal sampai siap masak ? haaritu first time sy guna , habis meletup letup . try google semua dok bebel panjang tp xde pun bgtahu cara gunaa . i means dri segi suhu and so on . really nak tahuu . thank youu

    ReplyDelete
  28. Il tempo è gratis ma( van bướm ) non ha prezzo. Non puoi possederlo,( van bi ) ma puoi usarlo. Puoi usarlo, ma non puoi tenerlo.( van điện từ ) Una volta perso, non sarai( van cửa ) in grado di recuperarlo.

    ReplyDelete
  29. Salam nak tanya, masa On induction cooker ni, power elektrik sama ke macam kita pakai cerek electrik tu?tqvm

    ReplyDelete
  30. Hrga dekat rm4k. Siap smua hadiah la Tu.

    ReplyDelete
  31. Kalau meruap stay tumpah Masa memasak kat lingkungan panas tu bahaya Tak....

    ReplyDelete
  32. Bole senaraikam Tak kuali2 yg bole d gunakam utk induction cooker elba

    ReplyDelete
  33. Sama ke induction cooker yg lain cth elba (Jenama)

    ReplyDelete