Saturday 24 November 2012

GENIUS AULAD Convocation, Little Ihtifal and Showcase 2012 (GA BTHO +GAS7 Shah Alam)



Majlis Convocation, Little Ihtifal and Showcase 2012 GA Bandar Tun Hussein Onn (GA BTHO) brgabung dengan GA Seksyen 7 Shah Alam (GAS7) dan majlis berlangsung Auditorium Cempaka Sari Kompleks Perbadanan Putrajaya. For 2 days in a row 17-18 Nov (Saturday and Sunday), ada 6 sesi untuk 9 centres dan turn GABTHO dan GAS7 adalah pada 18 Nov @8pm. Grand majlis budak2 sekarang ni..buat kan auditorium besar. Dulu2 rasanya tak panggil konvokesyen kan? Sekarang macam-macam nama; concert, showcase, ihtifal, convocation etc. Untungla, malam tu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil datang untuk perasmian dan penyampaian sijil. She is the VIP but the real VVIPs are our children at the back stage, right!


Masa masuk je auditorium..wahhh cantiknye props and deko. Memang tak sabar nak tengok Ammar perform. Tak sabar.. tak sabar.. tak sabar… Kitorang dapat seat nun hampir kat atas sekali, dah namanya datang lambat. tak apelah…but we can see the whole auditorium.

Ada 8 performances diselang seli dengan storytelling dan speech. Memang sangat enjoy tengok anak-anak kecil ni buat persembahan dan diorang semua sangat cute dan kelakar dengan diorang punya spontaneous at the stage. Kagum yang boleh bagi speech and jadi storyteller, bukan senang nak bina confidence dalam diri budak. Saya tak tau la Ammar boleh buat tak macam ni. Hopefully tahun depan saya dapat tengok Ammar yang bagi speech tu.


Ada satu scene tu ‘University’, one of the student terpijak belon…meletup-letup la kan and the audience pun dah ketawa but dia continue je apa yang dia tengah buat masa tu and ignore ape yang berlaku. Bagus kan, sangat komited! Saya risau sebenarnye kot kot ada yang menangis ke kat atas stage tu..but it was none! everybody looks sangat enjoy and so the parents. Teacher cakap masa sesi latihan and rehearsal memang sukar nak control, sometime they were moody, but then ok pulak masa kat stage..sangat unpredictable kan kanak-kanak ni.


Turn Ammar untuk scene ‘At The Sea’ ialah no 4. Dia cakap dengan saya dia jadi fish and akan lekat gambar ikan kat baju dia. Tapi masa performance tu puas cari Ammar, saya kan duduk kat atas nun, sampai habis saya tak nampak dia. Luckily en. husband turun bawah untuk record and dia yang bagitau Ammar jadi jellyfish hahaha…Kesian Adam dok tanya mana abg Ammar sebab tak nampak kan. Dan kesian kat saya jugak tak jumpa anak huhuhu….




Showcase malam tu ada tayang sekejap kat slot last sekali lepas dah habis Buletin TV3 20/11/2012. Ammar masuk tv la hehehe...


Overall, saya sangat puas hati dengan penganjuran dan persembahan. Parking senang, ada surau, seating ikut number seat masa registration so takdela berebut-rebut kan, of course masing-masing nak duduk depan nak tengok anak. Cuma, food tu ingatkan ada nasi for dinner tapi bihun goreng agak lite sebab kitorang datang jauh kan and tak tahu pulak tak ada nasi, memang balik tu lapar sangat.



To Founder Genius Aulad Pn. Zaliza , principal GA BTHO Pn. Azita Azib, teachers and team..
 Thank you very much for a very exciting showcase. You are not only the best teachers but also the best scriptwriter, choreographer, stage directors, props designer, emcees, costume designer and the list goes on… May our children benefit tremendously from this memorable childhood experience ‘When They Grow Up’. 



Sebelum balik, harusla posing kat atas stage yang cantik tu..








Thank you for reading this blog!

Friday 23 November 2012

Crocs…Crocs…

Ingat tak cerita ketam dan buaya haritu. Inilah dia hasil tangkapan buaya bukan ketam ye.
Sweet tak? hehehe…

Hanya yang baru je boleh letak atas dashboard, dah guna no no no ok boys!
 
 
Nak g jalan-jalan kbye
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Thursday 22 November 2012

Homemade Playdough

 
Saya pernah berjanji nak buatkan playdough untuk Ammar dan Adam tapi tak buat-buat. Sampailah satu hari tu masa ke rumah mak ude nye kat Sungai Buaya, diorang main kat situ dan Ammar nak bawak balik. Saya cakap tak boleh ambil barang orang, nanti mama beli atau buatkan.
Esoknya masa ambil Ammar di nursery, soalan pertama yang keluar dari mulut dia ‘mama dah beli tanah liat?’
Alamak..
Sampai je rumah cari-cari resepi nak buat playdough sebab ingat dulu pernah salin dan simpan. So resepi ni saya ambil dari Mama Homeschool dan beliau pun ambil resepi ni masa tonton Martha Stewart Show. Resepi ni sama lebih kurang dengan resepi dekat Firstpallete tapi yang diorang tak masak atas api.
Resipi playdough.
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream of tar-tar
pewarna makanan
Cara membuatnya: Campurkan semua bahan (kecuali pewarna) kemudian panaskan atas api. Kacau constantly sampai jadi seperti mash potato. Lps tu bolehlah dibahagikan utk diletakkan pewarna. Saya pakai pewarna yang biasa saya guna untuk masak nasi minyak hujan panas. Uli dough sampai warna jadi sekata. Dah siap.
 Sekejap je buat ni, boleh mintak tolong anak-anak uli, mesti diorang suka. Tahan lama juga diorang main.
Masa untuk bermain..
Sangat jimatkan, semua barang dah ada  kat rumah sama ada rajin atau malas sahaja nak membuatnya. So, selamat mencuba.
Thank you for reading this blog!




Wednesday 21 November 2012

Local fruits in the house

 
Alhamdulillah..musim buah kali ni memang merasa sungguh. Kebetulan abah dan mak saya datang sini sebab atas urusan pertunangan adik saya di Chenor, Pahang. Habis penuh satu kereta dengan buah-buahan..semua nak bagi anak-anak nya merasa makan buah. Walaupun cuti sekolah, tapi masing-masing tak dapat nak balik.
 Durian, manggis dan rambutan adalah trip kedua bila adik saya balik hantar mak abah ke kampung, dan bawak balik sini penuh jugak kereta. Pisang tu yang first trip mak abah datang sini, dah 3-4 hari pun tak masak lagi.
 
Saya masak kuah durian, dan hantar kat 3 jiran terdekat saya. Saiz bekas bergantung pada saiz isi keluarga ye… Alhamdulillah, mana larat kitorang nak makan semua durian tu. 
 
Then 2-3 hari lepas baru la pisang masak, goreng je lah..
 
Thank you for reading this blog!
 


Tuesday 20 November 2012

Art Craft: Farm Animals

Jumaat lepas, projek craft sempena pra cuti sekolah dengan anak-anak ialah Farm Animals. Kenapa pra cuti sebab Ammar tak cuti sekolah lagi, 23rd Nov baru last day school untuk Genius Aulad. Biasanya saya akan simpan kotak tak kira kotak ubat gigi ke, cornflakes dan segala jenis mak nenek kotak sebab banyak gunanya. Selain boleh guna untuk nak bagi hadiah, boleh jugak buat craft. So hari ni nak buat Farm Animals. Saya print template haiwan-haiwan ni kat sini dan saya suruh diorang warnakan.
 
Khusyuk kan diorang mewarna.
 
 
Sementara tu saya sediakan kandang/rumah untuk haiwan2 tu. Saya sediakan bahan dan minta Ammar gunting dan gam kertas hitam untuk balut kotak cornflakes. Pagar saya buat warna-warni dan saya minta Adam yang tolong gamkan.
 Dah siap warna haiwan-haiwan tu, gunting dan lekat kat kotak pastu gunting dan lekatkan both side haiwan-haiwan tu. Kerja-kerja menggunting ni saya tolong part yang susah. Ammar dah boleh menggunting sikit2.
taraaa….dah siap Farm Animals. Kaki haiwan tu guna penyepit baju so boleh la berdiri kat dalam kandang tu.
Ada cows (cute kan cow kaler hijau biru Adam yang warna), ada sheeps (hey, it’s Timmy!) and ada chicken. Diorang nak buat ni sebab seronok tengok tokwan kat kampung ada bela lembu, kambing dan ayam.
 
Best tengok diorang main. Ni haiwan-haiwan beratur nak pergi cari makanan.
Yang kagumnya, boleh pulak diorang susun buat jemaah kat dalam kandang tu, seekor jadi imam, yang lain jadi makmum..diorang cakap haiwan pun kenala solat. Cute kan!
 
Thank you for reading this blog!
 

Thursday 8 November 2012

Ape Kaitan Buaya dan Ketam?

 
Nak tahu ape kaitan buaya dan ketam? I’m talking about crocs and masak lemak ketam saya masak for dinner that day. Lepas habis masak godek2 hp eh eh terjoin plk giveaway and eh eh termenang la pulak..Alhamdulillah..free crocs voucher worth RM248 sape yang tak tergoda kan..mungkin berkat saya memasak dengan penuh kasih sayang lalu mengeluarkan idea spontan untuk menjawab ‘why I really wanna have my own crocs’ berjaya memikat hati cik adik Fatin Suhana yang sweet tu..dah la saya org yg terakhir hantar penyertaan out of 129 comments..tak sangka pulak menang kan..
 
 
'I really wanna have my own crocs because crosc always walk the talk and because of that crocs are rawwkkks!' –Husna, 2012
 

the announcement...
 
 
Thanks Mat Gebu for the recipe.. Sedap!
 
 
 
Jom shopping crocs!..first time ni.
 
 
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 

Wednesday 7 November 2012

PRODUK AYAMAS ADA CHLORAMPHENICOL?






baca sini




baca sini



Sebelum laporan akhir dikeluarkan, better stop kejap beli and makan produk Ayamas. Kita tunggu je lah kesahihannya. Nak tahu chloramphenicol tu ape, leh cek kat Wikipedia kat sini. Yang saya tahu anak saya Ammar dan Adam dedua ada G6PD deficiency and diorang memang tak boleh ambil antibiotic ni.




Thank you for reading this blog!



Tuesday 6 November 2012

Kleenex® Share The Softness Contest by Fabulous Motherhood

 
 
 
Brotherhood bonding time.. but they are not James Bond haha..
 
Brothers share their childhood memories and grown-up dreams. They laugh together, they cry together.. they fly the air like birds, swim the sea like fish and they learn the art of living together as brothers. Brothers ‘till the end.. We love you both!
 
 
Enjoy!!

 
 
 
Click here to join the Kleenex® Share The Softness Contest by Fabulous Motherhood
 
Thank you for reading this blog!
 
 
 
 
 
 
 

Monday 5 November 2012

Isu Kawalan Keselamatan di Perdana College Heights (PCH)


Kepada penduduk Orchid, Bayan, Suria Residence, Camelia, Camelia Extra, Rafflesia, dan Ivory Villas.
 


Malam 21/10/12 selepas isyak ada satu perjumpaan dengan jiran-jiran di taman ni. Tak ramai yang hadir mungkin tak ramai jugak yang tahu pasal meeting ni. Isu utama ialah guard keselamatan. Seperti yang saya pernah saya ceritakan dulu, Perdana College Heights (PCH) ni terdiri daripada beberapa fasa perumahan iaitu Orchid, Bayan, Suria Residence, Camelia, Camelia Extra, Rafflesia, dan Ivory Villas. Fasa yang dah ramai orang duduk sekarang ni ialah Orchid dan Bayan dan diorang ni memang ada guard dah lama dah. Suria Residence tolak tepi jap sebab diorang ni perumahan gated and guarded. Bila penduduk sikit-sikit dah mula pindah masuk ke Camelia dan Camelia Extra, guard keselamatan juga diperlukan. Jadi isunya ialah kita semua penduduk PCH berkongsi jalan masuk utama yang sama yang selama ni guard dibayar oleh penduduk Bayan dan Orchid hanya pada waktu malam. Manakala penduduk di Camelia dan Camelia Extra ada guard keselamatan sendiri tetapi hanya bertugas pada waktu siang sahaja di pintu masuk fasa tersebut tapi still keluar/masuk guna pintu masuk utama yang sama di Bayan dan Orchid. Secara tak langsung, mendapat tempias kawalan keselamatan yang dibayar oleh Bayan dan Orchid pada waktu malam. Tempias ni juga akan turut terkena kepada penduduk yang bakal pindah ke Rafflesia dan Ivory Villas. So, bakal-bakal penduduk Rafflesia dan Ivory Villas, hopefully kita semua dapat bekerjasama dengan baik. Sekarang ni jalan-jalan masuk ke Ivory Villas ni ditutup lagi, tapi once dah buka nanti as dah ada penduduk yang pindah memang jadi masalah untuk kawalan keselamatan.

So, kata sepakat harus dicapai oleh semua penduduk di PCH untuk membayar guard keselamatan 24 jam di pintu masuk utama di Bayan dan Orchid memandangkan banyak sangat kes-kes pecah masuh rumah berlaku hingga ada yang berani meletakkan parang di leher mangsa pada waktu siang!  Pada waktu siang biasanya ada kanak-kanak, suri rumah dan warga tua yang tak berupaya kalau terjadi apa-apa. Kes pada malam so far tak pernah dengar lagi (spjng pengetahuan saya). Guard keselamatan ini dicadangkan diletak pintu berdekatan ofis Seri Pajam dan juga pintu di fasa Bayan. Tak ada jalan lain dan hanya jalan ini je untuk ke jalan besar. Dan semua orang kena lalu jalan ni so semua patut terlibat.

 
 Cadangan kawalan keselamatan di letakkan di tempat bertanda merah (saya suka bercerita guna gambar..barulah faham kan hehe)

 

Memandangkan kawalan keselamatan yang di bayar oleh penduduk Orchid dan Bayan sekarang akan tamat hujung tahun ini, jadi lebih kita semua duduk berbincang untuk kawalan keselamatan yang terbaik untuk keseluruhan taman perumahan ini. Untuk mencapai kata sepakat ni, mesyuarat malam tu mencadangkan satu SESI DIALOG di antara semua penduduk PCH pada 24 September 2012 dan masa akan diberitahu kelak. Saya amat berharap sangat dapat kerjasama semua dari semua penduduk. Sekarang ni pun memang agak susah sebab mungkin ada yang belum pindah masuk, ada yang hanya week end sahaja datang menginap, mungkin rumah disewakan kepada orang lain, mungkin ada yang tak plan nak tinggal di sini dan rumah hanya dijadikan aset,  mungkin ada yang claim rumah dah siap pasang alarm system, atau rumah dah ada anjing.  Tapi, suka untuk saya berpesan-pesan, kita kan hidup berjiran dan berkomuniti. Jangan biarkan orang lain hidup dalam ketakutan dan terancam disebabkan kita tak nak bagi kerjasama. Janganlah kita bertindak kejam sebegitu ok.

Isu-isu lain yang akan dibincangkan nanti ialah aktiviti-aktiviti kejiranan yang akan dibuat.

 

P/s: kepada semua penduduk dan bakal penduduk PCH, bolehlah masuk ke Facebook  group Perdana College Heights untuk mengetahui info-info terkini


Thank you for reading this blog! 
 
 
 

Saturday 3 November 2012

Kelas Tajwid Jiran Wanita Perdana College Heights

 
 
Di Perdana College Heights, selain ada persatuan penduduk, ada juga Kelab Jiran Wanita PCH. Salah satu aktiviti Jiran Wanita PCH ialah mengadakan Kelas Tajwid untuk Wanita Dewasa dan Remaja setiap minggu bermula hari ni 3 Nov 2012. Kelas ni akan diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.30am bertempat di Surau Al Falah PCH. Ada bayaran dikenakan iaitu RM10/sebulan, murah je kan. Jika berminat nak beli buku Tajwid, nanti bawak la duit RM30. Ustazah yang mengajar ialah Ustazah Siti Habibah dari Taman Semarak 1, Nilai.
 
Keadaan kelas yang kondusif, boleh la concentrate belajar..
 
kehadiran hari ini 3 Nov 2012
 *credit gambar dari Facebook Perdana College Heights
Sabda Nabi s.a.w. : " Sebaik-baik Kalian Adalah Orang Yang Belajar Dan Mengajarkan Al-Quran ".

" Mempelajari Tajwid Al-Quran itu hukumnya Fardhu Kifayah dan beramal dengannya adalah Fardhu Ain ".
 
So, jemputlah datang untuk menambah ilmu.
 
Thank you for reading this blog!
 
 

Friday 2 November 2012

SIAPA YANG MEMANDU KOMUTER?

 
Orang lain sibuk balik kg sehari sebelum raya haji haritu kan, eh kitorang pun sama. Tapi kitorang balik kg dekat je…Sg Besi hehehe. Encik husband saya masih bekerja hari khamis (sehari sebelum raya haji tu), tapi petang tu plan nak balik rumah maknye kat Sg Besi. So takkan dia nak balik amik kitorang kat Pajam and pergi Sg Besi sebab dia memang dah ada kat Cheras kan. So……..inilah masanya nak perkenalkan kepada anak-anak iaitu KOMUTER. Yeay!! balik kg naik komuter yeay!!.. Diorang ni memang sangat excited, first time kan. Dah kecoh start dari rumah lagi.
 

Ini kat Stesen Komuter Batang Benar. Dari rumah nak ke stesen ni dalam 1.5km je. Baru je tunggu tak sampai seminit dah kecoh mana komuter tak sampai2 lagi ni.
 


Penat berdiri, duduk kat bangku tepi tu.  




tapi tak sampai 5 minit pun tunggu..komuter pun sampai..yeay!! and the journey begins….

 

 
Kat dalam coach ada seat yang kat tepi2 tu je yang kosong. Ammar duduk sebelah kanan saya. Dia cakap takpe duduk sorang kat sini. Mula2 masuk tu diorang senyap jap sebab terkesima kot.

Then barulah Ammar bukak mulut…

‘bestla mama naik komuter…sejuk je..ingatkan panas.’

‘Mama..kenapa ramai orang..diorang nak pergi mana?’

‘Kenape tempat duduk ni banyak?’..

’Macam mana keretapi ni jalan mama..?’

dan banyak lah lagi soalan kenape..kenape..kenape.. 


  Saya tak bagitau pun dan tak perasan sangat yang kitorang masuk kat coach for ladies. Bila sampai kat stesen mana ntah,ada penumpang masuk.

Ammar tanya… ‘mama, kenape dia masuk kat tempat girl? ni kan tempat girl..’ sambil tunjuk kat lelaki tu.

I was like..hah? ‘errr.. mcm mana Ammar tahu ni tempat girl?’

‘Tu kan ada gambar girl je…untuk girl je la kan mama..’

‘Owhhh..ya…betul untuk girl je’.

walaupun coach utk wanita saje tapi ada gak lelaki yang masuk tapi kena halau dengan polis bantuan.
 
 
 

Adam pulak dengan hal dia sendiri dan tiba-tiba dia tanya..

‘Mama, sape nama dia?’
 
‘Siapa?’sambil tengok sekeliling..ada jugak budak2 kat situ.

‘Ala…sape nama dia? Mama kan tahu..’

Lepas puas tanya Adam, siapa yang dia tanya tu..at last dia cakap..

‘Mama..sape yang bawak keretapi ni? Sape nama dia?’

Hahahahahaa…tergelak saya kat situ. “mana mama tau dik nama orang yang bawak keretapi ni, tapi dia adalah driver keretapi..’

‘Owhhh..cakapla driver keretapi..mama ni asyik tak nak cakap je..’

Hahaha….mcm2 hal kan…penat nak layan soalan-soalan bijak diorang ni....




Yeay!! dah sampai Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS). Perjalanan dari Batang Benar-BTS lebih kurang dalam 30 minit. Kalau dulu, tertunggu2 jugak bila la nak bawak budak2 ni naik komuter..kali ni for one solid reason. Dan diorang sangat happy!
 
 

Thank you for reading this blog!