Hari ni nak update deko rumah
mengenai living and dining hall. Ada yang tertunggu-tunggu tak? hehehe…mode
perasan. Kitorang buat sikit-sikit lepas pindah sini, dan ini pun tak berapa
nak complete lagi tapi so far Alhamdulillah, dah ada rupa ‘rumah’. So, bila
cerita bab deko ni, semua aspek kita kena teliti in term of colour, design, konsep,
accessories, aspek pencahayaan, pemilihan perabot dan susun atur dan satu lagi
yang penting yang biasanya orang lupa dan tak ambil kisah ialah aroma atau
bau-bauan. Kita cerita satu persatu ok. Bila dah siap plaster ceiling (klik)
dalam entry yang lepas, kerja-kerja mengecat pun bermula.
1) Warna Tema Konsep Moden Minimalis
Kitorang pilih konsep moden minimalis. Nak yang modern
dan praktikal. Kalau Nampak cantik tapi tak praktikal tolak tepi dulu. Selari
dengan konsep tersebut, kitorg pilih warna kelabu. Erk..tak cantik ek kelabu?
Kebanyakan rumah-rumah modern sekarang menggunakan warna-warna bumi macam
coklat, kelabu, hitam hijau dan putih. Untuk living hall dan juga dining, warna
feature wall atau warna utama ialah kelabu. Mengikut psikologi warna dalam hiasan rumah (klik),
KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.
BIRU, warna langit dan lautan,
terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan,
tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu
digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana
warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan,
dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru
ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan
banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga
dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan
ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang
berkesan.
Senang dicuci kalau ada kesan
kotoran. Mula-mula nak ambil Spot-less, tapi tukang cat tu kata cat tu mahal
dan upah akan jadi lebih mahal sebab kena buat banyak lapisan sebab cat jenis
ni susah nak apply sebab banyak kandungan air. Dia suggest ambil Satin Glo
sebab kitorang concern kalau anak conteng senang nak cuci dan harga murah dari
Spot-less. Dari segi functional benefits lebih kurang sama, cuma beza pada
finishing. Finishing untuk Satin Glo ialah mid sheen, kalau dinding tak rata
memang nampak la, tapi kalau finishing untuk Spot-less ialah eggshell/low sheen.
Tukang cat yang kitorang pilih ni claim dan tunjuk yang dia ada sijil
kelayakan untuk mengecat. Dia boleh dapatkan harga cat yang murah dari
supplier, sebab kitorang pernah tanya kat kedai cat and compare memang lain
harganya. Dan kerja-kerjanya memang professional. Plus dia boleh consult kita
pasal cat. Tapi..tapi…bukan consult cat je, dia boleh cakap husband saya hensem
and kawen la 2-3, beli rumah lagi so that dia boleh datang mengecat. Nasib baik
saya takde kat situ. Kalau tak nak kena apek ni..
Hanya dinding tertentu sahaja cat warna kelabu, yang lain adalah putih.
So kat mana warna biru?
2)
LIVING HALL: TV cabinet, perabot dan deko (susunan perabot dan trafik, fabric
texture, mix and match, dan aspek pencahayaan)
Bila dah selesai mengecat, barulah panggil kontraktor untuk pasang TV
cabinet. Selepas puas study and survey, husband saya lakarkan atas kertas untuk
bagi pada kontraktor tu.
Nampak tak how serious my husband? A doctor with his middle name
interior designer..try hard nak buat 3D drawing atas kertas je. Ni adalah free
time masa kitorang pegi Kuantan where all the anethesiologist in Malaysia
berkumpul for 3 days conference (dalam bilik hotel yang semak, tggu masa nak
check out).
Taraaaaaaa…inilah lukisannye, sila simpan ketawa anda kalau tak nak kena
marah dgn husband saya hehehe… Ada banyak drawing husband saya buat termasuk
plaster ceiling dan gambaran keseluruhan ruang beserta ukuran yang tepat. Ukuran
penting sebab senang kontraktor nak buat nanti. Bukan senang tau nak melukis untuk
orang yang tak pandai melukis macam kitorang ni.. Kalau tak lukis, tak pandai
pulak nak cerita kat kontraktor tu macam mana. Bila bagi kat kontraktor,
diorang pun kagum. Kitorang kan nak jimat dan takde duit pun nak hire ID.
Berangan dan bermimpi jela nak hire Muhsin (MAG Builders) kihkihkih…
So, inilah gambaran sebenar lukisan tu di alam nyata.. amacam? Sama tak?
Ready nak tengok bila dah siap deko?
-
-
-
-
-
-
-
-
Alhamdulillah..it turn out to a very nice combination of colours,
perabot and deco. Part deko je yang ada sentuhan warna biru. Dah terjawab kan
persoalan kat atas tadi hehehe… Sofa 3 seater tu je yang beli baru, yang lain-lain
dari rumah lama. Kami guna konsep mix
and match. Sengaja tak beli sofa 3+2+1 sebab tak nak nampak sempit. Kedudukan
sofa dan kerusi dekat-dekat untuk mencipta ruang
yang mesra so kalau tetamu duduk takdelah rasa terasing. Susunan ni jugak
mengambil kira laluan trafik supaya
tak ganggu dan tak rasa sempit untuk keluar masuk ruang tamu. Tambahan pulak kitorang
kan ada hero-hero kecik kat rumah ni. Kenalah mesra dan praktikal.
Kitorang pelbagaikan fabric
texture untuk kemasan lembut contohnya ada texture baldu dan sutera kat
bantal sofa dan fabric baldu kat langsir. Untuk sofa ni saya tak ingat nama
fabric ni, nanti saya update once saya dapat ok.
Corak fabric 3 seater sofa adalah line (vertical and horizontal),
kitorang samakan dengan konsep line kat tv cabinet (mungkin tak nampak sangat
dalam gambar). Kerusi fabric hitam yang single tu tu, kusyen tempat duduknya
ialah fabric jenis sama tapi bercorak, supaya sama dengan langsir
yang ada corak tu. Tujuannya ialah supaya ada ‘communication’ di antara barang-barang ni, takdela nampak
caca-marba sangat kan kalau too many colours or corak.
Living hall ni boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi melalui
aplikasi pencahayaan bersesuaian. Aspek
pencahayaan ni kita dah kena tentukan awal-awal lagi masa plaster ceiling dan
wiring dibuat. Pencahayaan putih (day light) misalnya untuk urusan-urusan rasmi
atau teknikal contoh bila tetamu datang, manakala untuk mood santai pula boleh guna
pencahayaan kuning (warm light). Biasanya untuk menonton, kitorang hanya pasang
2 lampu LED downlight yang yang tembak dinding tv cabinet tu je (refer gambar
ye). Memang sangat cozy dan selesa untuk menonton. Ni disebabkan saya nak ambil
gambar, saya on semua lampu sebab nak terang dan jelas, kalau tak, kitorg bukak
certain lampu shj.
Hiasan-hiasan kat atas cabinet juga adalah minima, senang nak kemas, less maintainance dan so far nak-anak
saya tak kacau sebab memang dah dilatih untuk tidak mengusik barang-barang
kepunyaan mama dan abahnya. Good boys!
Carpet pulak warna hitam jenis magnum shaggy, sangat lembut dipijak dan
juga untuk tidur! Yes, betul..untuk tidur. Husband saya pernah tidur overnight
hanya atas carpet ni sebab keletihan dan selesa..tu yang tak bangun-bangun bila
orang kejutkan.
Drawer kat tv cabinet tu memang direka tak centre macam tu. Ruang yang
kosong tepi drawer tu nanti kononnya nak letak subwoofer untuk home theatre.
Dua drawer kiri dan kanan je boleh simpan barang, yang tengah-tengah ialah
untuk kita access plug points.
Panel tv cabinet tu pulak direka berselang seli dengan cermin untuk efek ruang nampak luas. Warna tema ialah putih dan kelabu.
Ada bahagian dinding yang kosong kat sebelah kiri dan kanan cabinet tu
kan. Yang tu hold dulu sebab ada something nak buat but due to kekangan wang
dan juga puas mencari benda yang kitorang nak tu tak dapat-dapat lagi, so
biarlah kosong macam tu dulu. Tak rushing pun…
Kalau Ammar pakai baju biru jugak mesti nampak dia macam hiasan kat atas
sofa tu hihihihi… Day curtain memang kitorang tak pasang. Reason sebab sliding
door tu dah tinted, kalau waktu siang memang orang luar tak nampak bahagian
dalam, bila waktu malam kena rapatkan langsir tu sebab orang kat luar still
boleh nampak bayang unless swicth on lampu kat luar so ia ada reflection. Satu
lagi reason nak jimat bajet langsir masa tu. Tapi nampak tak cantik pulak kan
takde day curtain. Tengokla nanti ada bajet tambah. Yang ni pun tak urgent so
boleh hold dulu. Boleh check my previous entry pasal curtain kat sini (klik).
Coffee table ni saya suka sangat. Ringan nak alih sana sini dan
praktikal. Dulu kitorang pernah ada coffee table yang cantik combination kayu
dan kaca tapi berat sangat, nak alih sorang-sorang memang tak boleh la. So,
insaf tak nak dah beli yang macam tu, nak kena maintain satu hal pulak.
Kids pun suka buat keje kat sini sebab selesa. Tapi dalam minggu ni
kitorang dah beli meja dan buat satu seksyen khas untuk diorang. Diorang dah
tak boleh guna meja ni. Nanti saya update pasal kids section tu ye.
3)
DINING HALL: Perabot dan deko
Dining hall ni hanya bersebelahan dengan living hall sahaja. Kitorang sengaja tak
letak pembahagi supaya rumah nampak luas dan praktikal. Saya kerap guna
perkataan praktikal sebab kita yang duduk of course kita nak ia berguna dan
selesa untuk kita kan, bukan nak nampak cantik sahaja sebab nak tayang kat
orang. Warna utama masih warna kelabu supaya tak lari sangat dari warna kat
living hall sebab ia berkongsi plan lantai yang sama. Cuma untuk deko saya
gunakan warna hijau untuk membezakan
ruang.
Set meja makan ni pun dari rumah lama. Cuma 2 kerusi putih tu kitorang
beli baru sebab dua kerusi utama (arm chair) kat meja ni kitorang letak kat
living hall (refer gambar kat atas).
Panjang cerita pasal meja makan ni. Kerusi dan meja ni pun mix and match
jugak bukan dijual satu set macam ni. Masa nak beli dulu, kitorang dah set nak
cari set meja makan yang praktikal untuk rumah kitorg masa tu apartment, agak
sempit sikit. The idea is, cari kerusi yang boleh pusing-pusing, so that bila
orang nak duduk atau bangun tak payah tarik or tolak kerusi tu, just pusing ke kiri
kanan je. Puas mencari pusing satu KL kan, last2 jumpe jugak tapi kerusi ni sebenarnya
digunakan dengan side table. Kitorang beli 2 yang ada arm dan another 4 yang tak
de arm tapi kesemuanya boleh pusing 360° dan match kan
dengan meja makan. Sape2 yang duduk kat kerusi ni memang suka la pusing kiri
kanan. Teringat kawan saya datang masa
open house dulu dia cakap eh bestla kerusi ni..hehehe….
Bila dah kat rumah baru ni, kitorang kembalikan fungsi sebenar arm chair
yang pusing-pusing tu letak kat living hall dan gantikan 2 kerusi putih kat
meja makan. Kenape putih? Sebab taknak la rasa bosan sangat kalau sama je kaler
nye. Macam tu lah ceritanye..complicated
kan hahaha… kitorang memang suka menyusahkan diri sendiri cari itu ini..asalkan
puas hati.
Dinding pun kosong lagi. Kitorang ada plan nak buat something tapi hold
dulu. Oh duit..
4)
AROMA DALAM RUMAH
Last sekali bila cerita bab deko ini ialah bab yang selalu orang pandang
remeh iaitu aspek bau-bauan. Bauan yang wangi dan segar mencipta mood yang
mengalu-alukan kedatangan tetamu. Biasanya orang nyalakan lilin aroma terapi,
bakar minyak yang dititik dalam air menggunakan bekas khas ataupun celup kayu
yang yang boleh serap wangian dalam bentuk cecair. Kan saya cakap saya nak
something yang praktikal. Again, praktikal ok. Masa rumah lama dulu dah pernah
pakai Ambi Pur dan Airwick yang kita boleh set untuk semburan tapi kerap rosak
walaupun dah tukar bateri. Kali ni kitorang terpaksa pakai Ambi Pur jugak yang
ada semburan wangian berjadual dan dual function, odour eliminator (fresh
breeze) dan juga refreshing lily. Sangat wangi dan fresh. Suka! Tengokla berapa
lama tahan benda tu.
Sebenarnya kitorang suka bauan natural macam dalam hutan, kayu or
bamboo. Tapi yang ada di pasaran macam stick kayu dip dalam wangian cecair tu
macam tak cukup untuk ruang tamu dan ruang makan dan ia mungkin lebih sesuai dalam
bilik ber aircond. Mungkin boleh tapi kena pakai lebih dari 1. Boleh cuba nanti
tapi agak pricey.
Itu jelah yang nak saya kongsikan bersama. Secara keseluruhan, ruang
tamu dan ruang makan dengan konsep modern minimalis, menghadirkan ruang yang
saling berkait, praktikal, mesra, less maintenance dan yang paling penting
sesuai dengan bajet. Kalau boleh, setiap benda yang kita buat dan setiap benda
yang kita letak di rumah kita biarlah ada alasan/reason supaya ada connection
antara satu sama lain, bukan sekadar ia diletakkan kat situ. Setiap orang
mempunyai falsafah yang berbeza dalam dekorasi. Dan kami telah merealisasikan interpretasi
falsafah rekaan yang terbaik buat masa ini untuk kediaman kami.
Thank you for reading this blog!
I love it that you have the "being practical" in your concept. Macam i juga... taklah rumah kaku. The best is when you mix and match the dining table. Some people might berkerut sket kenapa la nak mix match jadik cacat. but in my eyes, it is oh so sweet. To me it shows that the owner "could not be bothered to conform with the norms" kan? haha! love it.
ReplyDeleteand thank you for sharing the painting process. I love the grey color on the wall in contrast with the middle area. And the langsir tu, i would have not be able to combine 2 types of design.... pandai you all pilih....I wonder will I ever be that wise later on my curtain choice. ngeee!
I pun dah publish my blog for public. check it out if you have free time. http://hanisprojects.blogspot.com... I put your blog as one of my fav. Thanks for the tips and inspiration.
Thanks Hanis for your lovely comments. I love it. Actually takut nak publish ni, one thing takut org fikir i syok sendiri, second thing takut the fact that benda yang i buat ni takla cantik mana pun, but we did it within our budget.
ReplyDeletedo visit my entry on the curtain for your curtain consideration
http://www.husnamn.blogspot.com/2012/07/langsir-jakel-dan-blind-baagus-tidak.html
will visit your blog soon.
thanks hanis
Only people with low self esteem and narrow minded would think thatlah. It is a learning process kannnn....
ReplyDeleteOh I have been following your blog ever since that curtain post so I have read that long time ago! :P
hi kak husna..been following ur blog silently..hehe.. nice house! suka combination colour grey+blue tu.. something diff! :)
ReplyDelete@Hanis
ReplyDeletethank you for your support.
tunggu u update deco kat Ivory Villas. Rumah besar sure lagi pening kan. Kitorg dulu stress sgt, sbb bajet ciput nak buat cantik2...so lebih kpd stress xde duit la hehe..belum masa lagi nak buat loan utk projek reno
@AniesF
thank you
sudi2 la baca blog ni lagi.
p/s Anies lama tak update blog kan?
ha ah..lama sgt2 kak..haha. skang ni lg syok bw and jd silent reader je :)
ReplyDeletecantik nyer rumah.. ohh yer..hehe umah awk dah blh pasang internet ke... rumah kami..belah blkg 2 jer
ReplyDeleteHi..stumbled upon ur blog..love the langsir. Can i adopt ur idea to my house?
ReplyDeleteHi..slalu buka blog buka akak.suke tgk akak mengomel kat blog n tambah semangat nak berblog.tp saya ada perasan cartoon kat bwh yg cute tu.mcmna nak copy masuk kat blog kita selepas dah di edit di widdly tinks.Thanks ye
ReplyDeleteLg satu, kat mana u beli coffee table tu? Sgt cantik!
ReplyDeletecantik sgt...lagi2 bila tukar kerusi mkn putih tu...esok nk g tgk defect...pening mikir design tp prefer yg konsep minimalis ponn ;-)
ReplyDelete@Mawar putih
ReplyDeletehi jiran..rumah no brp hehe
@Nor Zill..
ReplyDeleteHi, welcome to my blog!
Sure can...langsir tu bukan patented nama saya pun. :)
@Dayang Cristina
ReplyDeletetq baca blog ni.
lepas dah edit dlm widdly tinks, pegi kat blog>layout>add a gadget> HTML/JavaScript. copy n paste code yang dia bgi kat configure HTML/JavaScript. Good Luck!
@Nor Zill.
ReplyDeletecoffee table tu beli kat IKEA
Hi Husna,
ReplyDeleteBoleh share no tukang cat tak? Sy & isteri slalu baca blog Husna ni. Hehe
Sorry lambat reply
ReplyDeleteAh Ho Tukang Cat: 0139414443
assalamualaikum
ReplyDeletesaya nak tanya wall features tempat letak tv tu kan..tempah dengan siapa? sgt2 cantik dan mcm yang saya impikan!!
zaliana,
ReplyDeleteyg tu custom made, kitorg lukis bg pada tukang. Dia ni buat kabinet and wardrobe. Contact Ah Yap 0133733737
Salam Kak.
ReplyDeleteAh Yap ni buat kitchen kabinet gak ek? Mcm kabinet tv tu berapa dia charge?
Dia buat kitchen cabinet jgk. Yg tv cabinet tu dia charge rm3k++
Deletesalam nak tanya
ReplyDeleteyg tulis home tu beli kat mana eh
Beli kat Viva Homes Cheras
DeleteSalam.. akak, nk tnya cost utk hiasan dalaman? cth dpur dgn ruang tamu tu
ReplyDelete@Kue
ReplyDeleteRuang tamu tu cost cat, langsir dan pasang tv cabinet shj. TV cabinet tu dalam rm3000 lebih. Dapur (kitchen cabinet) kitorg tak buat, memang dah ada masa beli rumah ni. some of the other costing saya ada cerita kat entry ni
http://husnamn.blogspot.com/2012/05/langkah-langkah-masuk-rumah-baru-apa.html
nak cerita detail sangat pun malu la hehehe..
salam..best tgk deco2 ni..ngintai2 idea..umah br tgh extend n reno..jom follow http://qiesha8587.blogspot.com
ReplyDeleteSalam Shafinaz,
DeleteTq datang singgah baca blog ni..nnti kita follow blog awak ye
saya suka warna putih kat dinding dan siling tu..boleh tak bagitau jenama apa dan nama apa jenis cat tu..tq
ReplyDeletecat nippon briliant white tu kat dinding ke siling?atau dua-dua?..tq
ReplyDeletesori ganggu...satu lagi nak tanya,brilliant white tu pakai yang jenis satin glo jugak ker?tq
ReplyDeleteHye sis.. Saya berkenan sgt rak tv sis tu.. Harga berapa ye mcmtu? Klu sy nak mcmtu, blh dpt kat mane ye? Guide me plz.. Tq sis☺
ReplyDeleteHi sis, sorry late reply.
DeleteBoleh tunjuk pada mana2 contractor cabinet minta dia custom made mcm yg kita nak. Harga dulu dlm range rm3000