Mari kita share pendapat tentang kelebihan puasa dari sudut kesihatan dan kecantikan dan rutin kecantikan yang korang buat. Saya nak share apa yang saya buat dan korang share la ape korang buat dengan bg komen kat bawah ni ok.
Setelah 11 hari berpuasa, korang rasa tak perubahan dalam tubuh badan korang? Mesti ada yang ckp dah makin kurus turun berkilo-kilo, Alhamdulillah…tapi ada jgk yg badan makin naik..yela, bila berpuasa kan lapar, time berbuka je,hentam segala makanan masuk..dan ada jugak yg makan lewat malam. Saya tak timbang pon lagi, tapi seluar jeans saya dah longgar!
Berpuasa ni sebenarnya memberi manfaat kepada tubuh badan, ketenangan jiwa dan juga kecantikan. Dalam setahun, Allah bagi tempoh 1 bulan untuk organ-organ tubuh berehat. Kita pon perlukan rehat, apatah lagi organ dalaman kita kan. Selain kita menjalankan ibadah, dengan rutin dan diet yang seimbang semasa bulan puasa ni, badan kita dapat mengeluarkan segalan kotoran, toksin dari tubuh, meremajakan kulit, membaiki fungsi hormon dan meningkatkan daya tubuh. Lebih bagus jika dapat amalkan minum banyak air kosong dan jus buah-buahan semasa berbuka dan bersahur agar lebih bertenaga. Paling ketara ialah kehilangan berat badan jika kita berdisiplin semasa berbuka dan bersahur.
Bulan Ramadhan kali ni, saya lebih banyak memasak daripada membeli di bazar. So, senang nak kawal makanan yang masin, manis dan berminyak. Plus, bila memasak ni kurang pembaziran, dan most of the time licin semuanya sbb masak cukup2 shj dan of course sedap! Means, lebih sedap dari beli kt bazar la kan hehehe..
So, apa rutin kecantikan saya setiap hari especially di bulan puasa ni? Maklum la sekarang ni kan cuaca panas..
Muka: Cuci wajah 2-3 kali sehari (Loreal Revitalift Milky Foam), plus toner (Loreal Revitalift Aqua Milky) dan moisturizer (Loreal Revitalift White Day SPF 18). Saya tak pakai solekan yang tebal. Cukup untuk wajah nampak fresh dan tak pucat (lip ice sheer color).
Saya jugak pakai Skin Hydrating masque (dermalogica) 2 kali seminggu. Best pakai ni sbb boleh guna sbg eye masque juga..
As sekarang ni dh masuk 3 series, (30 thn dh akak ni!), saya jgk pakai Serum Dwi-Intisari Iffah dan juga Sleeping Mask Iffah
Dalam seminggu sekali buat facial sendiri kat rumah je pakai tomato. Pergi salun untuk facial setahun sekali kot..tahun ni tak pergi lagi..hehehe.
Rambut: Saya bertudung dan takde masalah dengan rambut. Tapi saya suka shampoo + conditioner rambut hari-hari kalo tak rasa mcm tak mandi hahahah.
Tubuh badan: Saya lakukan skrub susu (Binari)2 kali seminggu, dan sapu losyen (Johnson Baby milk lotion) satu badan setiap hari selepas mandi.
Kesihatan dan kecantikan dalaman: Saya amalkan Vitamin C dan B Complex dan juga Jamu Mak Dara (ambil jarak 2-3 jam untuk makan jamu selepas makan Vitamin).
Perempuan bukan sahaja perlu jg kecantikan dan kesihatan diri sendiri malah suami dan anak-anak. Nak jaga diri sendiri pon payah, dari hujung rambut sampai hujung kaki tuuu… Tapi kalau kita ikhlas, semua perkara jd mudah. So, Go Ikhlas!
p/s jgn lupa share rahsia kecantikan korang kt ruangan komen kt bwh ni..sharing is caring..
thank you for reading this blog!
ecececeh, muka berseri seri nii..
ReplyDeleteterpancar nur di muka akak.. HEHE
MySuaraBlog: Bible Di Link Blog Anda
Hai..Makcik mmg berseri-seri sokmo:) Keep it up
ReplyDeletekalau dah cantik original tu tak memerlukan solekan pun. Terbaik lah akak.
ReplyDeletethanks semua hehehe..Alhamdulilah
ReplyDeleteyg penting hati kena cantik..
have good relationship dengan Allah dan juga sesama manusia..
hati cantik, muka Insya Allah nmpk cantik n berseri2 gitu...
salam singgah..
ReplyDeleteberseri-seri..suka tengok..
satu lagi..drink plenty of plain water. bagus untuk kulit n detox. atleast 3liter per day ;)
ReplyDeletepeewwiiitttt...hehehhehe=) salam ramadhan-)
ReplyDeleteSlm ramadhan..cantik kulit sis..
ReplyDeleteAna admi,
ReplyDeletethank you..
salam ramadhan dan salam perkenalan..