Pepatah mengatakan..kalau nak
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ini pun umpama rebung, masa
kecik ni la kita nak didik yang baik-baik kan. Bila ada masa di rumah, saya
memang galakkan mereka membuat buku kerja/buku aktiviti yang saya dan abahnya
beli, tambahan Ammar memang tak ada homework. Tahun lepas saya ada buat
entry mcm ni juga pasal Kuah Tumpah ke Nasi (klik). Alhamdulillah, hampir setahun berlalu, saya suka
dengan perkembangan Ammar dan Adam. Mereka suka dengan buku, mereka bawak dan
buat aktiviti dalam buku tu kat mana sahaja yang diorang nak atas kemahuan sendiri dan tanpa disuruh. Tak percaya? Layan
gambar aje lorr..
Ni kacau mama tulis thesis, habis
buku log saya jadi bahan…hmmmmm. Dahla dua-dua orang nak duduk atas riba mama. Layankan aje dulu. Adam tu memang menconteng, tapi Ammar memang betul-betul menulis numbering yang keluar kat hasil analisis yang saya sedang buat, saya suruh dia tulis balik.
Ni Ammar sambil tengok tv, tapi kat
tangan tetap ada buku.. bila iklan dia buatla buku dia tu..
Penat duduk kat sofa, turun kat bawah
pulak. Buku still...
Ni Adam, masa kitorang shopping kat
AEON. Sibuk mintak pen dan kertas. Sambil berjalan pun boleh
lagi tu nak menulis (read: menconteng la tuuuu..)
Ada satu hari tu kitorang dah nak
keluar rumah, Ammar sibuk nak buat buku matematik dia, sampai tak nak keluar.
Saya cakap sambung nanti. Dia cakap okla, tapi dia sambung menulis dalam kereta.
Ni Adam masa tengah tunggu order
makanan sampai. Dia yang ambil majalah kat tepi meja tu dan bagi kat saya satu
untuk baca.
Ni pulak dalam kereta. Ammar ajar
Adam baca Iqra’. (pls ignore barang bersepah tu, kereta saya mmg mcm lori bwk brg hehe)
Macam biasa, dalam kereta diorang
memang suka menulis. Ini ok lagi sebab siang, kalau malam-malam memang haru! Kena
bukak lampu dalam kereta which saya dan husband memang tak suka nk bukak2 lampu
ni. Kena la layan sekejap, pastu pujuk Ammar cakap takleh bukak lampu lama2
nanti pakcik polis marah. Then dia ok.
Ni kat masjid masa singgah nak solat
maghrib sekejap. Masa ni saya tengah pakai telekung dan diorang elok je duduk kat tepi tu..
Usai solat, diorang dah meniarap kat
situ..
Ni site supervisor kecik yang paling
busy, Ammar. Sambil buat buku kerja dia, sambil pantau (konon) contractor buat
kerja. Sibuk sungguh..
Kan saya cakap Ammar memang busy… selagi tak siap, adik dia panggil pun buat tak tahu je..
Ni dalam kereta…pegang buku sampai
tertidur. Ini ok lagi pegang buku, dulu pernah sambil makan aiskrim dalam
kereta jugak..tengok2 dah tertidur… Adam… Adam…
Hopefully, Ammar dan Adam kekalkan
budaya membaca/menulis ni di mana-mana sahaja mereka berada. Bukan sahaja
dengan buku, malah harapan saya lebih besar untuk mereka dekat dengan Al-Quran.
"Rabbana hablana
min azwajina wa zurriyatina qurrata a'yun, waja'lna lil muttaqi wa imama"
(Ya Allah kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata
kami, dan jadikan kami imam bagi mereka yang bertakwa)".
The 1st Commandment from Almighty
is "Read". So please Read because reading is knowledge and knowledge
is power
Thank you for reading!
comelnye..sangat rajin :)
ReplyDeletehttp://yayaonly.blogspot.com/
ololo.. comeinyew :)
ReplyDeletewah..bagusnyeee kecik2 dah suke membace.hope smpai ke besar tauuuu.insyaAllah :)
ReplyDeleteSuka tgk. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletebagusnya anak2 husna... saya nak kena asah minat anak2 saya juga lah.. bersemangat saya tgk anak2 husna sibukkan diri dengan buku....
ReplyDeleteNora,
ReplyDeletebagusla kalau ada niat yang sama..
kena rajin bwk diorg pergi kedai buku..kalau diorg nk toys pun umpan dengan buku..lama2 nk buku sj..sampai diorg sendiri ckp 'mama, tak yah beli mainan, beli buku'... tp ada masa2 diorg akan mintak mainan jugak dan xdela rasa berat hati sgt nk belikan