Wednesday, 9 November 2011

Tips for job interview


Saya dapat offer untuk job interview last week. Bukan sahaja last week tapi dalam tahun ni dah 3 kali saya pergi interview kerja walaupun saya tak submit lagi thesis saya. Alhamdulillah, semua tu saya anggap rezeki dari Allah. Walaupun secara realitinya saya langsung tak bersedia secara mental dan fizikal untuk bekerja. Tapi saya mahu juga merasa pengalaman interview, satunya sebagai persediaan di masa hadapan sebab pengalaman interview ni penting sebab different job spec, different boss, different kehendaknya. Keduanya, saja nak test market sama ada bidang saya ni marketable or not.

2 antara 3 interview yang saya pergi ni yang pujuk-pujuk saya untuk saya kerja dengan mereka. Saya ni lemah sket kalo orang pujuk-pujuk ni. The reason yang saya nampak sebab diorang ni company baru, dan diorang memang nak orang yang ada pengalaman dan good qualification compared to the other company yang memang dah establish. Ada pros and cons bila kerja dengan well established company dengan company baru. Tapi dua-dua saya suka. Company baru memang kita bersusah payah dari mula..sesuai untuk yang memang nak develop career dari mula. Dan kita yang setup sendiri everything from scratch which can show your credibility. Diorang ni takde benchmark staf lagi so senang sket buat kerja. Kalau company yang dah established, memang la senang semua dah tersedia SOP bagai kan, tapi diorang mesti bandingkan kita dengan staf yang terdahulu. Ni yang tak suka ni..

So, daripada ketiga-tiga interview ni saya dapat beberapa point yang saya nak share untuk korang yang nak apply kerja pasni boleh take these as consideration.



1.     Be prepared



a.     Resume/CV and cover letter suitable for the post applied. Setiap kali pergi interview kena check and mungkin kena edit supaya bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Macam saya, jawatan yang ditawarkan adalah Lab Manager, Molecular Biologist dan Senior Cell Culture Scientist. Ketiga-tiga ni mempunyai background yang sama iaitu kerja dalam lab tapi job spec berbeza. So, dalam  CV kena la highlight kepakaran kita bergantung pada jawatan yang ditawarkan.



b.     Gambar yang letak kat CV tu biarlah gambar yang ceria, tak semestinya gambar passport yang ambik kat kedai tu..(saya tak suka ni). Kawan saya pernah kerja kat oversea cakap boss kat sana memang tengok gambar, kalau muka nampak stress, masam je…takut nak ambil kerja.. Tapi jangan la letak gambar ambik tepi pantai pulak kan..



c.      Mentally and physically





d.     Study a little bit about your future company. Ambil tahu apa company tu buat, apa misi dan visi company sebab masa interview tu saya pernah ditanya pasal ni. Nasib baik saya dah study sebab company tu memang well established, so kalau google memang ada la..



e.     Refresh your skills and techniques. Kalau dah lama grad, memang boleh lupa dulu2 belajar apa kan.. Teori dan prinsip semua hujung jari ye...





f.       Study about the job specification. You can ask them before the interview day or google. Saya pernah telefon dan ada juga yang email..Alhamdulillah diorg reply so mudah la kan at least ada idea sket nk interview nnti



g.     Sediakan jawapan kalau ditanya contohnya



                                                              i.      kenapa anda layak untuk jawatan ini?

                                                            ii.      Apa kelebihan yang anda ada atau kenapa kami perlu mengambil anda bekerja di sini? (masa ni kena jual diri la kan…). Saya pernah bagi jawapan yang membuat interviewer tu impressed dan cakap 'I like you!'

                                                          iii.      Jika anda diterima, apa yang anda boleh lakukan untuk memajukan syarikat ni?

                                                          iv.      Describe yourself in 5 years in time. Diorang memang nak tengok sama ada kita layak dan betul-betul bersedia untuk bekerja dengan diorang.

                                                              i.      If you are a team leader, how you will motivate your  staff? (skill kepimpinan ni)





2.     Be matured



a.     Matang dari segala aspek-pakaian, cara berjalan, cara duduk, dan cara bercakap. Yang ni boleh google la sendiri ye mcm mn..



b.     Salah satu interview yang saya pergi tu, reason kenapa dia nk ambil saya bekerja adalah sebab saya dah berkahwin. Dia cakap orang yang berkahwin ni biasanya faham mengenai komitmen dan tanggungjawab. Sampai macam tu sekali kan diorang ni menilai dan saya setuju point ni. Tapi bukan bermakna orang bujang tak bertanggungjawab ye…nnti ada pulak yang kecik hati..kan saya cakap tadi, different boss different kehendak dan criteria nya..



3.      Show them that you can be trusted



a.     Anda harusla menjadi orang yang dipercayai, tapi tak kerja lagi macam mana nak tahu ye tak? Mungkin dari CV, atau previous workplace dan juga dari reference yang kita letak kat CV tu.

     Salah satu interview yang saya pergi tu, working hours untuk jawatan tu memang flexible sebab sangat bergantung pukul berapa biological samples (bergantung pada hospital dan courier) sampai, so memang tak perlu la pukul 8am dah tercongok kat ofis kan…tapi dia ada log sheet/thumb print yang dia boleh check kita datang dan balik pukul berapa. Tapi biasanya dia cakap jarang tengok pun sbb dia percaya pada staf.



Sebab tu reference tu penting, kita akan letak orang yang betul-betul kenal kita dan biasanya academician-previous supervisor, lecturer or boss.



Saya ada hantar CV saya kat satu company ni (not to big boss, just scientist kat situ), tapi disebabkan policy company tak buat staff recruitment tahun ni, dia bagi CV saya pada kawan dia yang company lain yang memang memerlukan staff dan dia cakap, ‘we are highly recommend you this job because somebody highly recommended you to us! And that person also said, if she has a power to hire you and she will do it but unfortunately she can’t. Owh..saya rasa sungguh terharu dan berterima kasih kepada orang itu.



4.     Good reputation



a.     Reputasi anda mestilah baik meskipun anda telah berhenti kerja dari sesuatu tempat kerja, berhentilah secara baik walaupun anda tak suka kat tempat lama tu.. Cerita pasal keburukan di tempat lama jangan di jaja ditempat baru apatah lagi semasa interview diorag tanya ‘Why you quitted from your previous workplace?’ jawabla secara positif yang anda mahukan pengalaman yang baru, jangan mengumpat pasal ex-boss pulak ye…nanti dia ingat anda jenis yang suka bawak mulut.



5.     Come at least 10 minutes earlier.



a.     supaya tak kelam kabut dan anda akan rasa tenang je, boleh bernafas secara normal. kalau yang kena panjat tangga tu tercungap-cungap jugak kan…



satu petua yang abah saya bagi masa nak pergi  interview ialah masa nak keluar pintu rumah baca surah Al-fatihah tapi sampai ayat ‘Ghairil ma’dhu bi ‘alaihim…stop. nanti sampai kat depan pintu nak interview, bukak je pintu sambung balik baca ‘waladhoo lliiin…’ hembus kat keliling bilik dan juga kat interviewer tu. tapi jangan hembus kuat-kuat pulak, cover-cover sket kang tak pasal-pasal kena halau hehehe.. Ni memang saya amalkan setiap kali pergi interview dan jua perjumpaan ke meeting ke.. contoh dulu masa nk pergi jumpe bos, bos nak marah pun tak jadi marah kan.. Dan berselawat la banyak-banyak untuk ketenangan hati semasa menunggu untuk dipanggil.



Semua yang di tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Walaupun gaji yang ditawarkan RM4500-RM6000, ada beberapa factor lagi yang menyebabkan saya tolak kesemua tawaran ni. Saya berdoa, lepas saya submit thesis nanti masih ada tawaran yang bagus-bagus macam ni. You all pon boleh share pengalaman interview dan bagi tips yang membantu.




masa interview last week, saya dapat small box of cupcake just before we started our talk..haha nice kan..future boss yg belum tentu lg tu bagi hadiah. Ni bukan nak umpan tau.. She just came back from her maternity leaves that day..cute betul cupcake tu..







Thank you for reading this blog!




2 comments:

  1. banyaknya tips..sangat berguna la utk sy yg bakal abis blaja nih...thanks ya...=)

    ReplyDelete
  2. u r most welcome..
    all d best to u

    ReplyDelete