Jumaat lepas ada Majlis Berbuka Puasa di ofis, kira mcm potluck sbb masing-masing bawak makanan tak kira la beli atau masak sendiri. Disebabkan saya tahu last minute, pagi tu baru tahu..so share je la dgn kawan. Dia nak bawak buah je, saya suggest ape kata buat dipping sekali..lain la sikit kan.. En. Google la penyelamatnye..sape lagi..terjumpa resepi Marshmallow Cream Cheese Fruit Dip dan teringin nak buat tapi tak jumpe kat mana nak beli Marshmallow cream. Tengok gambar ni memang meleleh la kan..hihii…
So, akhirnye combine2 resepi dengan apa yang ada.. jadila resepi sendiri.
My Cream Cheese Fruit Dip
Bahan-bahannya
½ blok Philadelphia Cream Cheese
½ bekas Sour Cream
½ kotak Thickening Cream (kotak kecil)
2 kiub kecil Gula Melaka (boleh ganti dengan gula perang)
Perahan lemon
Cara membuatnya
Campur kesemua bahan ke dalam mangkuk. Jika berketul-ketul boleh masuk dlm blender. Last sekali baru perah lemon. Bahan-bahan kat atas adalah dalam saiz anggaran shj, korang rasa la mana yang terlebih atau terkurang boleh tambah kemudian. Hidang la dengan ape2 buah yang korang suka ok..
Ini yang saya bawak masa buka puasa hari tu…diorg kata sedap! Sebab tu saya share kat sini.. Mungkin boleh la hidang masa open house nanti ke.. Selamat Mencuba!
Cream cheese tu yang kat dalam tupperware hijau tu..buah epal, jambu batu, anggur dan honey dew..xde la strawberry bagai...
Kitorg sediakan 2 jenis dipping, satu lagi thousand island..senang.. beli je Lady’s Choice. Kitorang enjoy makan..
Thank you for reading this blog!
cidap nyer..(",)..
ReplyDeletemmg sangat sedap and yummehhh
ReplyDelete