1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
7. Apabila meninggal dunia dan suaminya redha, nescaya ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi).
8. Seseorang wanita apabila mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
(Hadis Riwayat Anas bin Malik)
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum dalam satu perkataan iaitu TAAT.
Credit to: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
p/s Jadi, janganlah kita mengeluh lagi..
Thank you for reading this blog!
terbaeeekkk...
ReplyDeletememang terbaekkk..
ReplyDeleteberazam ni nk jd isteri solehah..